Little Crush

Glitter Words

Sunday, April 10, 2011

Tanpa Dia ... (Part 4)

"Lamanya cik Syafina ni bersiap. Dia tukar baju ke buat kilang baju? Kang aku tinggalkan dia baru tau," gerutu Haikal. Selalunya kalau Syafina tukar pakaian takdelah lambat sangat.

    "Apa yang kau rungutkan tu Haikal?" satu suara lembut menyapa cuping telinga Haikal. Aduh, tergoda! Tu baru dengar suara, tuan empunya badan? Haikal menoleh ke sebelah untuk melihat Syafina. Wah, cantiknya! Ringkas sahaja pakaiannya tapi menarik mana-mana mata yang memandang. Berseluarkan jeans yang Haikal hadiahkan pada Syafia tahun lepas dan berbaju hijau lembut.

    "Amboi, cantiknya kau Sya!" puji Haikal ikhlas.

    "Ikhlas ke kau ni? Kau puji aku ke seluar ni?" usik Syafina.

    "Dua-dua!" ujar Haikal geli hati.

    "Ha! Ha! Ha! Ha!" mereka berdua ketawa serentak. Kekuatan bunyi suara mereka berdua menyebabkan Mak Bedah terkejut beruk hingga Mak Bedah sangka ada 'benda' dirumah itu. Biasalah, orang tua.

    "Jomlah Sya. Kau nak makan KFC kat mana?" tanya Haikal sebaik sahaja ketawa mereka reda.

    "Jom! Aku nak makan kat KLCC!" kata Syafina.

    "KLCC? Jauhlah Sya,"

    "Aku tak kira! Aku  nak makan kat KLCC juga!" Syafina mula menghentak-hentakkan kakinya. Entah kenapa hanya dengan Haikal dia menunjukkan sifatnya yang nengada tu!

    "Oklah! Kau ni manja sangat. Menyesal aku manjakan kau tau!" Haikal berpura-pura menunjukkan kekesalannya.

    "Ala! Takpelah, dah orang tak sayang kat kita. Nak buat macam mana?" Syafina merajuk.

    "Alalala, aku gurau je lah. Mestilah aku sayang kau," pujuk Haikal. Ni yang tak best kalau Syafina merajuk ni. Mesti dia minta benda yang bukan-bukan. Tak percaya, tunggulah. 

    "Tak percaya!"

    "Kalau Sya tak percaya, Sya suruhlah aku buat apa pun. Aku buat!" kata Haikal. Macamlah dia nak buat. Itu kalau orang lain, memang la dia tak buat. Tapi kalau untuk Syafina, redah lautan api pun dia sanggup! Eh, apa aku merepek ni?

    "Kau pergi lompat bangunan KLCC!" ujar Syafina. Walaupun dia tahu permintaanya teramatlah pelik. Rasanya dah masuk tahap kritikal tahap pelik tu. Syafina hendak Haikal buktikan yang dia benar-benar sayangkan Syafina. Adeh, tapi tak payahlah kasi idea entah apa-apa, betul tak?

    "Aik? Kau nak aku mati ke Sya? Kalau bangunan KLCC aku tak sanggup! Tapi kalau bangunan replika KLCC yang kau buat tu aku sanggup la! Ha! Ha! Ha! Ha!" ketawa Haikal. Dia tahu di dalam bilik Syafina terdapat sebuat replika KLCC. Kecik je, sebesar botol air revive 7-up tu!

    "Mana kau tau dalam bilik aku ada replika KLCC? Kau intip aku ek?"

    "Mana ada! Salah kau la letak barang merata-rata tempat," Haikal cuba berselindung. Matilah kalau Syafina tau dia pernah menceroboh masuk bilik Syafina. Tu pun bukan sebab nak, tapi terpaksa. Puan Salmah (mak Syafina) menyuruh Haikal mengejutkan Syafina bagun dari tidur. Dia terpaksa membuka pintu bilik Syafina kerana Syafina tidak menjawab panggilannya. Saat itulah dia terlihat replika KLCC di penjuru bilik Syafina. Cantik!

