Nur Siti Syafina, nama yang indah seindah tuan empunya nama. Rambutnya panjang ikal mayang. Berwarna kuning keemasan rambutnya. Wajahnya lembut, matanya berwarna biru, bibirnya comel, hidungnya mancung. Kulitnya putih kemerah-merahan.Sekali pandang bagai anak omputih! Dua kali pandang macam Taylor Swift versi Asia pun ada! Pendek kata, she's so beautiful!
"Hei Syafina! Apa kau buat kat sini?" tegur satu suara yang amat dikenalinya.
"Hei Joe, aku tengah tunggu bulan jatuh ke riba," sindir Syafina. Dia tahu Joe ataupun Johan sedang mengurat seorang pelajar perempuan tingkatan 3 sekolah mereka. Namun hingga kini pelajar itu masih tidak memberikan sebarang respond pada Johan.
Johan yang sedar dirinya disindir berkata "Sekarang ni zaman moden la Sya, kita tak payah tunggu bukan jatuh ke riba, sebab sampai kucing bertanduk pun bulan tu takkan jatuh. Kita sendiri yang kena pergi kat bulan tu. Macam astronaut!"
Syafina menggelengkan kepalanya lalu menjawab "Kau ni ada-ada je lah,"
"He... He... Oh ya, kau dah siap homework BI?" tanya Johan.
"Dah. Aku bukan macam kau, last minute baru nak buat! Kita kena efisyen Joe!"
"Sya, aku tak kisah kalau kau nak berceramah, but not here! Sya, boleh tak aku 'pinjam' buku BI kau? Please!!!" Johan mula buat muka seposennya dengan harapan Syafina membenarkannya 'meminjam' (atau dalam istilah lain meniru) buku Syafina.
Syafina mengeluh lalu berkata "Only for this time. After this there would be no more excuses! Kau kena disiplin Joe! Kau tak boleh terus dengan sikap kau ni," ujar Syafina. Dia sudah banyakk kali menasihati Johan, tapi Johan langsung tak berubah!
"Thanks Sya! Aku tak janji aku boleh disiplin tau! Kau tau lah aku macam mana. By the way, petang ni ada game, group aku tak cukup orang la. Kau nak join tak?" tanya Johan. Game yang dimaksudkan adalah permainan bola keranjang. Ya, Johan tau Syafina tu perempuan, tapi bila pertama kali dia lihat kemampuan Syafina bermain bola keranjang, dia terus terpegun. Syafina lain daripada yang lain. Itu yang pasti.
"Lawan siapa?"
"Geng Botak,"
"Botak? Maksud kau, Hisyam? Hisyam tak delah botak sangat Joe," ujar Syafina lembut.
"Ala, botak la jugak. Rambut dia pun ciput tu je,"
"Botak dia pun ada jugak orang nak,"
"Siapa?"
"Ros,"
"Ros? Ros mana pulak ni?" tanya Johan. Setahu dia, tiada perempuan yang bernama Ros tinggal berdekatan perumahan mereka itu. lainlah kalau...
"Rosli!"
Serentak itu, mereka berdua ketawa geli hati. Rosli sememangnya popular di sekolah mereka kerana ke'ayu'an dan ke'lembut'annya. Dengar khabar dia tu jenis songsang. Kerana mereka sering lihat Rosli ber'manja' dengan Hisyam.
"Weyh, kalau setakat si Rosli tu, aku pun tak nak! Aku lagi rela terjun gunung Everest dari ber'couple' dengan mat songsang tu!
"Ha! Ha! Ha! Ha!" mereka berdua ketawa kuat tak ingat dunia!
"So, kau nak masuk ke tak group aku ni? Lepas ni ada latihan," Johan kembali serius. Kalau bab bola keranjang, dia berubah menjadi seorang yang tegas dari orang yang ceria.
"Aik? Selama ni kau tak buat latihan ke?"
"Buatlah! Tapi si Zul tu tarik diri last minute! Menyusahkan orang betullah mamat sekor tu!" bentak Johan.
"Dia ikut perangai siapalah tu kan?" sindir Syafina.
"Yelah, aku tau lah aku pun macam tu jugak. Tapi takdelah teruk sangat," bela Johan.
"Ok, aku setuju masuk group kau! But on one condition,"
"Ada syarat ke?"
"Yup!"
"Oklah! Apa syaratnya?"
"Syarat pertama, respect me because I'm a girl. Maksudnya, korang tak boleh main pegang aku ikut suka hati mak bapak tok nenek korang je!"
"Weyh, ahli kumpulan aku tak terdiri daripada buaya tembaga la,"
"Manalah tau? Syarat kedua, kalau ada new plan,aku mesti tau dulu,"
"Kenapa pulak?"
"Supaya aku tak nampak bodoh depan lelaki tu semua,"
"Sya, ok. Aku faham, jom blah,"
"Aik? Nak pergi mana?"
"Practise field!"
"What?! That's fast!"
"Kita tak cukup masa la! Petang ni ada match!"
"Ok,"
Kemudian mereka berdua berlari tergesa-gesa ke practise field seperti yang dikatakan. Johan yang mahu segera sampai ke sana, menarik tangan Syafina agar pantas mengikuti jejak langkahnya. Syafina yang terkejut dengan perbuatan Johan sekadar berdiam diri kerana dia tahu betapa pentingnya perlawanan ini bagi Johan. Jika Johan berjaya mengalahkan Geng Botak, mereka akan dipandang tinggi oleh ramai orang. Tapi Syafina takut. Takut ramai orang berfikiran negatif kerana adanya dia dalam kumpulan itu. Adanya perempuan dalam kumpulan dan permainan lelaki. Tapi tidak mengapa, Syafina sudah bersedia untuk perkara itu! Kita tunggu je.
BERSAMBUNG ...
No comments:
Post a Comment