Little Crush

Glitter Words

Monday, May 16, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 14)

Qamilia berjalan dengan langkah yang bersemangat. Tidak seperti semalam. Walaupun dia masih tidak tahu bagaimana mahu selesaikan masalah yang satu tu, tapi dia tak boleh tunjukkan pada orang lain kelemahannya. Dia mesti kuat. Langkah Qamilia semakin laju. Tiba di satu selekoh...

    "Aduh, sakitnya! Seriously aku langgar orang ke dinding?" gumam Qamilia. Pelanggaran itu menyebabkan Qamilia jatuh terduduk. Kepalanya digosok perlahan. Qamilia mendongak untuk melihat gerangan manusia yang dilanggarnya.

    "Hish, kau lagi?! Kau ni tak penat ke asyik dok langgar aku je? Macamlah takde mamat lain yang kau nak langgar?" marah Khairul. Matanya tajam memandang wajah kecut Qamilia.

    "Pr... Presiden?" suara Qamilia kedengaran tergagap-gagap.

    "Wei, sampai bila lagi kau nak duduk atas lantai tu? Bangunlah. Tak kuasa aku nak angkat kau," arah Khairul. Marah-marah dia pun, dia tak sanggup nak tengok perempuan tu duduk atas lantai yang sejuk tu. Tak pasal-pasal jatuh sakit pulak dia tu.

    Qamilia sedikit tersentak lalu dengan pantas dia berdiri hingga hampir hilang keseimbangan namun tangannya cekap memaut lengan Khairul. Khairul pula terkejut dengan tindakan spontan Qamilia membiarkan sahaja pautan Qamilia.

    Qamilia pantas melepaskan pautan tangannya pada Khairul. Mukanya membahang. Malu kerana memegang lengan seorang lelaki dengan agak lama. Presiden kelab pula tu!

    "Ma.. Maafkan saya!" Qamilia mengucapkan kata-kata maaf sambil tangannya disusun sepuluh jari.

    Melihat muka Qamilia, Khairul berasa kasihan padanya. Namun perasaan itu segera ditepisnya. Satu idea nakal terlintas di fikirannya. Khairul memberikan seyuman manis pada Qamilia. Dia berjalan perlahan menuju ke arah Qamilia yang sedang berdiri terpaku dihadapannya.

    "You know I'm the president of the club right?"

    Qamilia menangguk laju.
    "Jadi aku rasa aku boleh arahkan kau buat apa-apa je kan?"

    Qamilia mengangguk lemah. Apalah yang mamat ni suruh aku buat?

    Khairul merapatkan mukanya pada Qamilia sambil tersenyum sinis.

    "Mulai hari ini, saat ini, aku nak kau..."

    Ya Allah, selamatkanlah aku! Bisik hati Qamilia.

    "Aku nak kau bersihkan bilik muzik. Bila kami dah habis practice, aku nak kau hidangkan air untuk kami. Terpulanglah air apa, asalkan boleh menghilangan dahaga kami. Setiap kali aku masuk bilik muzik tu, aku nak pemandangan yang menyejukkan mata. Faham?" tanpa rasa bersalah, Khairul mengarahkan Qamilia buat kerja yang sepatutnya dilakukan oleh pembantu rumah!

    "Er... Kalau saya buat benda ni..."

    "Ya, aku akan maafkan kau," ujar Khairul.

    Qamilia mengeluh berat. Hmm, tak pasal-pasal aku jadi 'maid' kelab ni.
    "Kau dah taukan apa kerja kau? Lepas je kau habis kuliah kau, aku nak kau terus pergi bilik kelab. Kemaskan apa-apa yang patut,"

     "Ya, saya tahu,"

    "Good, now if you excuse me, aku nak pergi dewan kuliah aku. Bye," kata Khairul sambil melambaikan tangan kanannya pada Qamilia.

    Sebaik sahaja bayang Khairul tidak kelihatan, wajah lembut Qamilia bertukar. Bertukar menjadi garang. Bengang sangat la tu.