    "Mana ada aku letak barang aku merata-rata tempat!"

    "Mak kau bagitaulah! Dah jom! Kata nak makan KFC. Tak nak sudah," kata Haikal sambil berpura-pura berlalu pergi.

    "Yelah-yelah!" kata Syafina sambil menarik muncungnya.

    "Panjangnya muncung kau! Serupa itik!" usik Haikal.

    "HAIKAL!" jerit Syafina. Dia segera mengejar Haikal.

    "Lari!!!" Haikal lari lintang-pukang.
    Mereka berkejaran disekeliling taman bunga Puan Salmah. Kemudian Haikal berlari ke kolam ikan disebelah taman bungan itu. Disitu terdapat sebuah jambatan. Haikal menyeberangi jambatan itu lalu dia berhenti di tengah-tengah jambatan.

    "Dapat!" jerit Syafina setelah dia memeluk pinggang Haikal. Mungkin disebabkan terlalu gembira dapat menangkap Haikal, Syafina tidak menyedari tangannya masih melingkari di pinggang Haikal.

    Haikal yang terkejut dengan perbuatan Syafina sekadar tersenyum senang. Agaknya dalam hati dia ada aku tak? Bisik hati kecil Haikal. "Berapa lama lagi kau nak peluk aku ni Sya?" tanya Haikal nakal.

    "Peluk? Eh?? Argh!!!!" Syafina yang baru sahaja menyedari perbuatannya, melepaskan pelukannya di pinggang Haikal. Mukanya membahang. Malu mungkin dengan perbuatannya.

    "Best ke peluk aku?" usik Haikal.
    "Diamlah kau! Kau jangan bagitau sesiapa pun pasal perkara ni!" kata Syafina.

    "Tengoklah,"

    "Ala, Haikal!"

    "Ha! Ha! Ha!"

    "Amboi, seronoknya ketawa!" tegur satu suara yang amat dikenali dibelakang mreka berdua.

    "Mama!" jerit Syafina. Dia berlari-lari untuk mendapat mamanya. Almaklumlah, rindu akan mamanya mengatasi segalanya.

    "Sya, tak malu ke lari-lari macam tu depan orang?" tegur Puan Salmah.

    "Tak!" balas Syafina. 

    "Manjanya kau ni Sya!" kata Haikal selepas dia menyalami mak ciknya itu.

    "Macam ni la dia Haikal. Tak taulah macam mana perangai dia sepanjang Mak Ngah tak de," ujar Puan Salmah.

    "Mama don't worry lah. Sya ok je tau," kata Syafina.

    "Tu kata Sya, kata Mak Bedah? Hmm, nak minta report from Mak Bedah lah!" usik Puan Salmah.

    "Mesti Mak Bedah cakap Sya baik sangat!" ujar Syafina.

    "Hmm, baik tu sekejap je," kata Haikal.

    "Haikal!"

    "Yeke Haikal? Oh, Sya  nakal ek?" tanya Puan Salmah.

    "Mana ada ma!"

    "Dah tu tadi tu apa?" tanya Haikal gurau.

    "Tadi? Apa yang dah jadi tadi Haikal?" tanya Puan Salmah kehairanan.

    "Sebenarnya tadi, Ouch!!!" jerit Haikal. Kakinya telah dipijak oleh Syafina!

    "Kenapa Haikal?" kata Puan Salmah dan Syafina serentak. Syafina nak cover je tu!

    "Tak ada apa-apa. Tadi ada nyamuk saiz gajah gigit kaki saya, Mak Ngah," ujar Haikal.

    "Oh, nampaknya malam ni Mak Ngah kena pasang ubat nyamuklah. Jomlah kita masuk, nak gelap dah ni," kata Puan Salmah.

