Little Crush

Glitter Words

Wednesday, April 20, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 4)

"Hello Kolej Cemerlang!" jerit Tengku Nur Qistina sebaik sahaja kakinya menjejak tanah.

    Orang yang lalu lalang buat dek je dengan Tengku Nur Qistina. Lantak dialah, nak berjoget ke, nak menjerit ke. Tu urusan dia, bukan urusan aku.

     "Akak, tak malu ke jerit macam orang gila?" tegur Qamilia dari belakang Tengku Nur Qistina sebaik sahaja dia nampak keliat kakaknya itu.

    "Lia? Cepatnya Lia sampai! Lia naik bas apa?"

    "Naik bas kolejlah,"

    "Eh? Kolej ni memang sediakan bas untuk pelajar  yang tinggal jauh ek?"

    "Yelah,"

    "Kenapa Lia tak bagitau akak?"

    "Akak tak tanya?"

    Tengku Nur Qistina mencebikkan bibirnya. Qamilia memang kuat menjawab. Hish!

    "Apa lagi yang kamu berdua tercegat kat sini? Pergilah cari kaunter pendaftaran. Papa kena pergi dulu. Apa-apa hal call ok?" kata Tengku Kamal.

    Tengku Nur Qistina menyalami bapanya sebagai tanda hormat kononnyalah. Padahal dia nak tunjuk baik je tu.

    Apabila Qamilia hendak menyalami bapanya, Tengku Kamal menepis tangan Qamilia lalu dia segera masuk ke dalam perut kereta sebelum berlalu pergi.

    Terkedu Qamilia dengan tindakan bapanya.

    Tengku Nur Qistina pula tersenyum sinis. Padan muka kau! Huh!

    Tengku Nur Qistina berlalu pergi dari situ untuk mencari kaunter pendaftaran. Tanpa mempedulikan Qamilia disitu.

    "Sampai hati papa buat aku macam ni. Salah ke aku ambik jurusan tu? Aku cuma nak penuhi impian mama je," bisik Qamilia.

    Qamilia memusingkan badannya lalu melangkah dengan longlai ke arah kaunter pendaftaran. Semasa dia sedang berjalan, dia terlanggar seseorang dihadapannya.

    "Adoi, sakitnya. Yang aku langgar ni orang ke besi? Keras semacam," kata Qamilia.

    "Oi, kau jalan pakai mata ke kepala lutut hah?" tengking tuan punya badan yang Qamilia terlanggar tu.

    "Khairul, rilek la. Cubalah sopan sikit. Yang kena langgar tu perempuan tau," rakannya cuba menenangkan Khairul.

    "Huh! Syam, kau taukan masuk ni dah tiga kali aku kena langgar dengan perempuan. Menyampah betul aku!"

    "At least, kau tak perlulah tengking dia. Aku tak pernah pun nampak muka dia. Ni mesti budak baru. Awak ok ke?" tanya Hisyam lembut sambil tangannya dihulurkan untuk membantu gadis itu berdiri.

    Qamilia mendongakkan kepalanya lalu menyambut huluran tangan Hisyam. "Saya rasa saya ok," balas Qamilia.

    "Maafkan saya," sambung Qamilia.

    Khairul memandang ke arah lain. Entah kenapa apabila dia melihat wajah gadis itu, dia teringat akan gadis misteri yang dicari-carinya. Ah, mustahil Lia adalah minah ni!

    "Saya Hisyam, dan ini rakan saya Khairul. Awak?" tanpa ditanya, Hisyam memperkenalkan dirinya dan Khairul.

    "Saya Tengku Nur Qamilia," balas Qamilia sambil menguntumkan senyuman yang manis.

    "Tengku..."

    "Just call me Qamilia or Lia. Saya tak berapa suka orang memanggil saya dengan gelaran Tengku," potong Qamilia.

    "Oh, ok," kata Hisyam sambil kepalanya diangguk-anggukkan.

    "Baiklah, saya pergi dahulu. Assalamualaikum,"

    "Waalaikumussalam. Khairul, kenapa dengan kau ni? Tergamam semacam?" tanya Hisyam apabila kelibat Qamilia hilang dari pandangannya.

    "Nama dia. Qamilia, Lia,"

    "Well, maybe she's the girl that you're looking for! Kuat betul jodoh korang ni. Ha ha ha ha!" usik Hisyam.

    "Taklah! Aku yakin tu bukan Lia yang aku cari tu,"

    "Kenapa pulak?"

    "Lia boleh jadi Alia. Nama Lia tu boleh jadi macam-macam wei!"

    "Hmm, yelah. Dah lah tu. Kita dah lambat ni. Kang Puan 'Facebook.com' marah kang!" Kata Hisyam.

    Gelaran Puan 'Facebook.com' itu diberikan oleh senior-senior mereka dahulu. Kenapa? Kerana Puan 'Facebook.com' tu selalu bukak facebook tak kira tempat. Tengah mengajar pun sempat lagi dia bukak facebook. Dalam tandas tak taulah pulak. Takkanlah nak intip dia kot? Ish, simpang malaikat 44!

    "He he, jomlah," ajak Khairul sambil tangannya menolak tubuh Hisyam kedepan.

