Little Crush

Glitter Words

Sunday, May 8, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 10)

"Lia tak penat ke dok pandang muka akak? I know I have a pretty face. Just don't look at me that way. It's scare me," tegur Tengku Nur Qistina.

    Qamilia sedar dari lamunannya.

    "Sorry. Okay, back to the topic! Akak nak Lia usyar presiden a.k.a mamat tu?"

    "Bukan usyar, selidik," Tengku Nur Qistina membetulkan kata adiknya.

    "Ok, akak nak Lia 'selidik' mamat tu? Why?"

    Tengku Nur Qistina kelihatan tersipu-sipu. "Akak sukalah dekat dia," ujar Tengku Nur Qistina malu-malu.

    "Are you serious?"

    Tengku Nur Qistina mengangguk laju. Nampak macam Woody Woodpeckerlah pulak!

    "Macam mana akak boleh suka kat mamat tu?" tanya Qamilia.

    "Itu rahsia!" kata Tenku Nur Qistina sambil tersengih.

    "Ala, tu pun nak rahsia! Tak nak tolonglah kalau macam ni," ugut Qamilia.

    Tengku Nur Qistina gelabah sebentar. Habislah kalau Qamilia tak nak tolong dia! "Ala, pasal tu pun nak ugut. Ok, akak janji akak bagitau Lia. Tapi dengan syarat..."

    "Nak bagitau pun kena ada syarat jugak?" celah Qamilia.

    Tengku Nur Qistina mengangguk.

    "Oklah, apa syaratnya?"

    "Syaratnya, Lia kena janji yang Lia akan tolong akak dulu. Please Lia, you're my only hope now!" rayu Tengku Nur Qistina sambil membuat muka seposen.

    Qamilia memandang wajah kakaknya. Terdetik rasa simpati pada Tengku Nur Qistina. Walaupun kakaknya itu kadang-kadang memperlakukannya dengan kejam sikit (banyak sebenarnya tapi tak diceritakan sangat pada part-part yang lepas) tapi Tengku Nur Qistina masih saudara kembar tak seirasnya.

    "Ok," ujar Qamilia berat.

    Senyuman Tengku Nur Qistina making lebar. "Thank you! You're a good sister!!" kata Tengku Nur Qistina.

    Qamilia membalasnya dengan mendiamkan diri sambil tersenyum sumbing.

    "Ok nah," Tengku Nur Qistina menghulurkan sehelai kertas.

    Qamilia menyambut huluran itu dengan lemah. Sebaik sahaja dia selesai membaca kertas itu, matanya terbeliak besar.

    "Hah? Biar betul akak ni? Akak serius nak kenal dengan dia sampai macam ni sekali?" tanya Qamilia tak percaya.

    "Kenapa? Ada benda yang tak kena ke?"

    "Takdelah tapi... Nama, tempat tinggal, tempat lahir..."

    "It sounds normal to me," celah Tengku Nur Qistina.

    "Yang Lia baca tu bahagian normal. Sekarang Lia nak baca bahagian yang tak normal. Ehem... Tabiat sebelum tidur, tabiat buruk, pernah berbohong pasal apa... It seems ridiculous!"

    "Lia, akak kena tahu semuanya pasal Khairul. Jangan lupa yang dia tu bakal abang ipar Lia."

    Terdongak Qamilia mendengar perkataan 'abang ipar'. "What did you mean by 'abang ipar'? Don't tell me that you're serious with him?"

    "Lia rasa apa? Of course I'm serious!"

    "Takdelah, selama ni Lia tengok akak tak pernah serius pun dengan mana-mana lelaki. Hah, Lia ingat lagi abang Munir. Dia punyalah sayang gila kat akak, akak pergi malukan pulak dia depan orang ramai," kata Qamilia jujur.

    "Well, he's not my type okay?" ujar Tengku Nur Qistina tanpa rasa bersalah.

    Masih segar didalam ingatan Qamilia tentang abang Munir atau nama sebenarnya Ahmad Munir bin Ahmad Naqib. Dia amat meminati Tengku Nur Qistina hingga sanggup berbuat apa sahaja deminya. Tengku Nur Qistina menolak cinta Munir dihadapan khalayak ramai dengan mengatakan "You? Nak couple dengan I? Eiiuuww.."

    Sejak peristiwa tu, Qamilia tak pernah dengar lagi pasal Munir. Dia macam dah hilang dari permukaan bumi Tuhan ni. Setiap kali Qamilia mengungkit perihal ini, pasti Tengku Nur Qistina memekakkan telinganya.

    "Lia ni kenapa? Asyik termenung je?" teguran Tengku Nur Qistina berjaya membuat lamunan Qamilia berkecai.
    "Hmm? Tak ada apa-apa. Kalau akak dah memang serius, Lia memang takde pilihan lain melainkan..."
    "Really? Lia nak tolong akak? Thank you dear!" jerit kecil Tengku Nur Qistina.

    "Hah? Er.. Ya," kata Qamilia tergagap-gagap.

    "Good. Ok, akak tak kisahlah macam mana Lia nak cari maklumat tu. Tapi ingat, jangan melebih-lebih ok?" sempat lagi Tengku Nur Qistina member amaran.

    Qamilia mengangguk keberatan.

    "Ok, kalau macam tu, akak ucapkan 'gambatte' untuk Lia. Oklah, akak nak pergi dulu. Apa-apa hal call akak ok?" ucap Tengku Nur Qistina kegembiraan sebelum berlari keanakan meninggalkan Qamilia yang terpinga-pinga di kafe.

    "Ok..." balas Qamilia perlahan. Dia mengeluh kecil.

    Selidik pasal Khairul bagai menggali lubang kubur sendiri. Qamilia memandang sekilas pada jam tangan kesayangannya. Hmm, dah nak masuk waktu kuliah. Pergi masuk dewanlah. Langkahnya longlai menuju kearah dewan muzik.

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment