Little Crush

Glitter Words

Friday, April 15, 2011

Tanpa Dia ... (Part 6)

"Dah, kau jangan risau sangat ek?" kata Syafina sambil tersenyum manis memandang rakannya itu.

    "Macam mana aku tak risau? Pasal mamat tu kau menangis bagai nak rak kat sini," ujar Siti tak puas hati.

    "Siti, stop worrying okay? Dah jom keluar. Kejap lagi nak masuk kelas dah. Berapa lama lagi kita nak jadi penunggu kat tandas ni?

    Siti tersengih. "Ha'ah. Betul jugak tu! Aku pun tak nak jadi sahabat setan. Jomlah kita keluar," kata Siti sambil terkocoh-kocoh keluar dari tandas.

    Apabila mereka keluar dari tandas, mereka bertembung dengan Johan yang sedang berjalan menuju ke tandas. Tandas lelaki dengan tandas perempuankan sebelah-menyebelah je. Siti memandang Johan dengan pandangan tajam manakala Syafina menundukkan wajahnya. Johan terpaku sebentar apabila melihat kelibat Syafina. Mulutnya terbuka kemudian tertutup semula. Seolah-olah mahu mengatakan sesuatu. namun tak jadi apabila Syafina dan Siti sudah jauh kebelakang.

    "Menyampah aku tengok si Johan tu! Sya, mulai hari ni, aku tak nak tengok kau rapat lagi dengan si Johan tu! Muktamad!" kata Siti. Kali ni dia bertegas dengan Syafina. Tak sanggup lagi dia hendak melihat Syafina berendam air mata gara-gara mamat tu! Pasal bola keranjang pun nak marah-marah! Tak profesional langsung! Mamat macam tu dah memang out of the listlah!

    "Ta... Tapi Siti, tempat duduk kami bersebelahan. Macam mana aku nak elak dari dia?"

    "Kau mintak kat cikgu kau nak tukar tempat," 

    "Kalau cikgu tanya aku nak jawab apa?"

    "Kau cakap je kau sakit mata," kata Siti. Yelah, sakit mata nak tengok muka si Johan tu! Harap muka je handsome! Perangai macam tut!!!!!

    "Tak logik langsung!"

    "Ala, kau kan pandai? Pandai-pandai kau la fikir alasan apa nak bagi kat cikgu,"

    "Senang je kau cakap. Kalau senang macam tu, takdelah aku tanya kau," balas Syafina. Bengkek sungguh Syafina dengan ke'sengal'an kawannya yang sorang ni.
    "Ala, aku reti bagi idea je. Yang selebihnya, lu pikir la sendiri! Kata Siti sambil mengikut tag line raja lawak tu.

    "Malangnya, aku tak rasa alasan tu boleh buat cikgu tukarkan tempat duduk aku. Lagipun bu..."

KRING!!!!

    Belum sempat Syafina menyambung ayatnya, loceng sekolah berdering menandakan tamatnya sekolah buat sesi pagi, dan bermulanya sekolah buat sesi petang. Hmm, nampaknya nak tak nak aku terpaksa la duduk sebelah Johan buat sementara waktu.
    "Sya? Jalanlah. Kau menungkan apa lagi ni?"

    "Eh? Ok!" balas Syafina sambil berjalan menuju ke arah tangga.

    Sebaik sahaja Syafina masuk ke dalam kelasnya, dia tercari-cari akan kelibat Johan. Tak nampak pun? Belum naik lagi ke? Lantaklah!

    Syafina meletakkan beg sekolahnya ditempat duduknya lalu dia pergi ke arah Lee Chin Hong. Nak minta DVD Korea yang baru dibeli oleh Lee Chin Hong, 'My Girlfriend is a Gumiho'. Memanglah mereka berdua tahu tak boleh bawa DVD ke sekolah, tapi Lee Chin Hong bijak! Dia membaluti DVD itu dengan pembalut hadiah. Siap tulis 'Happy Birthday Sya! May god bless you :)'lagi!

    "Hei Chin! Wah, best ke 'hadiah' ni?" tanya Syafina sambil mengenyitkan matanya.

    "He... He... Best ma! Jangan lupa esok!" balas Lee Chin Hong.

    "Ok! You don't worry! I takkan lupa,"

    "Huh!" satu suara sumbang berbunyi di belakang Syafina. Siapa lagi kalau bukan si Johan tu?

    Johan mencampakkan begnya disebelah tempat duduk Syafina lalu duduk sambil merenggang-renggangkan urat sendinya. langsung tak menunjuk sebarang tanda hendak tukar tempat duduk. Syafina mengeluh.

    "Oklah Chin, I pergi duduk tempat I ek?" kata Syafina.

    "Ok, ok," balas Chin.
    Kan best kalau Siti satu kelas dengan aku? Kenapalah kau turun kelas Siti? Keluh Syafika. Siti turun dua anak tangga apabila dia gagal ujian akhir tahun pada tahun lepas. Rasa lain macam pula bila tak tegur Johan. Kalau tegur nak cakap pasal apa? Baik aku minta maaf sebab tampar dia tadi. Bukannya aku sengaja pun!

    "Er Joe, aku..."

    "Nah buku kau. Lepas ni kau tak payahlah pinjamkan lagi buku kau kat aku. Aku tak boleh terlalu berharap kat kau. Lagipun tu yang kau nak kan?" kata Johan dingin. Dia memulangkan semula buku latihan BI Syafina yang dipinjamnya.

    "Er... Urm, baguslah kalau macam tu. Tapi Joe, Sya sebenarnya nak..."

    "Kau nak tukar tempat duduk dengan aku kan? Nanti aku bagitau cikgu," potong Johan. Dia langsung tak mahu memberi peluang kepas Syafina untuk meminta maaf. baginya, dia yang bersalah. Syafina tak bersalah. Namun mulutnya berat untuk meluahkannya.

    "Bangun semua!" jerit ketua kelas, Ryan.

    "Selamat sejahtera cikgu!" kata mereka semua serentak.

    "Selamat sejahtera, duduk semua," balas Puan Rositah.

    "Cikgu, ada manusia nak jumpa!" kata Ain pada Puan Rositah sambil menunjuk ke arah pintu kelas.

    "Sila masuk. Ye, ada apa Puan Asyikin? Amboi, anak awak ke?" usik Puan Rositah.

    "Hish awak ni Ros! Agak-agaklah. Anak-anak saya dah besarlah. Ni bakal anak awaklah," balas Puan Asyikin.

    "Oh," kata Puan Rositah setelah dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Puan Asyikin.

    "Awak tinggalkan je dia kat sini. Pandailah saya uruskan cik abang kita ni," sambung Puan Rositah.

    "Ok!" kata Puan Asyikin lalu dia berlalu pergi kerana banyak lagi kerja yang perlu dilakukannya.

    Eh? Tu macam...

    "Murid-murid semua, perkenalkan kawan baru kamu, Haikal," kata-kata Puan rositah itu ternyata mengejutkan Johan dan Syafina.

    "WHAT?!"

BERSAMBUNG ...


Hmm... ngantuknye!!!! bye semua! nk tid0 la...




No comments:

Post a Comment