Little Crush

Glitter Words

Saturday, May 14, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 12)

Sepanjang kuliah berlangsung, Qamilia langsung tidak dapat menumpukan perhatian. Walaupun Puan Facebook.com sedang mengajar tentang musical instruments dia. Tumpuannya terganggu. Tidak menentu. Pening kepalanya meikirkan bagaimana dia mahu mencari maklumat tentang Khairul. Tak senang duduk dibuatnya. Munir yang duduk disebelahnya pula memandang pelik. Apa kenalah dengan budak ni?

    "Baiklah semua, setakat ni saja kelas kita. And don't forget to bring your musical instruments tomorrow. Find four of your friends and make a group. If one of you didn't bring your musical instruments, I shall give you a 'gift'," Puan Facebook.com sempat lagi mengugut mereka sebelum melangkah keluar. Riuh dewan itu apabila Puan Facebook.com keluar. Ini kerana mereka sibuk mencari kumpulan masing-masing.

    Qamilia yang tidak menyedari apa-apa sekadar terpaku pada tempat duduknya. Langsung tak sedar akan keriuhan suasana. Munir yang sudah membentuk satu kumpulan, memandang kepada Qamilia lalu memandang kepada dua orang rakannya.

    "Wei, kita masukkan dia dalam kumpulan kita. Lagipun kita kekurangan seorang ahli," ujar Munir meminta kebenaran ahli kumpulannya.

    "Ok," kata salah seorang rakannya memberi persetujuan. yang lagi seorang sekadar mengangguk setuju. Siapa yang tak nak perempuan dalam kumpulan mereka? Cantik pula tu!

    Setelah mendapat persetujuan daripada mereka, Munir segera melangkah kaki menuju ke arah Qamilia.

    "Lia, are you okay?" tanya Munir. Sekadar mahu berbahasa dahulu sebelum memberitahu niatnya.

    Qamilia tersentak sedikit. Mungkin terkejut dengan teguran Munir.

    "I'm fine. Thanks for asking," balas Qamilia dengan nada perlahan namun bait-bait ayatnya dapat ditangkap oleh Munir.

    "Are you sure? Cause..."

    "I'm sure. Don't worry," celah Qamilia. Dia sudah mula berdiri untuk keluar dari dewan. Mahu ke dewan kuliah lain barangkali.
    "Tunggu dulu Lia!" tahan Munir.

    Langkah Qamilia mati.

    "Ya bang?" tanya Qamilia.

    "Lia nak masuk group abang tak?"

    "Excuse me?"

    "Tadi, Puan Facebook.com suruh kita bawak musical instruments masing-masing esok. Dan buat satu kumpulan. Satu kumpulan mewakili empat orang. Kumpulan abang dah ada tiga orang campur abang sekali. Kumpulan kami kekurangan seorang ahli," jelas Munir panjang lebar. Nampak sangat yang Qamilia tak tumpukan perhatian sepanjang kuliah tadi.

    "Oh, well okay," Qamilia memberi persetujuan sambil membuang pandangan ke arah lain.

    "Lia, make sure esok Lia bawa gitar Lia," kata Munir.

    Qamilia memandang pelik ke arah Munir.

    "How do you know I play guitar?"

    "Oh, I know," ujar Munir sambil mengenyitkan matanya pada Lia.

    Pernyataan itu membuatkan Qamilia tertanya-tanya.

    "How?"

    "Bukan ke Lia dah lambat? Tengok jam pukul berapa sekarang ni?" dalih Munir.

    "Eh? Oh no! Lia dah lambat. Ok, bye abang. Nanti Lia mesej kalau ada apa-apa ek? Assalamualikum!" ujar Qamilia tergesa-gesa keluar dari dewan itu.

    "Waalaikumussalam," balas Munir sambil ketawa tertahan-tahan.

    "Wei Munir, mana kau kenal dengan budak tu? Amboi, nak makan seorang je kau ek?" tanya rakan Munir.

    "Banyaklah kau punya makan! Dia tu adik kepada ex aku dululah," terang Munir. Dia tidak mahu ada sebarang salah faham antara dia dengan Qamilia.
     "Yeke?"

    "Betullah!"
    Rakannya memandang Munir dengan pandangan ragu-ragu.

    "Terpulanglah pada kau untuk percaya ke tak pada aku," ujar Munir.

* * *

    Selepas hari yang amatlah memenatkan, akhirnya Qamilia dapat merehatkan dirinya. Dia melepaskan lelah sebaik sahaja tubuhnya menghempas katil bujangnya. Selesanya.

    "Amboi Lia. Penat sampai macam tu sekali ke? Hari ni tak pergi bilik muzik?" tanya Emelda perihatin.

    "Penat sangat kak! Tak pergi. Hari ni takde sebarang pertemuan dengan budak kelab. Memang bagus. Fikiran Lia pun tengah kusut ni," bebel Lia.

    "Kenapa?"

    Qamilia memandang Emelda. Patutkah dia memberitahu masalahnya pada Emelda?

BERSAMBUNG...

Kalau nk tau smbungannyer... k0rg kenelah tggu part 13...hehehe :p

No comments:

Post a Comment