Little Crush

Glitter Words

Tuesday, May 31, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 15)

"Duduk dalam kumpulan masing-masing! Saya ada satu tugasan buat kamu," arah Puan Facebook.com tegas.

    Tanpa arahan Puan Facebook.com pun, mereka sudah duduk dalam kumpulan mereka. Instinct  kononnya.

    "Kamu!" kata Puan Facebook.com sambil menunjuk ke arah Akmal, matanya dijegilkan.

    "Ya saya?" balas Akmal. Mukanya ditundukkan. Tanda tak sanggup bertentangan mata dengan Puan Facebook.com..

    "Mana ahli kumpulan kamu?"

    "Sa... Saya..."

    "Mana mereka!?"

    "Puan, Akmal satu kumpulan dengan kami. Maaflah, mungkin dia terlupa. Maklumlah, kami baru sahaja berkenalan," celah Qamilia menyelamatkan keadaan. Tak sanggup dia melihat Akmal ditengking dihadapan ramai.

    Akmal dan ahli kumpulan Qamilia memandang Qamilia dengan pandangan terkejut. Biar betul minah ni?

    "Oh yakah? Mengapa tadi kamu tak..."

    "Saya tak sedar. Sebab saya sibuk bersembang dengan ab... Munir," ujar Qamilia.

    Puan Facebook.com memandang Qamilia curiga.

    "Betul?"

    Dengan yakin, Qamilia menjawab, "Ya, betul. Lagipun bukannya ada faedah pun kalau saya tipu puan."

    "Baiklah kalau begitu. Akmal, pergi masuk kumpulan kamu. Memandangkan hari ni hari pertama kamu, saya berlembut sedikit. Tapi lain kali..." saja Puan Facebook.com membiarkan ayatnya bergantung.

    "Sa... Saya tak kan buat lagi," pantas Akmal menuturkan janji tanpa memikirkan akibatnya pada masa depan. Akmal dengan segera berjalan dengan pantas ke arah kumpulan Qamilia. Langkah kaki Akmal diperhatikan oleh semua pelajar didalam dewan itu. Seolah-olah Akmal baru sahaja keluar dari penjara kerana melakukan kesalahan besar. Sebaik sahaja dia sampai di tempat kumpulan Qamilia, dia melabuhkan punggungnya di sebelah Qamilia memandangkan itu satu-satunya tempat duduk yang ada.

    "Baiklah semua, hari ni saya akan memberikan tugasan kepada kamu. Saya mahu kamu mengarang sebuah lagu. Pastikan ahli-ahli kumpulan kamu dapat mengikut rentak not-not muzik kamu. Saya mahu kamu bentangkan hasil karangan lagu kamu pada minggu hadapan," kata Puan Facebook.com lancar.

    "Puan, boleh saya tanya sesuatu?" tanya Qamilia sambil mengangkat tangannya keudara.

    "Boleh, apa dia?"

    "Bagi sesetengah pengarang muzik, pasti ada tempat-tempat yang boleh mengeluarkan idea bukan? Puan ada cadangan bagi tempat-tempat yang begitu?"

    Puan Facebook.com tersenyum. "Jawapan saya, awak pergilah ke tempat yang sentiasa menenangkan kamu, disitu mungkin idea kamu akan keluar."

    Puan Facebook.com melihat jam tangannya. Hmm, ada masa lagi ni. "Baiklah, saya berikan kamu semua 30 minit untuk berbincang." ujar Puan Facebook.com sambil berjalan ke arah mejanya. Tas tangannya dicapai. Dia mula mencari-cari sesuatu.

    "Ha, ni dia!" kata Puan Facebook.com setelah menjumpai barang itu. Blackberry  edisi terhad. Niatnya bukan hendak menunjuk telefon bimbit barunya, tapi untuk...

    "Takkanlah tiada orang yang online? Ah, dia dah online!" ujar Puan Facebook.com kegirangan.

    Qamilia memandang kehairanan ke arah pensyarahnya. Apa kena dengan pensyarah aku ni?

    "Dia tengok facebooklah tu," bisik Munir.

    "Oh, patutlah," ujar Qamilia sambil menepuk dahinya. Lupa pula dia tentang 'penyakit' pensyarahnya itu. Facebook fever. Kalau Justin Bieber ada 'Bieber fever', facebook pula ada 'facebook fever'. Dunia... Dunia..

    "Kenapa Lia angkut mamat tu?" tanya Munir. Nada suaranya kedengaran tidak puas hati. Mungkin kerana Qamilia tidak berbincang dahulu dengan dia.

    "Er... Itu sebab..."

    "Sebab apa?" sergah Munir.
    "Sebab Lia kesian pada dia," kata Qamilia sambil terjerit kecil. Kus semangat. Mamat ni nak bunuh aku ke? Gerutu hati kecil Qamilia.

    Terkejut Munir mendengar kenyataan itu. Apatah lagi Akmal.

    "Aw.. Awak tolong saya sebab awak kesiankan saya?" tanya Akmal.

    Aduh, pecah rahsia! Ni semua salah abang Munirlah ni. "Awak, saya sebenarnya..."

    "Tak perlu. Saya tak perlukan belas kasihan awak pada saya," celah Akmal sebelum sempat Qamilia menghabiskan ayatnya.

    "Akmal, awak salah faham. Saya tak suka orang sergah saya macam yang abang Munir buat tadi tu. Sebab nanti macam-macam ayat yang mengarut keluar dari mulut saya," jelas Qamilia bersungguh-sungguh. Matanya memancarkan sinar simpati.

    Kasihan pula Akmal melihat Qamilia bersungguh-sungguh menjelaskan perkara sebenar kepadanya.

    "Lia, are you sure?" tanya Munir meminta kepastian.

    "Sure for what?"
    "Sure that you're not lying or hiding the truth?"

    "Of course!"

    "Yakah ni?"
    "Betullah! Kenapa abang tak percaya cakap Lia ni?"

    "Lia kan pernah tipu abang?"

    "Eh? Bila?"

    "Ala, takkanlah Lia tak ingat kot?"

    "Serious Lia tak ingat!"

    "Ala, pasal si Is..."

    "Chop!! Abang, Lia dah ingat! Don't talk about him in front of me," ujar Lia sambil memandang tajam ke arah Munir.
    Munir pura-pura ketakutan. "Alamak, takutnya. Lia nak buat apa kalau abang buat jugak?"

    "Abang!" sergah Qamilia sambil matanya sengaja dijegilkan.

    "Ooh, I'm so scared!"

BERSAMBUNG!!

Hey friends! so sorry about my late updates!! why??? cause I had some problems with my blog. Now its fine!! keep reading my novels ok?? i love you guys!! <3

1 comment:

  1. Ishh... bila lah agak2 nya ko nak habiskan sambungan nie... aku tunggu lama taw...

    ReplyDelete