Little Crush

Glitter Words

Sunday, April 17, 2011

Tanpa Dia ... (Part 9)

KRING!!!

    "Eh? Loceng dah berbunyi la. Jomlah kita beratur jom! Johan, nanti pukul 3 petang kau datang rumah aku boleh tak?" tanya Syafina lembut.

    "Tengoklah. Aku tak janji tau?"

    "Ok,"

    Haikal mendengus kuat. Hish, dorang ni berborak tak ingat dunia! Dah lupa la tu kat aku yang tengah dok tercegat kat sini.

    Syafina tersenyum. Lupa pulak aku kat sepupu aka bodyguard aku ni. "Haikal, jomlah beratur. Sorrylah pasal tadi. Syok sangat berborak dengan Joe sampai kau aku lupa. Sorry ek?" kata Syafina sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.

    "Lain kali kalau nak berborak tu ajaklah aku. Jealous tau!" ujar Haikal jujur.

    Namun Syafina menyangka Haikal sekadar bergurau. Syafina ketawa kecil. "Ala kau ni Haikal, dengan Joe pun nak jealous. Ha ha ha ha!"

    "Tolong beratur dengan segera!" sergah seorang pengawas perempuan.

    Mak aii minah ni! Main sergah-sergah lak. Bagilah salam dulu kot ye pun. Hish!

    "Yelah," balas Syafina. Kakinya mula mengatur langkah dengan Haikal dan Johan mengikutinya dai belakang.

    "Sya, esok ada latihan kat padang. Kau nak ikut tak?" tanya Johan apabila mereka sudah berada didalam kelas.

    "Ha? Latihan apa pulak ni?"

    "Latihan bola keranjang," 

    "Tak boleh!" celah Haikal tegas!

    "Kenapa pulak tak boleh Haikal?" tanya Syafina.

    "Esok kau kena ikut aku dengan Mak Ngah pergi syarikat family kau," ujar Haikal.

    "Buat apa? Bukannya aku nak pergi ambik alih terus syarikat tu. Lagi enam tahun barulah aku layakkan?"

    "Enam?"

    "Yela, enam. 20 tolak 14 kan enam? Kau ni pandai matematik ke tak?" perli Syafina.

    "Sya, aku sebenarnya..."

    Johan yang dari tadi hanya menjadi penonton setia memotong percakapan Haikal.

    "Sya, kalau kau tak boleh nak pergi takpelah. Aku tak kisah pun," kata Johan tenang.

    "Tapi Joe,"

    "Betullah, aku tak kisah. Family first Sya,"

    "Oklah kalau macam tu. Kau sampai bila lagi nak duduk kat sini?" tanya Syafina sambil keningnya diangkat-angkat.
    "Aik? Ni kan tempat aku? Kau  ni dah nyanyuk ke Sya?"

    Syafina menepuk dahinya. Ya Allah mamat ni! Tadi bukan main lagi nak tukar tempat. "Joe, sekarang ni tempat yang kau duduk ni tempat Haikallah."

    "Hah? Oh! Lupa pulak aku he he he. Sorrylah Haikal," kata Johan sambil tersengih. Hish, aku pulak yang nyanyuk.

    "Wei, cikgu tak datang. Tolong buat kerja sendiri diam-diam!" arah Rafiq dengan tegas. 

    "Yeah!" jerit semua.

    Johan menarik kerusinya lalu duduk dihadapan Syafina.

    "Aik Haikal! Berapa lama lagi kau nak berdiri tu? Meh la duduk sini," ajak Syafina sambil menepuk-nepuk tempat duduk Haikal.

    "Hmm,"

    "Sya, aku tak patut hina perempuan. I'm really sorry Sya. Aku tak bermaksud nak buat macam tu. Aku... Aku..."

    "Johan, aku dah lama maafkan kau. Tapi jangan buat lagi tau! Kau buat lagi, aku sepak pulak kau dekat tempat 'tu'," balas Syafina selamba. Ho ho ho! Macamlah aku nak buat betul-betul kat dia.

    Terbeliak mata Johan dan Haikal. Mereka berpandangan sesama sendiri lalu mereka ketawa berdekah-dekah tak ingat dunia!

    Syafina yang pelik dengan situasi itu lalu bertanya. "Apa yang kelakar sangat?"

    "Wei Sya, we both dah kenal kau lama dah la. Aku sure gila kau takkan berani nak buat punya!" kata Haikal sambil ketawa. Tak cukup dengan ketawa, dia hentak-hentak mejanya untuk menunjukkan betapa kelakarnya ayat yang dituturkan oleh Syafina tadi. Uih, dasat tu!

    Syafina memuncungkan bibirnya. Ish, aku taulah aku takde black belt macam korang. Tak baik tau ejek aku macam tu!

    Johan yang menyedari akan perkara itu segera berhenti ketawa. "Ala Sya, kau janganlah ambik hati sangat," pujuk Johan.

    "Nak ambik jugak! Kalau aku takde hati, nanti aku mati," ujar Syafina.

    Johan memandang Haikal dengan rupa yang mengatakan 'macam mana ni?'

    "Sya, petang ni jom kita pergi KFC nak? Aku belanja! Johan kau pun kena ikut!" kata Haikal.

    "Eh? Kenapa pulak?"

    "Eleh, kau pun ketawa tak ingat dunia tadi."

    "Yela Joe! Kau pun ketawa tadi. Kau pun kena ikut. Kalau kau tak nak ikut, aku merajuk 12 purnama," kata Syafina.
    "12 purnama? Amboi, lamanya kau nak merajuk! Setahun tu!" kata Johan pelik.

    "Ala, kau tak payahlah pelik sangat Joe. Syafina memang macam ni," ujar Haikal.

    Johan memandang Haikal lalu dia menghulurkan tangan kanannya.

    Haikal kepelikan.

    "Kau nak aku cium tangan kau ke? Ish, tak naklah aku. Aku normal lah," kata Haikal.

    Ish, kesitu pulak mamat  ni fikir. Tak logik langsung!

    Terlopong mulut Johan dan Syafina. Hish Haikal ni!

    "Bukanlah! Aku pun normal jugak. Gila apa kau ni?"

    "Dah tu? Yang kau dok hulur tangan tu kenapa?"

    "Aku nak kita jadi kawan. Friends?" kata Johan sambil menghullurkan semula tangan kanannya.

    "Oh, aku ingatkan apalah tadi. Sure, anything." kata Haikal sebelum menyambut huluran tangan Johan.

    Syafina tersenyum. "Lega aku tengok korang. Lenalah malam ni aku tidur. Segala kekusutan aku dah berakhir," kata Syafina senang.

    Haikal dan Johan juga turut tersenyum melihat gelagat buat hati pengarang jantung masing-masing. Adoi, dua-dua nak kat Syafina la pulak! Masalah! Masalah!

    BERSAMBUNG ...


bye korang! nak baca cerita "Coke and Sundae 2" bye!!

No comments:

Post a Comment