Little Crush

Glitter Words

Saturday, April 23, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 5)

"Amboi, banyaknya baju! Lia plan nak stay terus ke?" terbeliak mata Emelda apabila melihat beg baju yang dibawa oleh Qamilia. Besar-besar belaka!

    "Mana ada kak. Tapi kalau boleh, tulah yang Lia nak buat," kata Qamilia sambil mengangkut beg-beg bajunya.

    "Lia, biar Pak Jabit yang tolong angkatkan," pantas Pak Jabit menghulurkan bantuan.

    "Eh, tak payah susah-susah Pak Jabit! Mulai hari ni, Lia kena belajar hidup berdikari. I can't always depend on you," larang Qamilia.

    "Biar Emelda yang tolong cik adik kita ni, Pak Jabit. Don't worry, saya akan jaga dia,"kata Emelda sambil menguntumkan senyuman kepada Pak Jabit.

    "Hmm, kalau macam tu takpelah. Pak..."

    "Pak Jabit! Lia!" panggil Tengku Nur Qistina.

    Pantas Qamilia, Pak Jabit dan Emelda menoleh kearah tuan punya suara. Hish, kot ye pun nak panggil orang, bagilah salam dulu. Tak pun, perlahankanlah suara tu sikit. Tak tau malu langsung!

    "Iya Tengku? Ada apa-apa yang boleh Pak Jabit  bantu?" tanya Pak Jabit.

    "Hantar saya balik! Lia, beg siapa ni? Menyemak je lebih!" bentak Tengku Nur Qistina.

    "Beg Lialah, beg siapa lagi kak?"

    "Beg Lia? Papa halau kau ek?"

    Emelda mencebikkan bibirnya sambil memandang tajam kearah Tengku Nur Qistina. Tengku Nur Qistina yang menyedari pandangan itu buat dek je. Eleh, aku taulah aku cantik. Tak payah nak jeleslah! Ish, perasan betul Tengku Nur Qistina ni!

    Qamilia tersenyum lembut. "Taklah, Lia nak berdikari. So, Lia decide nak stay kat sini je. Akak tak nak jadi remaja yang berdikari ke kak?" sempat lagi Qamilia perli Tengku Nur Qistina.

    Tengku Nur Qistina menjeling tajam adiknya. Ada hati kau nak nasihat aku? "Takde classlah tinggal sini. Semua kena buat sendiri," rungut Tengku Nur Qistina.

    "Takde class? Ish, apa kakak merepek ni? Tinggal kat sini lagi senang kak. Class kan dekat je? Kita kena jalan kaki je," balas Qamilia sambil mengenyitkan matanya pada Emelda.

    "Ehem Tengku, memandangkan kita bakal jadi classmate, akak doakan kau berjaya ya! Kelas tu kadang-kadang stress sikit," kata Emelda.

    "Excuse me, akak?"

    "My name is Emelda, your senior," perkataan 'senior' tu saja Emelda tekankan. Tangannya dihulurkan untuk bersalaman.

    Berkerut dahi Tengku Nur Qistina mendengar perkataan 'senior' itu. Huluran tangan Emelda dibiarkan tak bersambut.

    "Er akak, lunch timelah. Lia nak pergi mencekik dulu. Nak ikut tak?" sampuk Qamilia. Sebenarnya dia nak cepat-cepat beredar dari situ. Dia perlu mengemas biliknya supaya tampak kemas.

    "Lia pergilah. Akak takde masa nak makan dengan korang. Akak pergi dululah, Pak Jabit jom balik rumah!" arah Tengku Nur Qistina.

    Pak Jabit yang dari tadi hanya menjadi penonton setia segera menaiki kereta lalu berdesum pergi sebaik sahaja Tengku Nur Qistina mamasuki perut kereta.

    Emelda menggeleng-gelengkan kepalanya. Berbeza! Terlalu berbeza! Bagai langit dan bumi.

    "Er kak, tolong Lia boleh tak?" pinta Qamilia.

    "Tulah, bawak lagi barang banyak-banyak macam ni. Kan dah merana?" perli Emelda. Namun dia tetap membantu Qamilia mengangkat beg bajunya.

    "Thanks kak. Lia bukannya apa, saja je bawak banyak-banyak. Orang putih kata, spare part. He he he," ujar Qamilia sambil tersengih-sengih.

    "Apa-apalah Lia," kata Emelda sambil laju langkahnya menuju ke bilik mereka.

    Amboi, lajunya Kak Emelda! Kalah pelari pecut negara! Ha ha ha ha!

* * *

    "Yo what's up gang?" suara Hisyam kuat menerjah cuping telingan masing-masing yang ada disitu.

    "Wah abang Hisyam! Saya tak sangka betullah!" Ameerul menegur Hisyam.

    "Apa yang Meerul tak sangka?" tanya Hisyam sambil melebarkan senyumannya.

    "Saya tak sangka abang tak reti bagi salam!" serentak itu, semua yang berada di bilik muzik itu ketawa berdekah-dekah.

    Hisyam pula tersipu-sipu malu. Aduh, tulah padahnya pada orang yang tak reti bagi salam agaknya!

    "Apa yang kelakar sangat ni?" tanya Khairul yang baru masuk ke dalam bilik muzik itu.

    "Er, takde apa-apa. Eh, budak baru tu dah masuk ke?" pantas Hisyam tukar topik. Malulah tu!

    "Belum lagi. Sekarang pukul berapa Rasyid?" tanya Khairul.

    Rasyid melihat jam di tangan kirinya. "8.30 pagi! Dia lambat 30 minit," ujar Rasyid.

    Khairul senyum dingin. "Takpe, memandangkan dia freshie, aku kasi dia peluang 5 minit. Kalau dia tak sampai dalam masa yang ditetapkan, hukumanlah yang akan diterimanya,"

    "Uish, kejamnya kau ni Khairul. Sebelum ni kau takdelah nak sampai hukum-hukum orang ni. Wei, dia perempuanlah Khairul. Tak baik kau buat dia macam tu tau!" tegur Hisyam sambil tangan kanannya menepuk-nepuk bahu Khairul.

    "Aku merupakan orang yang pentingkan disiplin ok! kalau korang buat macam tu, abang hukum korang jugak!" ujar Khairul sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah semua orang didalam bilik itu.

    Gulp, seramnya!

    "Oklah, sementara kita tunggu dia, jom berlatih sikit. Meerul, kau dah beli drumstick baru?" tanya Hisyam pada drum boy mereka, Ameerul.

    "Dah settle dah," balas Ameerul.

    "Rasyid, piano kau?"

    "Ok je!"

    "Ok! Boys, go to your position and wait for my signal!" arah Khairul.

    "Ok!"

    "Semua dah ready?"

    "Dah!" jerit mereka semua.

    "Ok! 1, 2, 3 and rock and roll!" selesai berkata-kata, bilik itu dipenuhi dengan bunyi yang bising. Datangnya daripada gitar, drum, piano dan sebagainya!

    10 minit berlalu...

    "Assalamualaikum. Ada orang tak?" terdengar suara dibalik pintu.

    Hisyam membalas. "Waalaikumussalam. Ada, masuklah!"

    Seorang gadis melangkah masuk kedalam bilik itu. Bunyi langkah kakinya bergema di dalam bilik itu. Rambutnya yang panjang dibiarkan mengurai ke belakang. Seolah-olah ada angin yang meniup rambutnya agar beralun. Rupa-rupanya ada orang telah menghalakan kipas ke arah gadis itu. Patutlah rambutnya beralun je.

    "Er, saya Tengku Nur Qamilia. Saya pelajar baru disini. Sorry sebab lambat. Saya tersesat jalan tadi," laju bibir Qamilia meminta maaf.

    "Tak mengapa. Eh, Qamilia! Awak ingat saya lagi?" tanya Hisyam.

    Qamilia memandang Hisyam. Macam pernah nampak, kat mana ek? Oh ya! Mamat ni lah yang tolong aku masa aku kena langgar dengan mamat yang keras semacam tu. Dia ada kat sini ke?

    "Saya ingat. Awak Hisyam kan?"