    "Gelap?" tanya Syafina terkejut. Tiba-tiba dia teringat akan janjinya untuk bermain bola keranjang dengan Johan! Alamak! Macam mana boleh lupa ni?! Ni semua salah Haikal lah ni!

    "Kenapa Sya?" tanya Haikal kehairanan.

    "Er... Haikal, jom ikut aku jap! Mama, kami keluar jap!" jerit Syafina sambil berlari ke pintu pagai rumahnya. Dia menarik tangan Haikal agar mengikuti gerak langkah kakinya.

    "Sya! Nak pergi mana tu?"

    "Mak Ngah don't worry! Saya jaga Sya!" jerit Haikal.

    * * *

    "Joe? Kau ok ke?" tegur Amir.

    "Tinggalkan aku,"

    "Tapi Joe, hari dah gelap ni. Jom kita balik sama-sama," ajak Anuar. Risau betul mereka dengan keadaan Johan.

    "Aku kata tinggalkan aku!" bentak Johan. Hatinya sakit! Sakit kerana Syafina lupa terhadap janjinya. Disebabkan Syafina tak hadir pada perlawanan tadi, mereka kalah teruk di tangan Geng Botak!

    "Joe!" tiba-tiba satu suara menyapa telinga Johan. Suara tu!

    "Joe, I'm so sorry! Aku tak tau macam mana aku boleh terlupa janji kita. I'm so sorry Joe!" Syafina meminta maaf pada Johan. Sungguh dia berasa kesal akan sikapnya yang pelupa itu.

    "Tinggalkan aku Sya! Aku tak nak jumpa kau lagi!" bentak Johan.

    "Please forgive me Joe! Aku betul-betul tak sengaja!" dari angin Johan dia tahu bahawa pasukan mereka sudah kalah.

    "Siapa dia ni Sya?"  satu suara yang tidak dikenali oleh Johan kedengaran.

    "Kawan aku," balas Sya.

    "Yeke?"

    "Betullah!"

    Jadi selama ni Sya cuma anggap aku sebagai kawan dia je? Tak lebih? Buang masa je aku sukakan dia! Bentak hati kecil Johan.

    "Joe?" panggil Syafina lembut.

    Bagai satu kuasa magnet, kepala Johan mendongak ke atas. Lorotan matanya terhenti di tangan kanan Syafina. Syafina masih belum melepaskan pegangan tangannya terhadap Haikal.

    "Kau siapa?" tanya Johan pada Haikal.

    "Aku Haikal. Sepupu Sya," ujar Haikal.

    "Sepupu je ke?"

    "Ya, sekadar sepupu,"

    "Kalau nak menipu pun agak-agak lah," sinis kata Johan.

    "Menipu?" kata Syafina dan Haikal serentak.

    "Tu apa? Sya, kau marah aku bila aku pegang tangan kau. Tapi kau tak marah pulak bila mamat ni pegang tangan kau,"

    "Pegang tangan?" Syafina cepat-cepat melepaskan pegangan tangannya dari Haikal. Tadi aku peluk dia, sekarang pegang tangan pulak? Apa nak jadilah dengan aku ni?

    "Perkara tu tak disengajakanlah Joe!"

    "Oh ya? Aku malas nak tau," Johan berdiri lalu berjalan pergi.

    "Joe! Joe! JOE!" jerit Syafina, namun sia-sia. Johan telah jauh dari situ.

    "Penting ke dia pada kau Sya?" tanya Haikal.
    "Penting sangat! Dia satu-satunya kawan aku kat sini," kata Syafina.

    "Hah? Tipu!"

    "Tak percaya sudah!" kata Syafina. 

    "Hmm, jomlah kita balik Sya! Kawan kau tu dah blah dah," ajak Haikal.

    "Jom," sayu suara Syafina. Mungkin sedih dia sudah kehilangan satu-satunya rakan dia.

BERSAMBUNG ...

Panjang ke part nie??? huhu... hope x boring bce ek?????? wait 4 part 5 tau!!! :)

No comments:

Post a Comment