Little Crush

Glitter Words

Friday, April 15, 2011

Tanpa Dia ... (Part 7)

Wait! That can't be true! Haikal? Tapi... Bukan ke dia tua setahun dari Syafina? Macam mana dia boleh turun ni? Apa mamat tu buat kat sini?

    "Ok Haikal, sila kenalkan diri awak pada rakan-rakan baru kamu," kata Puan Rositah.

    Matanya melilau mencari kelibat sepupunya, Syafina sambil berkata, "Hmm, baiklah! Hai semua, nama saya Muhammad Haikal bin Dato' Rasyid. Saya..." namun kata-katanya terhenti apabila dia melihat Syafina duduk bersebelahan dengan Johan. Nak kata Johan saja je nak menggatal duduk sebelah Syafina tak jugak, sebab semua pelajar lelaki duduk bersebelahan dengan pelajar perempuan. Johan mula membuat muka poyo dia.

    "Sa.. Say.. Saya.." Haikal tergagap mahu menyambung ayatnya.

    "Saya?" tanya Puan Rositah kehairanan. Apa kena dengan budak ni? 

    "Ehem! Ehem! Saya baru sahaja berpindah ke sini selepas dua tahun menetap di London," kata Haikal.

    "London? Wow, bestnya!" tiba-taba satu suara yang amatlah dibenci oleh seluruh pelajar didalam kelas itu, iaitu Adira.

    "Saya berpindah ke sini atas urusan..."

    "Keluarga?" sinis Syafina. Ni mesti mama yang suruh si Haikal tu intip aku! Hish, ingatkan dah lupa dah pasal hal syarikat tu. Ingat lagi rupa-rupanya.

    Haikal tersenyum manis ke arah Syafina. Tau-tau je Syafina ni. Susah jugak nak selindung kan apa-apa daripada Syafina. 

    Menyampah betul Johan lihat senyuman manis Haikal tu! Macamlah aku tak tau kau tu ada ada hati kat Sya! Huh!

    Adira mula memasang angan-angan hendak ber-couple dengan Haikal. Maklumlah, siapa yang tak nak kat jejaka yang handsome, tinggi, matang macam Haikal tu? Kalau korang tak nak, aku nak! 

    "Haikal, awak duduk di belakang dulu ya? Nanti esok cikgu akan buat pertukaran tempat duduk semula," ujar Puan Rositah.

    "Baiklah," balas Haikal lalu dia berjalan ke tempat duduknya. Dalam itu, sempat juga dia memberikan Syafina sehelai kertas untuk dibaca.

    "Surat apa pulak ni? Surat cinta? Sorry ek Haikal, aku..."

    "Baca dulu, jangan main agak je! Kau ni pun," ujar Haikal. Lalu dia menyambung semula perjalanannya ke tempat duduknya. Haikal duduk bersebelahan dengan Puteri Anis. Selamat sikit daripada duduk sebelah Adira tu! Puteri ni pendiam orangnya.

Isi surat itu ...

Ke hadapan sepupuku Nur Siti Syafina,

    Aku tau kau mesti terkejut beruk gilalah bila tengok aku tadikan! Ha! Ha! Ha! Tapi kau janganlah risau, aku mungkin ambik PMR tahun depan, ikut kau. Nampaknya lepas ni kau kenalah biasa-biasa kan diri kau dengan aku. Sebab, aku dah naik pangkat! Dari sepupu kepada bodyguard kau! Wah, bangga dowh!

    Aku harap kau faham apa yang aku try nak sampaikan ni. Take a deep breath okay! Aku tak  nak tengok kau rapat lagi dengan Johan tu. Aku tau, mesti kau cakap yang aku ni takde hak langsung nak halang kau berkawan dengan siapa, tapi terus-terang aku cakap. Sejak aku tengok cara dia layan kau hari tu, aku tak sanggup tengok kau bersedih lagi. Please, you must understand this.
Salam teramatlah sayang,
Haikal
sepupu kesayangan kau!

    Syafina mengeluh perlahan. Nampaknya kehadiran Haikal mungkin akan mengubah segalanya. Syafina melipat surat itu lalu menyimpannya didalam poket baju kurungnya.

    "Baiklah murid-murid semua! Hari ni cikgu akan adakan kuiz KOMSAS hari ni,"

    "Ala!" serentak itu murid-murid kelas itu mengeluh.
    "Takde ala-ala. Kan minggu lepas cikgu dah suruh kamu semua baca buku? Salah kamulah kalau kamu gagal!" tegas Puan Rositah.

    "Salin soalan dihadapan ini. Hari ni jugak cikgu nak buku KOMSAS kamu! Siapa tak hantar, kena hukum dengan cikgu! Nak tau apa? Cubalah try tak hantar buku," ugut Puan Rositah. Hish, cikgu  ni main ugut-ugutlah pulak!

    Mereka semua mula menyalin soalan yang ditulis oleh cikgu di papan putih. Sedang Syafina leka menulis, tiba-tiba dia rasa seperti ada orang baling sesutu di kepalanya. Matanya mula melilau ke seluruh kelas. Matanya menangkap kelibat Haikal yang sedang melambaik-lambaikan tangannya terhadap Syafina. Syafina pun turut membalasnya, lalu dia segera menyambung semula kerjanya.

    "Sukalah kau kan?" tegur Johan dengan muka tak berperasaannya.

    "Apa maksud kau?" tanya Syafina cuba mengawal gelodak perasaanya kini.

    "Haikal kesayangan kau tu dah sama sekolah dengan kita. Setiap hari kau boleh jumpa dengan dia,"

    "Joe, aku malas nak cari pasal dengan kau!"

    "Huh!"

    "Cikgu, saya nak tukar tempat!" suara Johan mengejutkan mereka semua. Aik? Apa mimpi mamat ni nak tukar tempat duduk?

    "Kenapa pula Johan?"

    "Panas," kata Johan sambil menunjuk ke arah dinding. Takde kipas kat atas tu rupa-rupanya. Tapi dia tak pernah complain pun sebelum ni?

    "Awak nak duduk kat mana Johan?"

    "Kat sana," jari telunjuk Johan menunjuk ke arah Haikal. Terkejut Haikal dibuatnya.

    "Boleh tak Haikal? Tukar tempat duduk dengan Johan?"

    "Er..."

    "Bolehlah Haikal. Aku sure kau tak kisah tukar tempat dengan aku," kata Johan sinis.

    "Er... ok," 



BERSAMBUNG!!!!

bye!! tggu part 7!

No comments:

Post a Comment