Little Crush

Glitter Words

Sunday, May 15, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 13)

"Lia ok je. Akak janganlah risau sangat. Cuma Lia tengah fikir pasal tugasan yang cikgu bagi je," ujar Qamilia lembut. Dia tidak mahu sesiapa pun yang tahu tentang perkara ini. Biarlah rahsia. Wah, macam lagu Siti Nurhaliza pula!

    "Hmm, ok. Lia nak air tak? Akak buatkan," kata Emelda. Emelda menguntumkan senyuman pada Qamilia.

    "Takpelah kak. Lia tak nak. Kalau Lia nak, nanti Lia buat sendiri," Qamilia menolak lembut. Dia tidak mahu Emelda terasa hati dengan penolakannya.

    "Betul ni? Lepas ni jangan mintak akak buat tau? Ni last offer. Are you sure?"

    "Akak, don't worrylah. Lia nak tidur ni. Penat sangat," kata Qamilia sambil menguap. Tangannya pantas menutup mulutnya. 

    "Well, if you say so. Jangan lupa mandi sebelum tidur tu!" ujar Emelda sebelum keluar dari bilik itu.

    "Ok," gumam Qamilia.

    Berat rasanya badan ni nak bangun. Qamilia mencapai teddy bear pemberian arwah mamanya. Dia memandang dalam-dalam teddy bear itu.

    "Mama, Lia dapat masuk ke kolej tau. Lia ambil jurusan Art and Music. Lia nak tunaikan permintaan mama," Qamilia berhenti untuk menarik nafasnya.

    "Mama, papa dah tak sayangkan Lia. Kalau papa sayangkan Lia, kenapa papa tak kasi Lia main gitar? Kenapa papa halang? Sebelum ni papa tak macam ni pun? Mama, you don't know how much I miss you. How I wish you're here by my side," luah Qamilia. Dia terlalu merindui arwah mamanya. Mungkin kerana dia merupakan anak yang palik rapat dengan mamanya.

    Malam itu, Qamilia mimpi tidur didalam pangkuan mamanya.

* * *

    "Bright and shine!" jerit Qamilia. Terkejut Emelda yang sedang mengemas katilnya.

    "Kenapa Lia ni? Terkejut akak tau! Nasib baik akak takde lemah jantung. Lia ni memang nak akak mati kat sini ke?" Emelda pura-pura marah.

    "Apalah akak ni. Baru sergah sikit dah terkejut sampai macam tu sekali. Siap mention nama penyakit orang kaya tu pulak. Lia tengah happy ni kak!" ujar Qamilia sambil tangannya lincah mengemas katilnya.

    "Kenapa?" tanya Emelda setelah menghempas punggung diatas katilnya.

    "Malam tadi Lia mimpikan mama. Mama suruh Lia bertahan. Mama usap rambut Lia sambil cakap 'Mama sayangkan Lia. Mama lagi rindukan Lia dari Lia rindukan mama'," cerita Qamilia. Wajahnya mempamerkan rasa sukanya dapat bertemu dengan arwah mamanya namun matanya mempamerkan rasa sedih. Sedih kerana pertemuan itu hanya sementara. Namun apakan daya. Tuhan lebih menyayangi arwah mamanya.

    "Akak tau tak? Lia rindu sangat pada belaian mama. Lia rindu sangat dengan ungkapan sayang mama pada Lia. Lia rindu nak bermanja dengan mama. Lia..." kata-katanya terhenti sebentar. Dadanya menahan sebak yang menggunung.

    Emelda terdiam. Baru hari ini dia tahu tentang arwah mama Qamilia. Selama ni dia menyangka menjadi anak kepada orang kaya, kematian seseorang itu tidak membawa apa-apa makna kepada mereka. Namun hari ini ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Emelda mendapatkan Qamilia yang bila-bila masa sahaja kacanya akan pecah berderai. Dia menarik Qamilia ke dalam pelukannya.

