Little Crush

Glitter Words

Friday, May 6, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 9)

Selepas menutup pintu bilik muzik, Qamilia segera mengangkat kaki beredar dari situ. Dirinya yang belum bersarapan pergi ke kafe kolej untuk mengisi perut. Kuliah pun lambat lagi start.

    Telefon bimbit didalam poket Qamilia menjerit minta diangkat. Lagu 'Jump Then Fall' nyanyian mentor dia, Taylor Swift berkumandang. Qamilia melihat nama yang tertera di skrin telefonnya. 'Kak Qistina'. Lantas jarinya menekan punat hijau.

    "Assalamualaikum kak. Kenapa call ni?" tanya Qamilia.

    "Akak nak ajak Lia keluar makanlah. Nak tak? You choose the place," ajak Tengku Nur Qistina.
    Pucuk dicita ulam mendatang! "Ok kak! Lia pun belum sarapan lagi  ni. Kita breakfast kat kafe koleh jelah ek?"

    "Ok. Tunggu tau!"

    "Ok kak! Assalam..." tut... tut... Talian telah dimatikan.

    "Hish, kot ye pun nak cepat, balaslah salam aku dulu," rungut Qamilia sendirian. Langkah kakinya semakin laju menuju ke kafe kolej.

    Qamilia memilih tempat duduk yang agak tersorok di kafe tersebut. Ini adalah kerana sikap pelik kakaknya. Selama ni mana pernah Tengku Nur Qistina membelanjanya makan. Ni mesti ada hal penting yang kakaknya ingin bincangkan.

    Setelah hampir lima minit menunggu, kelibat Tengku Nur Qistina kelihatan. Tengku Nur Qistina berlari terkocoh-kocoh mendapatkan Qamilia.
    "Amboi, lajunya berlari! Ada pertandingan marathon ke kak?" sindir Qamilia. Dia tahu Tengku Nur Qistina amat anti dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Berbau katanya.

    "Oh please... Marathon? Not my thing," kata Tengku Nur Qistina sambil menjuihkan bibirnya.

    "Ok, sebenarnya kenapa akak nak jumpa dengan Lia ni?" tanya Qamilia straight to the point. Malas nak berbelit.

    "Lia dah order?" tanya Tengku Nur Qistina tanpa mempedulikan pertanyaan Qamilia.
    "Belum lagi. Lia tunggu akak."

    "Oh,ok. Lia nak makan apa? Minum?"

    "Roti bakar satu set, and milo ais," ujar Qamilia. Suaranya kedengaran bersahaja namun hatinya terkejut. Baiknya akak aku hari ni. Ada apa-apa ke?

    "Ok! Tunggu kejap tau!"

    "Ok!" balas Qamilia.

    Tidak lama kemudian Tengku Nur Qistina datang dengan makanan yang dipesan. Dua set roti bakar, satu untuk Qamilia, satu untuk Tengku Nur Qistina. Milo ais dan teh 'o' ais. Minum ais waktu pagi. 'Bagus'sangat. Nanti batuk siapa susah? Diorang jugak.

    "Ok nah. Jom breakfast," ujar Tengku Nur Qistina setelah melabuhkan punggungnya ditempat duduknya.

    "Ok!" balas Qamilia sambil menyuapkan kepingan roti pertama pada mulutnya.

    Mereka berdua makan dengan senyap. Tengku Nur Qistina cuba merangka ayat yang sesuai untuk mengatakan sesuatu pada Qamilia. Sementara Qamilia asyik memakan roti dihadapannya.

    "Er Lia," tegur Tengku Nur Qistina memecahkan suasana hening.

    "Ya kak?" balas Qamilia tanpa memandang wajah Tengku Nur Qistina.

    "Boleh tak Lia tunaikan perminataan akak?" tanya Tengku Nur Qistina.

    "InsyaAllah. Kalau boleh, Lia tunaikan permintaan akak tu. Kalau tak, so sorry," ujar Qamilia.

    "Er ok. Boleh tak Lia... er... Lia," Tengku Nur Qistina terdiam sebentar untuk mencari ayat yang sesuai.

    Qamilila sabar menunggu kata-kata yang bakal dituturkan oleh Tengku Nur Qistina.

     Tengku Nur Qistina menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan-lahan. "Boleh tak Lia tolong akak selidik pasal presiden kelab muzik Lia?" akhirnya berjaya juga Tengku Nur Qistina menuturkan kata-katanya.

    Qamilia terlopong. "WHAT?!"

   Tengku Nur Qistina pantas menekup mulut adik bongsunya itu. Kot ye pun terkejut, janganlah ternganga besar sangat sampai gajah pun boleh muat masuk.

    "Wait, you want me to..."

    "Ya, akak nak Lia buat tu," celah Tengku Nur Qistina.

    Qamilia memandang Tengku Nur Qistina tidak percaya.

Bersambung...

tunggu le part 10 klu nk tau smbungannye ye?? Love you guys forever & always!! hahahaha

No comments:

Post a Comment