Little Crush

Glitter Words

Monday, April 25, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 6)

Sejuk hati Hisyam apabila Qamilia menggelarnya 'abang'. Lembut je suara Qamilia. Aduh, Hisyam dah terjatuh!

    "Ben, you tak kisah ke kena stay dengan I kat sini? You masih boleh catch up the others, you know? Dah memang tradisi kot pelajar junior kena buli dengan senior. Tak faham betul I!" kata Qamilia sambil menghentak-hentakkan kakinya.

    Benjamin memandang wajah lembut Qamilia. "I tak kisah. Lagipun kita bukannya berdua, abang Hisyam pun ada kan?" kata Benjamin.

    Qamilia seolah-olah tak puas hati dengan wajah Benjamin. Ditelitinya betul-betul sampai naik hairan Benjamin.

    "Kenapa you pandang muka I macam tu? Is there something on my face?" tanya Benjamin sambil tangannya meraba wajahnya.

    Qamilia menggeleng-gelengkan kepalanya. Lagilah Benjamin hairan.

    "What wrong Qamilia?" tanya Benjamin lagi.

    "Don't mind if I ask you a question," kata Qamilia tanpa mempedulikan pertanyaan Benjamin.

    "Nope," balas Benjamin.
    "You orang putih ke orang cina?" tanya Qamilia selamba.

    "Oh, jadi itulah yang buat you pandang muka I macam nak telan I je tadi?" seloroh Benjamin.

    Qamilia buat dek je dengan seloroh Benjamin. Dia masih menagih jawapan daripada Benjamin.

    "I'm mix blood. Mom's Chinese and dad's American," terang Benjamin.

    "Oh, apa nama keluarga you?"

    Pelik benor Benjamin dengar pertanyaan tu. Sebelum ni mana pernah orang tanya straight to the point, kat dia. Namun dia masih melayan pertanyaan Qamilia. "Benjamin Fearless,"

    "Fearless? Wah, you ni mesti berani orangnya! Ha ha!"

    "Mana ada. I biasa-biasa je. Nak kata berani tu takdelah sangat," kata Benjamin dengan penuh rendah diri. Nasib baik dia tinggi melangit tau.

    "Yeke Ben? Bukan ke hari tu kau belasah mamat yang pukul adik kau?" celah Hisyam yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

    Terbeliak mata Qamilia mendengar perkara itu. "Wah! Why?"

    "Sebab mamat tu pukul adik dia lah. Habis lebam-lebam mamat tu Ben kerjakan! Nasib baik benda ni tak bawak ke polis. Kalau tak, alamatnya lingkuplah kawan aku ni dalam penjara," ujar Hisyam sambil menggosok-gosok belakang kepalanya.
    "Wow! You're so cool!" puji Qamilia.

    "Nolah," sangkah Benjamin.

    Tiba-tiba bunyi macam raksasa mengaum kuat kedengaran. Alamak, ada raksasa ke? Takutnya!

    "Tu macam bunyi raksasa je. I takutlah," kata Qamilia sambil memeluk tubuhnya.

    Hisyam tersengih. Ada ke patut bunyi perut aku dia cakap macam bunyi raksasa? Tak masuk akal langsung! Benjamin pula ikut tersengih. Dah tau dah bunyi apa. Perut Hisyam memang popular kat jurusan ni. Bila dia lapar, satu bilik kelb boleh dengar. Ha ha ha!

    "Er Lia, tu bunyi perut abanglah," kata Hisyam sambil tersipu-sipu malu.

    "Kuatnya bunyi. Takut saya!" jujur kata Qamilia.

    "Ha ha ha ha ha!" tawa Benjamin meletus.

    "Amboi, sedapnya kau ketawa!" Hisyam pura-pura marah sambil mengetuk kepala Benjamin.

    "Sorry bang! Ok, jom sambung kemaskan bilik ni! Eh?"

    Mata Benjamin memerhati setiap inci bilik itu. Kemas! Cantik! Sempurna! Berkilat! Wow, terpukau mana-mana mata yang memandang!

    "Eh, how come this place be so clean?" tanya Benjamin.

    "Tulah, corak tu borak jugak. Tangan tu kenalah jalan sekali," perli Qamilia.

    "La, so sorry Lia! I thought I was going to help you. But I didn't," sayu sekali nada suara Benjamin.

    "Don't worrylah Ben. I tak kisah. Lagipun, presiden yang suruh I buat kerja ni kan? Not you," ujar Qamilia lembut.

    "You tak kisah?"

    Qamilia menggeleng lembut. Sebuah senyuman terukir di wajahnya.

    Lega hati Benjamin. Hilang sikit rasa bersalahnya.
* * *

    "Abang, takpe ke tinggalkan Ben dengan Qamilia berdua?" tanya Rasyid.

    Khairul memandang Rasyid. "Dorang bukannya berdua. Dorang bertiga," kata Khairul sambil menyedut airnya.

    "Bertiga?" tanya Rasyid dan Ameerul serentak.

    "Korang dah lupa ke abang Hisyam korang pun kat sana jugak? Dia kasi alasan pasal Puan facebook.com tu sekadar untuk tipu kita je. Dia boleh tipu korang, but not me," ujar Khairul.
    "Oh ya lah! Abang rasa Qamilia buat tak kerja dia?"

    "Yang tu, kau jangan risau. Abang sure 100% yang dia buat kerja tu. Kalau dia tak buat, siaplah dia abang..."

    Baru sahaj Khairul mahu mengahabiskan ayatnya, Rasyid mencelah. "Kenapa abang buat Qamilia macam tu? Dia tu perempuan bang,"

    Khairul menjeling tajam ke arah Rasyid. "Peduli apa aku dia laki ke, perempuan ke? Aku nak dia balas perbuatan dia kat aku!" bentak Khairul.

    Rasyid dan Ameerul berpandangan sesama sendiri. "Perbuatan apa bang?" Ameerul memberanikan diri bertanya.

    "Itu, hanya abang, Hisyam dan Tuhan je yang tau. Korang tak payah nak menyebok!" kata Khairul sambil menghentakkan mejanya lalu dia segera bangun untuk beredar dari situ.

    "Abang tertinggal sesuatu!" jerit Ameerul sambil tangannya ringan mengutip sebuah klip rambut di lantai.

    Khairul cepat-cepat merampas klip rambut itu dari genggaman Ameerul. "Jangan bagitau sesiapa pun pasal klip rambut ni! Kalau tak, abang gugurkan nama korang daripada senarai nama band kita," ugut Khairul.

    Gulp! Biar betul abang Khairul ni? Sah! Sah dia baru je keluar dari hospital Tanjung Rambutan!

    Khairul segera berllau pergi meninggal mereka berdua terpinga-pinga.

    Kenapa abang Khairul acting macam tu? Apa kes? Mesti abang Khairul ada rahsiakan apa-apa dari kami ni! Kena siasat ni! Tapi nak siasat dari mana? Oh Detevtive Conan! Tolonglah turunkan sikit ilmu penyiasatan kau kat kitorang berdua ni. Bisik hati Ameerul.

BERSAMBUNG!!!

Thanks for reading it and enjoy! Nak tau sambungan seterusnye??? haha! tggu hri Jumaat lah! I promise you It will be fun!!! ;)

2 comments:

  1. okey aq jadi kan citer ko nie sebagai contoh untuk aq buat citer aq sendiri...^__^

    ReplyDelete
  2. hahaha.... bangga aq!!! tp jgn tiru tau!! jdikan inspiration ko je!! hehe

    ReplyDelete