    "Please don't cry Lia. Apa yang berlaku ni mesti ada hikmah disebaliknya. Baru hari ni akak tau pasal penderitaan Lia. Lia, hear this. Out there, ada orang yang lagi kurang bernasib baik daripada Lia tau? Ada yang yatim piatu, malah miskin pula tu! Lia patut bersyukur yang..."

    "I know," celah Qamilia. Dia mengesat air matanya lalu dia merenggangkan pelukan Emelda padanya.

    "Lia, there's something I want to tell you," ujar Emelda.

    "Apa dia?"

    Emelda bangun lalu berjalan ke arah tas tangannya. Dia mencari-cari sesuatu. Setelah menjumpainya, dia mengeluarkan sebuah kotak kayu yang berukiran indah.

    "Wow, cantiknya kotak ni!" puji Qamilia ikhlas.

    Emelda tersenyum. Emelda menghulurkan kotak itu pada Qamilia.

    Qamilia memandang kehairanan. Namun huluran itu disambutnya.

    "Boleh Lia buka?" tanya Qamilia meminta keizinan.

    Emelda mengangguk tanda bersetuju.

    Jari-jemari Qamilia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat beberapa keping gambar dan sebuah kalung loket berbentuk hati.

    "Loket tu pemberian arwah nenek akak. Arwah kata, kalau dia dah takde nanti, jangan lupakan dia. Jaga loket tu elok-elok. Sebab loket tu hadiah parents akak sebelum mereka pergi," ujar Emelda tenang.

    "What did you mean by 'pergi'? You mean forever?"

    Emelda mengangguk.

    "Lia bertuah tau yang Lia masih punya papa. Akak takde sesiapa pun. Biaya nak masuk kolej pun guna duit kerajaan," ujar Emelda.

    Qamilia menunduk. Sangkanya dia seorang sahaja yang merasai keperitan hidup ni.

    "Lia kena tabah menghadapi dugaan yang Allah bagi pada kita tau. Kalau akak yang sebatang  kara ni boleh, takkanlah Lia tak bolehkan?"

    Qamilia tersenyum. "Thanks kak. Thank you!" kata Qamilia sambil memeluk tubuh Emelda. Dia menangis semahu-mahunya. Alangkah bagusnya jika yang dipeluknya sekarang adalah kakaknya sendiri. Bukannya Emelda.

    Emelda menepuk-nepuk lembut belakang badan Qamilia. Dia amat memahami kemelut perasaan Qamilia.

    "Dahlah tu Lia. Jangan menangis lagi. Kejap lagi ada kuliah kan? Takkanlah Lia nak masuk dewan dengan mata yang membengkak tu?" pujuk Emelda. Pipi Qamilia ditepuknya lembut.

    Qamilia tersengih. Setelah meleraikan pelukannya pada Emelda, dia segera masuk ke tandas. Mahu membersihkan mukanya.

    "Oklah kak, Lia nak keluar dah ni," ujar Qamilia setelah selesai membasuh mukanya. Tangannya pula mencapai begnya yang mengandungi gitar didalam. Beg itu dibimbitnya.

    Emelda mengangguk. "Ok. Hati-hati!" Emelda menitip pesan.

    Giliran Qamilia pula mengangguk. "Thanks for your advice kak. I really appreciate it."

    "It's not a big deal," ujar Emelda.

    "I still want to stay thanks."

    "Ok. Now go! Nanti lambat pula. Hari ni kuliah akak waktu petang. Jadi akak balik lambat sikit," Emelda memberitahu tentang kelewatannya nanti. Takut-takut Qamilia tertunggu-tunggu kepulangannya.

    "Ok!"

BERSAMBUNG...


Wait for smbungannye tau!! jom la kite lyn lgu2 nie..
IU --> Dreaming (Dream High OST)
IU --> Someday (Dream High OST)
Min Sunye --> Maybe (Dream High OST)
Suzy Miss A --> Winter Child (Dream High OST)

:P semuanye dream high ek?? hhaa

No comments:

Post a Comment