Little Crush

Glitter Words

Saturday, April 16, 2011

Tanpa Dia ... (Part 8)

Haikal menggalas beg sekolahnya lalu berjalan ke arah Johan dan Syafina. Apa kenalah dengan mamat ni?

    "Johan, awak pergi duduk di tempat Haikal. Haikal, awak duduk sini. Kalau tak selesa, bagitau cikgu. Nanti cikgu tukar balik tempat duduk kamu semua,"

    "Semua?" serentak Johan, Syafina, Haikal dan Adira berkata.

    "Ya, semua! Yang kamu berempat terkejut sangat ni kenapa?" tanya Puan Rositah kehairanan. Hish, takkanlah nak tukar tempat duduk pun sampai terkejut gitu sekali? Tak masuk akal langsung dorang ni.

    "Er, tak ada apa-apa," kata Haikal sambil kakinya menuju laju ke arah tempat duduk baharunya. Hmm, nasib baik sebelah Sya, kalau tak, jangan haraplah aku nak tukar tempat! Sempat lagi Haikal ni!

    "Sya, apa mimpi Johan tu? Sanggup pulak dia tukar tempat duduk dengan aku," tanya Haikal sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk Johan. Ops! Salah tulis. Bekas tempat duduk Johan. Sekarang tempat itu menjadi milik Haikal.

    "Aku tak taulah. Dia marah aku kot? Tadi aku tertampar dia. Lagilah dia marah," ujar Syafina selamba.

    "Kau tampar dia? Gila ke apa kau ni Sya? Hantu mana rasuk kau? Aku tak pernah tengok pun kau tampar orang!" Haikal memarahi Syafina. Hish, lasak betul pompuan ni kat sekolah. Memang good idea untuk aku awasi dia ni. Thanks Mak Ngah!!!

    "Ala, rilek la Haikal. Aku menyesal la jugak sebab tampar dia. Tapi salah dia jugak! Ada ke patut dia pergi kutuk kami! Kaum Hawa ni!" kata Syafina sambil mukanya dikerutkan. Ingat cantik apa muka macam tu?

    Haikal menggeleng-gelengkan kepalanya. "Patutlah..." Haikal dah memang masak dengan perangai Syafina ni. Pantang betul kalau ada orang hina kaum dia.

    Haikal dan Syafina makin rancak berbual, tapi tangan mereka masih tidak berhenti menyalin jawapan bagi soalan yang diberikan oleh guru. Tanpa disedari, empat pasang memerhatikan mereka berdua dengan panas hati.

* * *

    "Wei Sya!" panggil Amir. 

    "Amir?"

    Amir berhenti sekejap dihadapan Syafina sambil tangannya memegang dadanya. Nafasnya tercunggap-cunggap keletihan. Tulah, lari lagi laju-laju. Macam takde kerja je Amir  ni.

    "Sya, aku ada berita gempak punya!" kata Amir selepas hilang lelahnya.

    "Pasal apa?" tanya Syafina.

    "Pasal Joe,"

    Terkedu Syafina mendengar nama itu.

    "Kenapa dengan Joe?"

    "Kau tau tak..."

    "Tak, aku tak tau," celah Syafina.

    "Jangan mencelah masa aku nak cakap boleh tak?"

    "Sorry" balas Syafina sambil kedua tangannya diangkat sebagai tanda menyerah kalah.

    "Kau tau tak, Johan nak pindah?" tanya Amir sambil matanya memandang Haikal yang sedang berdiri di sebelah Syafina.

    "Hah? Kau tipu! Johan tak bagitau aku pun?"

    "Ya Allah! Betullah! Bukannya ada faedah pun menipu ni. Johan kata dia nak bagitau kau, tapi lepas kita menang pertandingan tu," perkataan lepas kita menang tu sengaja diperlahankan volume suaranya.

