Little Crush

Glitter Words

Friday, April 8, 2011

Tanpa Dia ... (Part 2)

"Hei korang!" dari jauh, Johan menjerit memanggil kawan-kawannya yang kini berada di padang sekolah mereka.

    "Joe, kau tak malu ke jerit kuat-kuat?" marah Syafina. Baginya, apa yang Johan lakukan sekarang ni amat memalukan!

    "Ala, rilek la Sya. Ni baru sikit. Kau ni boleh lari tak? Slow benor!" ujar Johan kegeraman. Dahlah mereka sudah lambat untuk berlatih. Ditambah lagi dengan Syafina yang sedang jalan bagai itik pulang petang tu! Johan menarik tangan Syafina sambil berlari ke padang.

    "Joe!" jerit Syafina.

    "Apa?"

    "Jangan pegang tangan aku la!" marah Syafina. Masuk ni, dah dua kali Johan pegang tangan dia.

    "Sorrylah, tapi aku tak boleh lepaskan! Kalau kau lari tadi, takdelah aku pegang tangan kau tau!" bentak Johan.
    "Ala kau ni,"

    "Joe, minah mana pulak kau bawak ni? Awek ke? Tapi mustahil, walaupun kau hensem, sorang pompuan pun tak lekat dengan kau tau! Ha! Ha! Ha! Ha!" ketawa Anuar kuat.

    "Kau ketawalah lagi, nanti aku buang kau from group kita baru kau tau!" ugut Johan.

    "Rilek la bro, aku gurau je. By the way, who is this cute person next to you Joe?"

    "Speaking lak kau! Dia orang melayulah!"

    "Apa? Melayu? Kau jangan kelentong kami Joe!" kata Amir terkejut. Mustahil seoarang gadis berambut kuning keemasan dan warna matanya yang berwarna biru itu seorang gadis melayu! Mustahil! Impossible!

    "Betullah! Nama dia Siti Nur Syafina. Tak caye, tanya dia,"
    "Er, apa yang Joe cakap tu betul. Saya ikut genetik ayah saya. Dia orang Canada," ujar Syafina.

    "Cik Syafina ni ada hubungan apa-apa ke dengan Johan ni?" tanya Kamal.

    "We're just friends," kata Syafina ringkas.

    "Kiranya Cik Syafina ni Singlelah?" tanya Anuar.

    "Tak payahlah bercik-cik dengan saya. Panggil saya Sya sahaja. Yes, I'm still single. Why?"

    "Saje je tanya,"

    "Ok semua! Masa untuk berkenalan dah tamat! Syafina akan ganti Mat Sengal tu sebagai penjaring bola," kata Johan itu mengejutkan mereka semua.

    "Hah? Sya ganti Zul?" jerit mereka semua.
    "Wei, aku taulah dia perempuan. Tapi aku dah tengok keupayaan dia main basketball tau! She's amazing!"

    "Betul ke?" tanya Kamal.

    "Betul! Kalau tak percaya, jom kita buat perlawanan. Amir, kau satu group dengan Syafina. Kamal, kau dengan Anuar. Biar aku jadi pengadil," ujar Johan.

    "Eh? Kenapa aku dengan Sya?"

    "Dah kau tak percaya kemampuan dia, so aku pasangkan kau dengan dia," jelas Johan.

    "Sya, kau tak kisahkan? Sorrylah aku buat keputusan tiba-tiba pastu tak tanya pulak pendapat kau," kata Johan.

    "Aku tak kisah. Aku pun nak panaskan badan. Dah lama aku tak main basketball sejak kejohanan tahun lepas," ujar Syafina.

    "Kejohanan?" tanya Kamal.

    "Kejohanan Bola Keranjang Perempuan antara negeri.Kalau Sya tak sakit hari tu, mesti kami dah jadi johan," kata Syafina. Suaranya ada irama kesedihan. Kejohanan itu amat penting baginya untuk membuktikan kepada negara bahawa perempuanjuga boleh bermain permainan lelaki.

    "Wah, Sya ni mesti hebat! Jom kita fikir strategi macam mana nak kalahkan dia orang tu," teruja betul Kamal apabila mengetahui bahawa Syafina merupakan bekas pemain negeri bola keranjang!

    "Ok, korang teruskan lah fikir strategi apa. Tapi tak boleh main kasar memandangkan ada perempuan kat sini. Aku nak pergi beli air jap," kata Johan sambil tergesa-gesa berlari ke kantin.

    Sebaik kelibat Johan hilang dari pandangan, dua kumpulan itu mula memasang strategi bagaimana mereka hendak menumpaskan pihak lawan. Berbagai-bagai jenis idea keluar dari kotak fikiran mereka. Kan bagus kalau masa jawab ujian pun macam ni? Terus dapat straight A!

    "Korang dah selesai ke?" tanya Johan. Mereka yang sedang asyik memasang strategi itu tak sedar akan kehadiran Johan di belakang mereka. 

    "Eh Joe! Bila masa kau kat sini? Aku tak sedar pun! Sejak bila kau pandai telepot ni?" tanya Anuar.

    "Dah hampir 10 minit aku tercenguk kat sini dan korang tak sedar? Apa kau ingat aku ni tunggul kayu ke?" marah Johan.

    "Ala rilek la Joe. Aku gurau je tadi. Tapi memang betullah kitorang tak  sedar kau tengah berdiri kat situ tadi. Hu... Hu... So sorry..." kata Anuar.

    "Joe, ni air untuk kami ke?" tanya Syafina lembut. Dia tak mahu menaikkan darah Johan sebelum perlawanan bermula.

    "Ha'ah. Kau tolong bahagikan boleh tak Sya? Aku penat berdiri la," ujar Johan selepas dia terduduk keletihan.
    Syafina tersenyum lalu dia mengambil beg plastik disisi Johan untuk dibahagikan air itu kepada mereka semua. Anuar, Kamal dan Amir mengambil air yang dihulurkan lalu mereka terburu-buru mengambil permanent marker untuk menulis nama mereka di atas botol ir masing-masing. Ini untuk mengelak kekeliruan.

    "Terima kasih Sya, aku hutang budi dengan kau ni," kata Johan sambil tersengih-sengih.

    "Ini bukan kali pertama aku tolong kau Joe," ujar Syafina.

    "Aku tau,"

    "Starting from today, aku nak kau lebih disiplin dalam urusan harian kau!" kata Syafina.

    "Ala, Sya, aku..."

    "No more excuses! Aku akan uruskan jadual harian kau. Aku akan bahagikan masa antara latihan bola keranjang dengan belajar! Aku tak kira!" 

    "Wah, Joe! Kau dah apa PA, kitorang takde!" kata Kamal.

    "Kau orang nak ke jadi macam aku? Aku nasihatkan jangan," ujar Johan.

    "Kenapa pulak?"
    "Tak best!"

    "Tak best ke kalau ada awek cantik jaga kita punya jadual harian? Bertuah kau Joe!" usik Anuar.

    "Anuar!" marah Johan.
    "Wei, lari! Johan dah mengamuk!" jerit Anuar sambil berlari-lari keliling padang sekolah. Tak lama selepas itu, Amir dan Kamal mengikuti jejak langkah Anuar setelah Johan membuat muka gorilla nya.

    Syafina pula ketawa memanjang melihat gelagat mereka semua yang mencuit hati dia. Beginikah mereka selalu?

BERSAMBUNG ...

  WAIT FOR PART 3 ... :)

No comments:

Post a Comment