    Makin lebarlah senyuman Hisyam apabila gadis dihadapannya tu ingat akan dia!

    "Ya, betul tu! Kalau awak ingat saya, mesti awak ingat Khairul. Oi Khairul! Sinilah! Berkenalan dengan budak baru! Kau kan presiden?" jerit Hisyam memanggil rakannya tu.

    "Awak, budak freshie! Tengok jam pukul berapa!" tegur Khairul dengan muka yang masam.

    "8.40 pagi. Sa.. Saya tau saya lambat 40 minit. And I'm really sorry for that. Saya tersesat," sekali lagi Qamilia meminta maaf. Dari gaya Khairul, dia dah dapat agak yang dia dalam bahaya sekarang ni.

    "Tau pun yang kau dah lambat 40 minit! Tapi kau sanggup pulak nak show muka kau kat sini!" marah Khairul.

    "Saya..."

    "Aku takde pilihan! Walaupun kau freshie, aku tetap kena denda kau. Well, let us think what should I punish you? Hmm," Khairul mengusap-usap dagunya yang licin tu.

    "Aha! Kau tengok bilik ni, bersih ke kotor?" tanya Khairul.

    Qamilia memandang bilik muzik itu. Ya Allah, ni bukan kotor ni! Ni dah nampak macam tsunami baru je melanda bilik ni!

    Qamilia memandang muka dingin Khairul. "Macam tsunami baru je melanda," ujar Qamilia terus-terang.

    Hisyam dan beberapa lelaki menahan ketawa agar tidak meletus. Memang pun bilik muzik ni macam tu! Lepas guna, diorang bukannya nak kemas pun. Dibiarkan bilik muzik macam tu.

    "Kau tau apa denda kau?" tanya Khairul.

    Qamilia menghelakan nafasnya. "Tau, saya kena kemaskan bilik muzik ni kan?"

    "Tau pun! Ok, sebelum kau kemas, aku nak tengok bakat kau. Aku masih tak percaya macam mana Rasyid boleh terima kau," kata Khairul.

    Khairul menarik kerusinya lalu duduk sambil menyilangkan kakinya.

    "Malangnya, saya tak bawak gitar saya. Saya tak akan main gitar lain sebab jiwa saya dah sebati dengan gitar saya. Maaf," ujar Qamilia.

    Khairul tersenyum sinis. "Oh ya? Atau... Kau nak mengelat? Aku boleh kasi kau masa untuk ambik gitar kau. Maybe 5 minit? Cukupkan? So, you may go now," kata Khairul sambil keningnya diangkatkan. Nak tunjuk kuasa la tu!

    Terkejut semua manusia dalam bilik muzik itu. Biar betul si Khairul ni?

    "Khairul, otak kau ni ok ke tak? Aku rasa ada skru yang tertanggallah. Wei geng, pergi cari skru dengan pemutar skru. Kita kena betulkan balik otak abang Khairul korang ni," kata Hisyam sambil berpura-pura cek kepala Khairul.

   "Nah, abang nak buat apa dengan skru ni?" tanya Ameerul.

    "Abang nak betulkan kepala otak presiden kita,"

    "Wei Syam! Agak-agaklah! Kepala aku mahal tau. Kalau apa-apa jadi kat kepala aku macam mana? Sanggup kau nak bayar berjuta ringgit?" ugut Khairul.

    "Sengal kau! Setakat kepala kau ni, kat pasar malam pun aku boleh beli la!"

    "Pasar malam? Pasar mana pulak yang jual kepala manusia ni? Gila apa?"

    "Kau ni!" Hisyam ketuk kepala Khairul dengan menggunakan pemutar skru ditangannya.

    "Oit, sakitlah!"

    "Padan muka kau!" kata Hisyam sambil mencebikkan bibirnya.

    Semua pelajar jurusan Art & Music ketawa melihat telatah dua sahabat itu. Qamilia pun ikut join mereka.

    "Bestnya korang ketawa!" kata Hisyam dan Khairul serentak sambil bercekak pinggang memerhatikan mereka semua.

    "Sorry abang! Terketawa pulak. He he.. Tak sengaja," ujar Rasyid.

    Tok! Tok!

    "Masuklah, siapa tu?" kata Hisyam.

    "Saya, Tengku Nur Qistina," ujar Tengku Nur Qistina.

    "Tengku Nur Qistina? Er... Masuklah," balas Hisyam sambil matanya memandang Qamilia kerana nama mereka berdua hampir sama.

    Kepala Tengku Nur Qistina terjengul keluar. "Saya datang ni nak jumpa dengan adik saya sekejap, Tengku Nur Qamilia. Boleh tak?" hakikatnya, kata-kata Tengku Nur Qistina tu tak betul sama sekali! Niat dia sebenarnya nak tengok muka Khairul yang dikatakan hensem sangat tu!

    Semua memandang Qamilia.

    "Akak nak jumpa dengan Lia? Tapi kak, bukan ke kelas kakak dah start?" tanya Qamilia sambil mengerutkan dahinya. Apalah muslihat kakak aku ni?

    Tengku Nur Qistina melihat jam tangannya. Alamak! Dah lambat! Patutlah tak ramai orang tadi! Macam manalah boleh lupa? "Er... Tak ada apa-apa. Lia, nanti jumpa dengan kakak masa rehat tau. Kakak ada benda nak cakap. Kakak dah lambat ni, bye," kata Tengku Nur Qistina lalu dia menutup pintu kemudian dia berlari-lari anak ke kelasnya. Apalah alasan dia nak bagi kat pensyarah nanti? Mati! Mati!

    "Kakak awak ke Qamilia?" tanya Hisyam.

    "Ya. Dia kakak kembar tak seiras saya. Saya keluar lambat 10 minit," kata-kata yang sama pernah dikatakan pada Emelda.

    "Oh!" kata Hisyam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

    "Tak kisahlah kau lambat berapa minit pun, yang aku tau aku nak bilik muzik ni kemas sebelum kitorang sampai dalam pukul 10 pagi. Ok, jom keluar semua! Hari ni abang korang yang macho ni nak belanja korang makan! Jom!" ajak Khairul.

    "Tapi bang, kesianlah Qamilia. Diakan prempuan? Tak baik seksa perempuan bang," tegur Benjamin.

    "Ish kau ni Ben. Mana ada abang seksa dia. Cuba tengok dia, ada luka tak? Takde kan? Apa bukti kau abang seksa dia?" balas Khairul sambil matanya memandang Qamilia.

    "Sekarang ni memanglah  takde calar-balar. In future?"

    Khairul menggeleng-gelengkan kepalanya. "Benjamin, abang tak sekejam tu untuk menyeksa kaum wanitalah. Believe in me okay? Jom pergi kantin," ajak Khairul.

    Benjamin turut menggelengkan kepalanya. "Abang pergilah, saya nak teman Qamilia. Don't worry, saya takkan buat benda yang tak senonoh dekat dia. I have a mother and two sisters. Of course I didn't want to do anything to hurt them right? Same with the situation here," ujar Benjamin.

    "Aku pun tak nak pergilah Khairul. Aku ada essay yang tak siap lagi tu. Aku tak nak kena baham dengan Puan facebook.com," kata Hisyam sambil kedua belah tangannya diangkat ke udara.

    "Lantak koranglah. Jom geng. Hari ni korang mintaklah apa-apa pun. It will be my treat,"

    "Yeah!!!" sorak mereka.

    "Awak ok ke Qamilia? Sepatutnya bilik ni kami yang kemas. Saya tak taulah kenapa dengan presiden kami tu. Setahu saya dia bukannya jenis yang macam tu. I mean, he completely different! Oh, and by the way, I'm Benjamin," bebel Benjamin.

    "I'm Tengku Nur Qamilia. Just call me Lia. I tak biasa orang panggil I Qamilia," jelas Qamilia.

    "Oh, patutlah awak buat dek je bila saya panggil awak!" tegur Hisyam.

    "Ish, apa abang cakap ni? Mana ada! Saya tak dengarlah yang abang panggil saya,"


BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment