Little Crush

Glitter Words

Monday, May 2, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 8)

"Huargh!" Qamilia menguap. Digosoknya kedua belah kelopak matanya.

    "Ngantuk lagi ke Qamilia?" tanya Emelda lembut.

    "Hmm. Tak sangka walaupun dah dapat tidur yang cukup, Lia still ngantuk," ujar Qamilia.

    "Lia mimpi kena kejar dengan penjahat kot?" seloroh Emelda.

    "Ada-ada je akak ni. Akak takde kelas ke hari ni?" tanya Qamilia kehairanan.
    "Pensyarah off-day lah hari ni. So akak ingat nak pergi perpustakaan. Cari buku nak pinjam," ujar Emelda.

    "Oh," balas Qamilia.

    "Akak, Lia keluar dululah ek? Nanti Lia kena marah. Assalamualaikum," sambung Qamilia selepas selesai menyarungkan kasutnya kepada kakinya.

    "Waalaikumussalam," balas Emelda.

    Qamilia segera keluar tanpa memandang ke belakang lagi. Dia kena segera pergi ke bilik kelab kalau tak nak bersihkan lagi bilik tu. Tengok jam tu, baru pukul 7 pagi. Kelas pun belum start lagi. Takut sangat si Qamilia ni.

* * *

    Sampai sahaja Qamilia di bilik kelab, dia dapati tiada sesiapa disitu. Qamilia menarik nafas lega. Kali ni, gitar kesayangannya dibawa sekali.

    "Leganya dorang semua tu belum sampai lagi. Nasib baik bilik ni masih kemas. Kalau tak, hmm..." keluh Qammilia. Gitarnya yang disandang dibahu diturunkan perlahan-lahan.

    "Sementara tunggu dorang tu sampai, baik aku main gitar ni. Sejak aku menjejakkan kaki kat sini, sekali je aku pegang kau gitar. Kesian..."
    "Hmm. Nak mainkan lagu apa ya? Oh ya! Lagu yang tu!" kata Qamilia sambil menepuk tangannya sekali.

    Tangan Qamilia ligat membuka zip beg gitarnya. Setelah zip itu dibuka sepenuhnya, gitar itu diambil lalu dipetik melodi yang sememangnya telah dihafal oleh Qamilia.

    Sedang asyik Qamilia memetik gitarnya, dia tidak menyedari Khairul yang berdiri disebalik pintu kelab. Niat dia yang hendak masuk kedalam bilik kelab tergendala. Melodi tu! Melodi tu lah yang dia pernah dengar hari tu! Tapi, macam mana...

    "Siapa tu?" kata Khairul tanpa sempat menahan dirinya daripada berkata.

    Terkejut Qamilia yang baru sahaja selesai memetik gitarnya.

    "Er, saya Qamilia. Kenapa?" tanya Qamilia cuba menyembunyikan nada terkejutnya.

    Khairul tidak menjawab pertanyaan Qamilia sebaliknya melihat gitar yang masih berada didalam pegangan Qamilia.

    "Kau ke yang main melodi tu tadi?" tanya Khairul dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

    "Er..." Qamilia takut Khairul memarahinya lalu dia mendiamkan dirinya.

    "Kau jangan risau, aku tak marah kau punyalah. Aku sekadar nak tau je kau ke yang main melodi tu tadi?" tanya Khairul lembut.

    "Ka... Kalau betul saya yang main melodi tu kenapa?"

    "Jadi betullah melodi tu kau yang mainkan?"

    "Saya cakap KALAU,"

    "Kalau betul kau yang mainkan melodi tu, kau mungkin aku layan dengan elok sikit. Aku sekarang tengah cari pengganti bagi senior aku yang dulu memang hebat bermain gitar," tipu Khairul. Dia terpaksa menipu untuk mengetahui perkara yang sebenar.

    Mendengar kenyataan itu membuatkan perasaan takut Qamilia susut sedikit. Dia menarik nafas dalam-dalam. Bersedia untuk mengaku. Tiba-tiba...

    "Woi Khairul! Eh? Kenapa korang berdua-duaan ni? Lampu pun satu je kau bukak? Kau ada niat yang..." sergah Hisyam sambil membiarkan ayatnya tergantung.

    Khairul menepuk dahinya. Kau ni Hisyam, bad timinglah! Budak ni baru je nak cakap something tadi.

    "Kau ni teruklah Hisyam! Sampai bila kau nak main sergah-sergah orang ni? Cuba la bagi salam sikit! Ni tak, main sergah je!" marah Khairul.

    "Er... Sorrylah Khairul. Jangan marah-marah. Nanti cepat tualah. Muka kau tu aku tengok dah ada kedut dah kat sini," kata Hisyam sambil menunjuk kearah dahi Khairul.

    "Banyaklah kau punya kedut! Kau ni tak boleh ke datang lambat sikit? Wrong timinglah!" bentak Khairul. Bengang betul bila dia tak dapat nak dengar pengakuan Qamilia tadi.

    "Aku tak nak kena 'belasah' dengan kaulah. Sebab tu aku datang awal hari ni. Wrong timing? Maksud kau?"

    Khairul mengeluh berat. Dia tak boleh nak salahkan Hisyam sepenuhnya juga. Dia bukannya boleh kawal si Hisyam tu.

    "Tak ada apa-apalah. Hari ni ada kelas Encik Keith kan? Kau dah jawab kuiz yang dia kasi hari tu?" tanya Khairul pantas menukar topik perbualan.

    "Heh? Kuiz tulah yang paling senang pernah aku buat," ujar Hisyam.

    "Hmm, tapikan soalan nombor 22 kenapa susah sangat hah?" tanya Khairul sambil cuba mengumpan Hisyam keluar dari bilik kelab bersama dia.
    "Wei, kau tak boleh nak jawab soalan tu? Bukan ke tu favourite question kau?" tanya Hisyam tak percaya!

    "Aku pun tak tau kenapa aku tak boleh jawab soalan tu,"

    Khairul yang ketika itu sudah pun jauh jalan kehadapan dikejar oleh Hisyam.
    "Mustahil!"

    "Dahlah tu! Qamilia, pastikan bilik kelab tu kemas sebelum keluar!" arah Khairul.

    "Eh? Tapi bilik ni dah kemaslah," jerit Qamilia.

    Khairul yang sudah jauh dari bilik kelab tidak mendengar jeritan Qamilia hanya berlalu pergi sambil memekakkan telinganya mendengar soalan yang keluar bertalu-talu dari mulut Hisyam.

    "Mamat tu dah sewel agaknya!" kata Qamilia membuat kesimpulan sendiri. Disebabkan bilik itu masih kemas dan bersih, Qamilia membiarkan bilik itu tidak berkemas. Dah kemas dah pun, buat apa kemaskan balik?

    Qamilia menyimpan gitarnya semula lalu berjalan meninggalkan bilik kelab selepas ditutupnya pintu itu rapat-rapat. Bilik kelab tu memang jenis yang tidak berkunci jadi dia boleh meninggalkannya begitu sahaja.

BERSAMBUNG...


No comments:

Post a Comment