    "Hish! Apa kena dengan presiden tu? Aku terpegang tangan dia je, bukannya aku buat benda tak senonoh kat mamat tu! Eee, geramnya aku!" tiba-tiba kagu 'Jump then fall' berkumandang diudara. Qamilia melihat skrin telefon bimbitnya. 'nombor tidak dikenali'. Siapalah yang call aku ni? Jarinya menekan punat hijau.

    "Assalamualaikum? Siapa ni?" tanya Qamilia. Suaranya dicontrol supaya tidak kedengaran seperti singa betina!
    "Waalaikumussalam, ni Lia ke?" tanya suara itu kembali.

    "Ya, ni siapa?"

    "Lia, ni abanglah!"

    "Abang mana pulak ni? Saya mana ada abang,"

    "Abang Munir."

    "Abang? How... How did you?"

    "No time to explain! Lia kat mana tu?"

    "Kat... Lia dekat tangga menuju ke dewan kuliah, kenapa bang?"

    "Lia cuba tengok jam sekarang!" arah Munir di hujung talian.

    "8.40 a.m.. Kenapa? Eh, jap! 8.40??? OMG! Lia dah lambat! Pensyarah dah masuk ke bang?" tanya Qamilia sambil berlari-lari menuju ke dewan. Ni semua salah si presiden tak guna tulah!!

    "Belum lagi, baik Lia cepat!"

    Pintu kuliah dihadapan, Qamilia menerjah masuk. "Ok, Lia dah sampai!" ujar Qamilia keletihan. Dia memandang segenap inci ruangan itu. Pensyarah belum masuk lagi! Selamat..

    "Lajunya Lia lari!" kata Munir sebaik sahaja Qamilia duduk ditempatnya.

    Qamilia meneguk airnya. "Dulu.. Dulu Lia ada masuk pertandingan merentas desa sekolah. I win the first place. Dulu Lia aktif dalam sukan, sekarang tak dah. Penat jugak," terang Qamilia.

    "Oh. Tapi larat pulak Lia lari sambil membimbit beg tu?" Muir menunjuk ke arah beg gitar kepunyaan Qamilia yang kini diletakkan di sebelah Qamilia.

    "Tak larat langsung! Tapi terpaksa," gumam Qamilia sambil memuncungkan bibir comelnya.

    "Kesian... Apa yang buatkan Lia lambat ni? Semalam awal je?"
    Qamilia terdiam.

    "Tak ada apa-apalah. Hari ni Lia bangun lambat sebab malam tadi tak dapat tidur," bohong Qamilia. Dia memberikan senyuman manis pada Munir.

    "Sure?"

    "Absolutelylah!"

    "Ok then," ujar Munir sambil mengangkat bahunya.

    "Semua bawa tak musical instruments masing-masing?" suaran lantang Puan Facebook.com berbunyi.

    "Bawa!" jerit semua.

    "Tiada yang tak bawa kan?"

    Senyap.

    "Siapa yang tak bawa angkat tangan!" arah Puan Facebook.com.

    Satu tangan terangakat diudara.

    "Kamu! Bangun! What's your name?" jerkah Puan Facebook.com.

    Tersentak jejaka itu. Dia bangun dengan rasa yang sangat takut.

    "Nama saya Akmal," beritahu Akmal.
    "Kenapa awak tak bawa musical instruments awak?"

    "Saya terlupa,"

    "Terlupa! Tu je alasan awak? Macam mana awak seorang je boleh lupa?"

    Akmal terdiam. Sesungguhnya dia bukannya terlupa, tapi dia tiada duit untuk membeli musical instruments sendiri. Dia masuk ke dalam jurusan ni pun sebab yurannya lebih murah berbanding dengan jurusan lain.

    "Saya... Saya..."

    "Dah! Saya nak awak buat push-up 100 kali dipadang kolej nanti! Buat masa ni, awak duduk dulu disini!" Puan Facebook.com menjatuhkan hukuman laksana hakim di mahkamah.

    Akmal tidak menjawab. Dia menundukkan wajahnya. Malu barangkali.

    Beberapa orang mencebikkan bibir ke arah Akmal. Tetapi tidak Qamilia. Dia memandang Akmal dengan pandangan simpati. Kasihan...

BERSAMBUNG...
Tunggulah part 15... la la la.. :)

No comments:

Post a Comment