    "Kau tipu!!! Johan takkan buat aku macam ni! Selalunya kalau ada apa-apa dia bagitau aku dulu! Tak mungkin!" bentak Syafina. Tak mungkin Johan akan tinggalkan aku. Aku tau tu!

    "Sya, mengucap Sya," pujuk Haikal lembut.

    "Aku belum mati lagi, kau tak payah suruh aku mengucap!" herdik Syafina kegeraman.

    "Ya Allah Sya, mengucap tu tak semestinya untuk orang yang dah nak mati je," ujar Haikal. Suaranya masih dikawal agar tidak menunjukkan kecemburuannya. Johan! Johan! Asyik-asyik dia! Menyampah pulak aku!

    "Bila masa pulak aku cakap aku nak pindah ni? Kau sebar fitnah ek Amir!?" tegur satu suara. Johan!

    "Aik? Bukan kau kata nak pindah ke tadi?" tanya Amir sambil tangannya menggaru-garu kepalanya yang tak gatal tu.

    "Hish, lain kali dengar sampai habis la sengal! Aku cakap aku nak pindahkan James dengan Mary. Kucing aku tu!" ujar Johan sambil tangannya mengetuk kepala Amir. Padan muka! Biar biol otak kau! Agak-agaklah kalau nak menipu pun! Tapi pahal lak si Sya tu meraung bagai nak gila tadi?

    "Oh ye ke?  He... He... Sorrylah Sya! Salah information da," kata Amir sambil tersengi-sengih macam kerang terlebih busuk kat situ.

    "Boleh tak jangan buat macam tu lagi? Kau tau tak aku risau bagai nak rak tadi?" marah Syafina.

    Risau? Sya risaukan aku? Yes! Eh? Kenapa pulak aku suka ni? Ah, mainan perasaan je tu! Sangkah Johan sambil kepalanya digelengkan beberapa kali.

    "Ish, naik risau pulak dah aku tengok si Joe ni. Oklah Sya, aku blah dulu. Pape hal kau search je aku kat koperasi sekolah tu," kata Amir sambil berlalu ke arah koperasi sekolah.

    Eh mamat tu! Dia ingat dia tu google ke?? Senang-senang je nak search pastu jumpa?

    "Wei Sya! Kau jangan percaya cakap mamat sengal tu. Nak je aku debik dia," gumam Johan.

    "Hmm. Tapikan Joe, takkan la dia nak menipu sampai macam tu sekali kot? Tak masuk dek akal!" kata Syafina.

    "Ala, macamlah kau tak kenal si Amir tu..."

    "Memang aku tak kenal pun,"

    "Jangan menyampuk bila orang tengah bercakap boleh tak?"

    "Ha! Ha! Ha! Ha! Sorrylah Joe!"

    Tanpa mereka berdua sedari, mereka sudah boleh berbual mesra. Bagaikan tiada apa yang berlaku antara mereka. Mesra sungguh!

    Haikal memandang tajam ke arah Syafina dan Johan. Ish, macam manalah diorang ni boleh rapat balik? Tak boleh jadi ni!

    "Ehem! Ehem! Sampai bila lagi korang nak berborak ni? Masa rehat nak habis dah," tegur Haikal. Ish, jeles pulak aku tengok dorang ni.

    "Eh? Lambat lagi la Haikal. Joe, I'm so sorry sebab tampar kau tadi. Aku tak sengaja. Please forgive me,

    Johan memandang wajah comel Syafina. "Takpelah Sya, yang lepas biarkan lepas. Kita bukak buku baru nak? Semalam aku baru je beli buku baru. He... He..." ujar Johan kegembiraan. Taubat aku tak nak gaduh dengan Sya lagi! Tak tahan nak tanggung rindu! Ish, merepek je lebih aku ni!

    "Ha! Ha! Ok!"

    Akhirnya sebuah persahabatan yang suci bersambung semula.

BERSAMBUNG!

No comments:

Post a Comment