Little Crush

Glitter Words

Sunday, May 8, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 11)

Qamilia memasuki dewan kuliahnya dengan langkah longlai. Kepalanya mendongak, matanya memandang setiap pelajar di dalam dewan tersebut. Semuanya pelajar lelaki! Susah juga bila dia menjadi satu-satunya pelajar perempuan dalam jurusan tu.

    Qamilia tercari-cari tempat duduknya. Takkanlah takde tempat untuk dia duduk?

    "Lia!" panggil satu suara.

    Bebola mata Qamilia mencari kelibat manusia yang memanggilnya. Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang lelaki berbaju hijau lembut melambaikan tangannya sambil memandang kearah Qamilia.

    Qamilia tiada pilihan lain selain daripada pergi ke arah lelaki itu dan duduk disebelahnya. Kerusi lain memang dah penuh! Nilah akibatnya kalau masuk dewan lambat sangat. Nasib baik pensyarah belum masuk lagi.

    Sampai ditempatnya, lelaki itu menepuk-nepuk tempat duduk Qamilia sebagai tanda menyuruhnya duduk disitu. Senyuman lelaki itu semakin lebar apabila Qamilia melabuhkan punggungnya disebelah lelaki itu.

    "Lia ingat abang lagi?" tegur lelaki itu kepada Qamilia.

    Suara lunak itu berjaya menarik perhatian Qamilia yang sejak tadi asyik menundukkan wajahnya. Wajah lelaki disebelahnya ditatap lama. Mustahil! Abang Munir?

    "Ab... Abang Munir?" kata Qamilia tak percaya. Jejaka yang suatu ketika dahulu pernah ditolak oleh Tengku Nur Qistina!

    "Lia ingat lagi pada abang ya? Ingatkan dah lupa," ujar Munir.

    "Yelah, macam mana Lia nak lupa kat abang, kan abang..."

    "Satu-satunya lelaki yang dimalukan oleh Tengku Nur Qistina di khayalak ramai?" celah Munir dengan sinis.

    Terkedu Qamilia dibuatnya.

    "Well, what I was going to say yang abang merupakan lelaki yang paling ikhlas untuk kakak. Tapi abang dah celah cakap Lia," kata Qamilia.

    "I'm sorry Lia. It just that abang terluka sangat dengan perbuatan kakak Lia tu. Abang rasa macam takde maruah je bila dia buat macam tu."

    "Takpe bang. Lia faham. Lia memang tak setuju dengan tindakan akak tu. Lia harap abang sudi maafkan akak."

    "Maaflah Lia, abang tak boleh maafkan dia selagi bukan dia yang datang kat abang, and apologies to me by herself," ujar Munir sambil memasamkan muka kacaknya.

    Qamilia terdiam sebentar.

    "Abang, Lia..."

    "Wei, pensyarah on the way! Baik korang diam!" baru sahaja Qamilia mahu menyambung ayatnya, seorang pelajar menjerit menyuruh mereka semua diam.

    Serentak itu, semua pelajar itu diam seribu bahasa. Satu suara pun tak keluar. Diorang semua ni kalau depan pensyarah, pijak semut pun tak mati.

    "Ok semua, hari ni kita akan belajar tentang penggunaan alat muzik gitar," kata Puan facebook.com kepada mereka semua sebaik sahaja kakinya menjejak kedalam dewan tersebut.

BERSAMBUNG...

Terpaksa bersambung sbb aq nk cri maklumat psl gitar jap... bye! thx U for reading this!

No comments:

Post a Comment