Little Crush

Glitter Words

Saturday, April 9, 2011

Tanpa Dia ... (Part 3)

Dalam keriuhan suasana dimana Johan sedang berlari mengejar rakan-rakannya yang mengusik dia tadi, telefon bimbit Syafina berdering.

    "Hello, assalamualaikum," jawab Syafina.

    "Assalamualaikum! Sya bila nak balik ni? Aku dah penat tunggu tau!" kata si pemanggil di hujung talian.

    Syafina terkejut lalu dia melihat jam tangannya. Baru pukul 2 petang! Awalnya mamat ni sampai. Kata pukul 5:30 petang. "Wei, awalnya kau sampai!" kata Syafina.

    "Er... Surprise? Ala, aku baru ingat nak buat surprise kat kau!" ujar si jejaka di sebelah talian.

    "Hmm, macam ni ke sepupu aku? Haikal, siapa lagi yang ada dengan kau?"

    "Aku sorang je,"

    "Sorang? Wei, kau suruh Mak Bedah bukakan pintu untuk kau. Aku on the way nak balik ni. Tunggu aku tau!" kata Syafina.

    "Heh? Macamlah kau tak tau, I'll always wait for you tau!" usik Haikal.

    "Yelah tu. Dah, aku nak hang out ni. Bye, assalamualaikum!" balas Syafina lalu dia meletakkan panggilan telefon sebelum Haikal sempat menjawab.

    "Aik? Aku belum jawab lagi dia dah hang out?" gerutu Haikal.

    "Johan!" jerit Syafina memanggil Johan.

    "Apa?" Amir, Anuar, Kamal dan Johan menjawab serentak panggilan Syafina.

    "Eh, dia panggil aku la! Yang korang dok sibuk jawab tu pasal?" tanya Johan kegeraman.

    "Kitorang kan baik? Manalah tau hari ni kau pekak ke? Apa ke? Lebih kitorang tolong jawabkan ya dak?" balas Amir.

    "Korang ni!" baru Johan hendak mengatur langkah mengejar mereka, suara Syafina kedengaran lagi.

    "Joe! Amir! Anuar! Kamal! Aku nak balik la," kata Syafina. Dia terpaksa menjerit kerana mereka semua berada di hujung padang.

    "Ala, awalnya Sya," entah dari mana Kamal, Amir dah Anuar muncul di sebelah Syafina. Dorang ni ada kuasa mistik kot?

    "Eh? Bila masa korang ada kat sini? Aku tak sedar pun?"

    "Kitorang dah lama kat sini tau. Kau je yang tak sedar," ujar Amir.

    "Hmm, kenapa awal benor Sya? Kita belum buat match lagi dengan dorang ni. Lagipun petang ni ada perlawanan. Remember?" kata Johan yang muncul tiba-tiba di belakang Syafina. Kalau diorang buat macam ni lagi, aku boleh dapat penyakit jantung tau! Bentak hati kecil Syafina.

    "Sepupu aku datang rumah la. Dia kata nak datang petang, tapi dia datang awal pulak! Kononnya nak buat surprise!" kata Syafina.

    "Tapi petang ni..."

    "Kau jangan risau! Aku janji petang ni aku sampai tepat pada masanya. Urm, aku pergi dululah ek? Assaamualaikum,"

    "Waalaikumussalam," ujar mereka serentak.

    Syafina terus berlari tanpa menoleh ke belakang lagi. Rasanya kalau Haikal tak datang awal, dia takdelah terburu-buru nak balik awal.

    Sampai sahaja dirumah, Syafina terus membuka pintu rumah. Disebabkan sikapnya yang terburu-buru itu, dia terlupa menanggalkan kasutnya.

    "Wei Sya!" panggil Haikal.

    "Yo?!"

    "Kenapa kau pakai kasut dalam rumah?"

    "Mana ada!"

    "Dah tu kat kaki kau tu apa? Stoking?" sinis Haikal.

    "Eh? Alamak! Ni semua salah kau la ni Haikal!"

    "Aik? Pahal pulak?"

    "Kalau kau datang lambat, akuu takdelah terburu-buru macam ni tau!"

    "Ala, sorrylah,"

    "Aku tak kira! Kau kena belanja aku nanti!"

    "Oklah, kau nak aku belanja kau apa?"

    "KFC jom! Aku rindulah nak makan KFC,"

    "Ok! Dah, kau pergi tukar baju lain!"

    "Aye aye chief!" kata Syafina.

    Kedua-dua sepupu ni memang padan! Bagai pinang dibelah dua. Kalau Syafina merajuk, Haikallah yang pujuk dia walaupun Haikal tak tau kesalahan dia apa. Yang selalu beralah dengan Syafina merupakan Haikal. Syafina sayangkan Haikal seperti abang dia sendiri kerana Haikal tua setahun dari Syafina. Bagi Haikal, dia mula keliru dengan perasaanya. Hati dia berbelah bagi. Antara suka Syafina sebagai adik atau lebih dari tu.

BERSAMBUNG ...


tunggu keluaran yang akan datang tau! huhuhuhuhu...

2 comments:

  1. oooo . .da pandai ea men cintan cintun ! ahaha . . abg pun same jekk kan ? nie effect dari abg or mmng dah niat adek dari lahir ?? ce cite ce citer ~

    ReplyDelete