Little Crush

Glitter Words

Monday, July 11, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 16)

"Leganya!" Qamilia menjerit kecil. Sekuntum senyuman dihadiahkan buat ahli pasukannya.

    "Lega? Kenapa pula Lia lega? Assignment pun tak siap lagi. Ada hati nak lega?" tegur Munir sambil mencebikkan bibirnya pada Qamilia.

    "Mestilah Lia lega! Sebab dengan adanya assignment nie, takdelah Lia kena... er..." Qamilia segera menekup mulutnya. 'Aduh, sikit je lagi nak pecah rahsia! Tak gunalah kau ni Lia!' Qamilia mengutuk didalam hati.

    "Kena apa?" tanya Munir ingin tahu.

    "Nothinglah," ujar Qamilia menutup rahsianya.

    "Tak baik menipu orang yang lebih tua daripada Lia tau!"

    "Ala, setakat tua setahun je baik tak payah," balas Qamilia tidak puas hati.

    "Hello! At least I'm older than you! So I think you must respect me!" tegur Munir sambil memberikan pandangan yang tajam.

    "Adoi!" tiba-tiba Akmal bersuara kuat.

    "Kenapa ni Akmal? Are you okay?" Qamilia menyuarakan kerisauannya.

    "Saya rasa saya okey. Cuma..." 

    "Cuma?" Qamilia dan Munir berkata serentak sehingga mencetuskan ketawa antara mereka.

    "Cuma sakit perut je. Tadi lupa hendak sarapan pagi," ujar Akmal selamba. Dia mula mengemas barang-barangnya untuk beredar dari dewan memandangkan kelas Puan Facebook.com sudah tamat.

    "Eh? Belum breakfast lagi? Samalah kita!" kata Qamilia kegirangan. Matanya mula mencari lelibat Munir.

    "Apa pandang-pandang?" tanya Munir apabila melihat Qamilia yang asyik memandangnya.

    "Abang, Lia belum sarapan lagilah. Akmal pun belum tau."

    "So?" tanya Munir lagi. Dia sebenarnya tahu niat Qamilia, namun saja dia buat tidak tahu.

    Qamilia mula geram dengan perangai Munir yang buat tak endah dengan kehendaknya. "So, you have to treat us breakfastlah!"

    "Woah Lia! Bukannya abang tak nak, tapi..."

    "Tapi?"

BERSAMBUNG!!

 So sorry sbb lmbt!! pas 2 short lak 2 citer nie!! sbb kesuntukan mse!! i know ramai yg rndu citer nie! I'm so sorry!! T-T

2 comments: