Little Crush

Glitter Words

Wednesday, April 13, 2011

Tanpa Dia ... (Part 5)

"Sya, meh la turun makan," ajak Haikal lembut. Sejak balik dari rumah petang tadi, Syafina terus berkurung dan langsung tidak menjamah makanan yang dihidangkan.

    "Haikal, kau ambik ajelah makanan tu. Kasi dekat adik-adik kau makan. Aku takde seleralah," ujar Syafina dibalik pintu biliknya.

    "Diorang dah makan dah. Mak Ngah dengan aku je yang belum makan lagi ni. Kitorang tunggu kau Sya. Kau tak kesian ke kat Mak Ngah? Dia baru je balik dari oversea, kau dah buat perangai," pujuk Haikal. Takkan pasal mamat tadi je dia merajuk bagai? Aku tak nampak apa-apa yang special pun pasal mamat tu. Ok, aku mengaku aku jealous sikit. Tapi sikit je, takdelah banyak sangat. Gerutu Haikal.

    Syafina menyepi sebentar. Beberapa saat kemudian, Syafina membuka pintu biliknya. Haikal hampir menjerit sebaik sahaja dia melihat wajah Syafina. Macam pontianak! Nasib baik rambut dia warna kuning tau! Dengan matanya yang sembab kerana berendam air mata tadi. Rambut pula kusut masai. Mak aii, ni hantu ke manusia?

    "Sya, kau pergilah basuh muka kau tu. Macam hantu dah aku tengok," tegur Haikal sambil menahan ketawanya agar tidak meletus.

    "Bising la kau ni! Aku keluar ni pun dah kira ok tau!"

    "Kalau kau tak percaya, kau pergi tengok cermin tu," balas Haikal sambil jarinya menunjuk ke arah cermin yang memang sedia ada di dalam bilik Syafina.

    "Ok!" kata Syafina sambil dia menghayunkan kakinya ke cermin di biliknya. Wallamak! Patutlah Haikal dok tahan ketawa dia tadi. Muka aku memang ada iras-iras hantu Kak Limahlah! Syafina segera membasuh mukanya di dalam tandas berdekatan biliknya.

    "Ha! Macam ni baru cantik! Takdelah macam hantu aku tengok," usik Haikal.

    "Hish! Apa-apa je lah. Aku dah lapar ni, kalau kau nak tercengok kat depan bilik aku tu aku tak kisah!" jerit Syafina pada Haikal yang kini telah jauh dia tinggalkan dibelakang.

    "Sampai hati kau tinggalkan aku kat sini sorang-sorang Sya?" kata Haikal.

    "Aku peduli apa?" balas Syafina.

    Syafina buat derk je dengan Haikal. Sebenarnya dia malas nak dengar ceramah malam-malam ni. Macamlah dia baru kenal dengan Haikal semalam. Haikal tu dengki betul dengan Syafina. Kalau dia nak bersendirian dalam bilik sorang-sorang pun tak boleh. Ganggu orang nak emo je. Hai, sekarang ni barulah dia rasa apa yang Johan rasa setiap kali dia kena ceramah. Hmm...

    "Ha Sya, dah turun pun anak mama ni." tegur Puan Salmah sebaik sahaja dia melihat Syafina sedang menuruni anak tangga.

    "Haikal mana?" sambung Puan Salmah kerana dia tak nampak batang hidung Haikal dengan Syafina.

    "Ntah? Kena sorok dek bunian kot?" kata Syafina. Dia ni kalau nak buat lawak langsung tak tengok tempat!

    "Siapa yang kena sorok dengan bunian?" tanya Haikal. Dia sedang berdiri sambil mencekak pinggang di belakang Syafina. Dahlah kena tinggal kat Syafina tadi. Sekarang ni sedap-sedap rasa je Syafina cakap dia kena sorok dengan bunian?

    "Kaulah! Ops," alamak! Kantoi sudah. Haikal dengar ke aku dok buat ketupat (mengumpat) pasal dia tadi? Hu... Hu...

    "Tadi kemain (bukan main) lagi kau tinggalkan aku sorang-sorang. Pastu sekarang ni sesedap rasa je kau buat ketupat ek? Tak boleh tunggu hari raya ke?" perli Haikal.

    "Raya lambat lagilah Haikal. Tak logik lansung apa yang kau cakap ni. Lagi satu, mana kau tau aku pernah buat ke tak ketupat tu? Kau pernah rasa ke? Sedap tak?" ujar Syafina. Kalau dengan Haikal, tahap loyar buruk dia memang kritikal!

    "Sya, Haikal meh la makan sama. Dinner is on!" kata Puan Salmah. Sebenarnya dari tadi dia perhatikan kedua-dua remaja tu. Kalau sorang bukak mulut, yang lagi sorang tu tak reti nak mengalah. Jadi sebelum bom atom meletup, baik dia jadi Heroin of The Day!

    "Mama, tengok Haikal ni,"

    "Mak Ngah selalu tengok aku tau. Sejak aku keluar dari perut mak aku lagi. Kau apa tau?"

    "Mama!"

    "Sya dan Haikal, I want both of you pergi makan! With your mouth shut," sambung Puan Salmah. Malas dia nak layan mereka ni.

    "Aye aye chief!" jawab mereka berdua serentak. Lalu mereka berjalan seiringan ke meja makan. Perut pun dah lapar ni! Buang masa je bertekak tadi.

    Selesai makan, Puan Salmah menahan Syafina dari naik ke biliknya kerana menurut katanya ada hal hendak dibincangkan. Pada mulanya Haikal tidak mahu mengikuti perbincangan itu kerana mahu memberikan privacy kononnya. Tetapi setelah dipujuk Puan Salmah, Haikal pun ikut serta dalam perbincangan tersebut.

    "Kenapa ma? Apa benda yang penting sangat tu?" tanya Syafina kehairanan. Dia baru terfikir nak sambung emonya. Tak fasal-fasal kena tahan dengan Puan Salmah.

  "Kamu berdua tahukan tentang syarikat yang kini sedang diuruskan oleh mama?" kata Puan Salmah.

    "Tahu, mengapa dengan syarikat tu Mak Ngah?" tanya Haikal sopan. Biasalah, kalau dengan orang yang lebih tua dia menunjukkan kesopanannya.

    "Sejak Pak Ngah kamu meninggal, Mak Ngah yang uruskan syarikat kami itu. Tak lama lagi Syafina pula yang bakal mengambil alih," sampai disitu, Puan Salmah terhenti sebentar. Ingatan terhadap arwah suaminya menguasai minda.

 
    "Salmah, nanti bila abang dah tiada lagi didunia ni, jangan lupa jaga Syafina baik-baik ye?" kata Encik Rayyan Danial Abdullah. Pada masa itu, Syafina masih belum lahir di bumi Tuhan ini.

    "Apa abang merepek ni? Lagi satu, Syafina mana pula ni bang?" tanya Puan Salmah kehairanan. Laki aku  ni ada bela perempuan lain ke? Ish, mustahil!

    "Anak kita,"

    "Abang namakan dia Syafina ye? Takkan Syafina je bang?" tanya Puan Salmah. Ah, hatinya sungguh bahagia untuk menyambut kelahiran anak sulung mereke.

    Encik Rayyan mengangguk lalu tangannya mengusap perut isteri kesayangannya sambil berkata, "Siti Nur Syafina bt Rayyan Danial."

    Puan Salmah tersenyum, "Nama yang cukup indah untuk puteri sulung kita,"

    "Ya, kalau boleh abang mahu sentiasa bersama dengan Salmah dan Syafina," ujar Encik Rayyan. Suaranya kedengaran sayu.

    "Of course you can dear," kata Puan Salmah.

    "Andainya abang tak sempat hendak mengenali Syafina dengan dekat, tolonglah berikan sepenuh kasih sayang yang secukupnya buat Syafina. Katakan padanya, sungguh abang kesali tidak dapat meluangkan masa bersama puteri tersayang," ujar Encik Rayyan. Tangannya sudah berhenti mengusap perut isterinya.

    "Apa yang abang merepek ni?" tanya Puan Salmah.

    Encik Rayyan hanya mendiamkan diri. Apabila tiba saatnya Puan Salmah melahirkan Syafina, Encik Rayyan setia disisinya hinggalah Syafina selamat dilahirkan. Syafina lahir serba lengkap. Comel sungguh anakku ini! Seperti yang ku agak, rambutnya, bibirnya, hidungnya, warna matanya lebih menyerupai ayahnya. Mungkin sifat dalamannya lebih kepadaku. Bisik hati Puan Salmah.

    Terharu sungguh hatinya apabila melihat suaminya mengiqamatkan anak mereka. Bahagianya tidak terkira. Puan Salmah memanjatkan kesyukurannya kepada Tuhan yang Maha Pengasih. Terima kasih kerana memberikannya sebuah keluarga yang lengkap serba-serbi. Alhamdulillah.

    Disangkakan panas hingga ke petang. Encik Rayyan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke rumah dari syarikat miliknya. Mungkin penat yang menguasai diri mengatasi segalanya. Betapa sedihnya hati Puan Salmah apabila mendapat berita itu. Namun apakan daya, ini merupakan takdir tuhan yang tidak dapat diubah lagi.

    Puan Salmah menjaga Syafina dengan penuh kasih sayang. Hanya itu yang dapat dilakukannya. Sementelah dia berjanji dengan arwah suaminya.


    "Mama, kenapa dengan syarikat tu?" tanya Syafina.

    Suara Syafina telah menyedarkannya dari lamunan.

    "Sya dah sedia ke?" tanya Puan Salmah.

    "Sedia apa ma?"

    "Sedia untuk mengambil alih syarikat."

    "Tapi Sya masih muda ma. SPM pun tak ambil lagi," ujar Syafina keberatan. Dia masih terlalu muda untuk mengambil alih syarikat itu. Lagipun dia masih belum sedia.

    "Bukan sekarang Sya. Maksud mama lepas Sya tamatkan pengajian di universiti," terang Puan Salmah. Kalau boleh, dia mahu Syafina bersedia dari sekarang untuk mengambil alih syarikat itu. Puteri Sdn. Bhd.. Siapa yang tak kenal dengan Puteri Sdn. Bhd.? Syarikat ini begitu popular sekarang.

    "Mak Ngah, kalau tak keberatan boleh tak Haikal tanya sesuatu?" sampuk Haikal.

    "Sudah tentu boleh Haikal. Kamu Mak Ngah dah anggap macam menantu sendiri," usik Puan Salmah. Sekadar mahu menceriakan suasana yang agak suram.

    "Menantu?!" jerit Syafina.

    "Mama ada anak selain dari Sya ke?" tanya Syafina. Apalah yang minah ni dok merepek? Kau tak sedar ke kau satu-satunya anak dia?

    "Apalah benda yang kau merepek ni?" tanya Haikal kehairanan. Mak Ngah gurau je tu. Baru gurau sikit dah melenting. Susah dibuat isteri, Syafina ni. Bisik Haikal.

    "Mama gurau je Sya. Tapi apa salahnya? Haikal ni ok apa? Hensem, berpendidikan, sopan-santun, kuat agama pulak tu!" kata Puan Salmah. Dah lama dia tak mengusik anak daranya yang sorang ni.

    "Ish Mak Ngah ni, puji-puji pulak. Malulah saya," lain yang nak cakap, lain yang keluar. Sebenarnya Haikal nak cakap ni, 'Kau dengar tu Sya? Aku dah jadi menantu pilihan no 1 Mak Ngah tau!' tapi perasaan malu, uish! Tak payah cakaplah, memang malu!

    "Eii mama ni, kembang Haikal tu," kata Syafina tak puas hati.

    "Gurau sajalah!" kata Puan Salmah dan Haikal serentak.

    Gelak ketawa Haikal dan Puan Salmah memenuhi ruang itu. Hanya Syafina bermuram. Mamanya itu tak pernah serik nak kenen-kenenkan dia dengan Haikal. Baginya Haikal tu hanyalah seorang abang sahaja. Tak lebih dan tak kurang. Bak kata omputih, nothing less, nothing more. Whatsoever! Sekurang-kurangnya gurauan tu dah membuatkan mereka terlupa sebentar tentang soal syarikat tersebut.

* * *
 
Esoknya, Johan pergi ke sekolah seperti biasa. Cuma, yang bezanya Syafina tiada disisinya. Selalunya mereka berdua jalan seiringan. Kalau gaduh ni lah yang jadi! Kalau nak tau lah.

    "Joe!" panggil satu suara yang manja dibelakang Johan.

    Eh, minah gedik tu! Apa lagi yang dia nak kat aku? "Kau nak apa?" tanya Johan bosan.

    "I nak ajak you keluar petang ni! Jom kita pergi Mid Valley Joe," ajak perempuan tu.

    "Aku malaslah. Homework aku menimbun tau tak? Kau takde homework ke?" ujar Johan. Ala, macamlah dia nak buat. Dulu dia selalu meniru kerja rumah Syafina. Tu pun lepas dirayu berkali-kali. Eh, pasal aku asyik dok teringat kat Sya? Ah, lupakan dia!

    "Ala, jomlah Joe. Sekali-sekala apa salahnya?" pujuk perempuan tersebut. Susah betullah nak pancing mamat sorang ni!

    "Kalau kau nak pergi Mid Valley, kau ajaklah Mat Botak tu," kata Johan sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah kantin dimana Mat Botak sedang makan dengan gelojoh.

    "Mat Botak? Eei, tak naklah I. He's not my type, lainlah kalau you,"

    "Adira, kau boleh ketepi tak? Aku nak pergi tandaslah! Kau ni suka sangat rosakkan plan orang," kata Johan dengan nada sinis.

    "Tak baiklah you cakap macam tu," kata Adira. Mulutnya sudah memuncung panjang.

    "Aku peduli apa?" kata Johan sambil kakinya berjalan pergi.

    "Joe!" panggil satu suara lain yang menegur Johan.

    Siapalah pulak yang panggil aku ni? Ramai sangat ke yang minat aku ni? Bisik hati Johan. Lalu dia berpaling untuk melihat gerangan manusia yang memanggilnya. Sebaik matanya memandang manusia yang sedang berlari-lari anak mendapatkannya, Johan terpaku sebentar.

    "Joe, kau sihat?" tanya Syafina lembut. Suaranya mampu meluluhkan hati mana-mana lelaki yang berdamping dengannya.

    "Kau rasa kalau aku pergi sekolah, aku sihat ke tak?" sinis suara Johan. Mana mungkin dia lupa akan perisiwa semalam. Gara-gara Syafina kumpulan mereka kalah!

    Syafina tertunduk. "Joe, aku tau aku bersalah. Aku tak patut lupa benda yang penting macam tu. Aku betul-betul kesal dengan sikap aku Joe. At least kau kasilah aku peluang Joe," ujar Syafina.

    "Kalau kau tau kau tak patut lupakan perkara tu, macam mana kau boleh lupa?" tanya Johan tegas. Kalau pasal bola keranjang, dia teramatlah tegas!

    "Haikal, dia janji nak bawak aku pergi er... er... pergi..." tergagap-gagap Syafina mahu memberitahu. Takkanlah nak cakap Haikal janji nak bawa dia pergi KFC kot?

    "Pergi mana!" sergah Johan.

    "KLCC!" kata Syafina sebelum tangannya menekup kuat mulutnya. Adoi, pocah tembelang den!

    Johan senyum. Kalau dia senyum sebab maafkan Syafina ok la jugak! Ni senyum sinis. "KLCC ye? Kau lupa janji kita hanyalah sebab KLCC? Materialistik!" bentak Johan kegeraman!

    "Joe! Aku bukan perempuan materialistik! Aku ingat kau tau!" marah Syafina. Tak sangka Johan begini. Lelaki!

    "Dah tu kau apa? Perempuan murahan? Dok tergedik-gedik dekat Haikal kau tu? Kau pergilah kat dia!"

    "Johan!"

    "Pada aku, kau dengan perempuan yang kat luar tu sama je! Pantang nampak lelaki handsome sikit dah tergedik-gedik!"

    Telinga Syafina dah berdesing mendengar apa yang dituturkan oleh makhluk tuhan yang bernama lelaki dihadapannya itu. Syafina tak tahan dengar orang merendah-rendahkan dirinya seolah-olah dia tiada maruah untuk dipertahankan.

    "Aku rasa perempuan memang tak patut main bola keranjang. Tempat perempuan hanyalah didapur. Mereka hanya merendahkan martabat mereka dengan bermain dengan permainan lelaki!"

    Tu dia! Isu sensitif telah disentuh! Macamlah Johan tak tahu Syafina amat pantang sekali mendengar lelaki merendah-rendahkan kaumnya. Mamat seorang ni memang saja nak cari nahas! Tubuh Syafina menggigil menahan geram. Tiba-tiba...

PANG!

    Pipi Johan ditampar oleh Syafina! Padan muka kau! Siapa suruh kau kutuk kaum Hawa lagi? Sekuat-kuat mana seorang lelaki tu pun, hidupnya takkan lengkap tanpa seorang wanita disisinya!

    "Takpelah kalau kau tak nak maafkan aku sekalipun. Tapi jangan kau pernah hina kaum wanita! Aku seorang yang salah dalam hal ni, tapi tak perlulah kau nak babitkan perempuan yang lain pulak!" bentak Syafina. Selesai berkata-kata, Syafina lari meninggalkan Johan yang terpinga-pinga sambil menahan air matanya.

    "Sya? Sya!" panggil Johan. Namun sia-sia. Syafina sudah jauh meninggalkannya. Ah, mulut! Yang kau celupar sangat ni kenapa!!! Ini lah yang dimaksudkan dengan pepatah lama, kerana mulut, badan binasa! Argh, aku bersalah pada Sya!

Di dalam tandas...

    "Sya? Are you okay?" tanya Siti.

    "I'm fine. Thanks for asking," balas Syafina lembut.

    "Sya, aku bukannya nak busy body, tapi, ada apa-apa  ke yang dah jadi antara kau dengan Johan? Selalunya aku tengok kau dengan dia berkepit kehulu, kehilir, ni tiba-tiba aku tengok korang bermasam muka ni pahal? Tadi aku dengar cerita kau tampar Johan, betul ke?" Siti serang Syafina dengan beribu soalan. Macam machine gun je!

    "Aku.. Aku gaduh sikit dengan Joe. But the rest is fine la. Kau jangan risau ek? Pandailah aku handle Joe tu nanti," ujar Syafina. Dia tak mahu membuka pekungnya kepada Siti.

    "Are you sure Sya?"

    "Hmm, definitely sure!" kata Syafina yakin. Lalu dia mencuci mukanya. Matanya masih sembab, tapi rasanya takdelah nampak macam dia baru je lepas nangis.

    "Kalau macam tu, ok lah," balas Siti.

BERSAMBUNG ...


Wah!!!!!!!! Panjangnya part nie!!!!!!!!!!!!!!! Mesti k0rg b0ring giler bce!!! s0 s0rry ek!!!!! tggu part 6 lak tau??? ;)

No comments:

Post a Comment