* * *

    "Isi borang ni dan tulis tentang segala butir peribadi kamu. Borang pilihan jurusan kamu boleh ambil di kaunter sebelah sana," ujar kakak yang uruskan kaunter pendaftaran itu.

    "Baiklah," balas Qamilia.

    Selesai isi borang, Qamilia segera beralih ke kaunter seterusnya. Dalam perjalanan ke kaunter tersebut, dia lihat kakaknya sedang berbual dengan beberapa orang perempuan yang pakai baju macam tak cukup kain. Cepat betul kakak ni kumpul kawan.

    "Saya nak borang pilihan jurusan," pinta Qamilia.

    "Nah, lepas dah isi borang tu, tolong pergi ke kaunter pilihan jurusan kamu," terang abang Kuntum mengikut name tagnya. Kuntum? Peliknya nama.

    "Ok," balas Qamilia.

    Berapa banyak kaunter lagi da?

    Selesai mengisi borang, Qamilia pantas bergerak ke kaunter pilihan jurusannya. Aik? Kosong? Takde orang pun.

    "Er, saya nak..."

    "Awak nak masuk Art & Music? Untuk masuk jurusan ni, awak perlu tunjukkan bakat awak. Kami tak memilih orang yang tiada bakat langsung!" celah seorang lelaki yang memakai tag nama Rashid.

    "Sudah tentu!"

    "Awak main alat muzik apa?" tanya Rashid.

    "Gitar," balas Qamilia pendek.

    "Awak kena main gitar tu disini. Right here, right now!" arah Rashid sombong.

    "Er.. Sini? Sekarang?"

    "Ya,"

    Rashid sangka Qamilia tidak akan bermain gitar disitu, namun sangkaanya ternyata meleset apabila Qamilia mengeluarkan gitarnya dari begnya.

    Qamilia bermain gitar itu dengan penuh penghayatan. Dia terbayangkan sebuah tempat yang indah dihadapannya lalu menggambarkan keindahan tempat itu dengan memetik gitarnya. Ramai yang terpegun mendengar melodi itu.

    Sebaik Qamilia selesai memetik gitarnya, tepukan yang gemuruh diberikan untuknya. Wajah Qamilia tidak mengandungi unsur riak sebaliknya tenang dan relax!

    Rashid juga turut memberikan tepukan yang gemuruh. "Wah, saya tak sangka awak memang ada bakat semula jadi! Baiklah, awak kami terima masuk jurusan ini!" ujar Rashid dengan penuh kegembiraan.

    Qamilia tersenyum puas. Tanpa disedari, gelagatnya itu diperhatikan oleh kakaknya dari jauh. Dalam masa sekelip mata sahaja, adiknya telah berjaya meraih tumpuan ramai. Ni tak boleh jadi ni!

    "Huh, menyampah aku!" ujar Tengku Nur Qistina.

    "Kenapa pula Tengku?" tanya ShaSha. Rakan baru Tengku Nur Qistina.

    "Tu, budak tu adik saya,"

    "Adik Tengku? Patutlah comel semacam. Pandai bermain alat muzik pula tu. She's good!" puji ShaSha. Sangkanya Tengku Nur Qistina suka dia memuji adiknya.

    "Good? You said she's good? Dia tu tak guna!" bentak Tengku Nur Qistina.

    "Er... Ya. Dia memang tak guna. Tapi dia bertuah," ujar ShaSha.

    Berkerut dahi Tengku Nur Qistina mendengar perkataan 'bertuah' itu. "Kenapa pulak?"

    "Presiden Art & Music merupakan jejaka paling kacak dan paling popular kat kolej ni. Setakat ni, ahli-ahli Art & Music semuanya lelaki. Kacak-kacak pula tu. Nampaknya adik Tengku dah berjaya memecah rekod!" jelas ShaSha.

    "Kacak? Popular?" tanya Tengku Nur Qistina.

    "Yup! Presiden Art & Music, Muhammad Khairul. Aku dengar cerita dia single lagi. Tak pernah bercinta pun sebelum ni," terang ShaSha tanpa dipinta.

    "Aku nak berkenalan dengan dia!" tekad Tengku Nur Qistina.

    "Sorrylah Tengku, but now its a bad timing la,"

    "Kenapa pulak?"

    "Dengar cerita, Khairul tengah angau dengan satu perempuan ni. Mungkin perempuan tu cantik, sebab Khairul cakap rupanya ibarat bidadari. Khairul suka kat perempuan tu bila dia dengar melodi from petikan gitar perempuan tu,"

    "Siapa nama dia?"

    "Lia. Maybe tu nama timangan perempuan tu je. Boleh jadi macam-macamkan? Kenapa? Tengku pernah dengar ke nama tu?" tanya ShaSha apabila melihat wajah Tengku Nur Qistina bertukar mendung sebaik mendengar nama itu.

    "Qamilia,"

    "Siapa Qamilia?"

    "Adik aku. Tengku Nur Qamilia. She's a musician. Alat muzik kegemaran dia adalah daripada arwah ibu, gitar. Sejak mama kami meninggal, dia selalu main gitar tu. Dia kata dia nak penuhi impian mama. Untuk menjadi seorang pemain muzik yang handal,"

    "Oh!" seru ShaSha.

    "So, you suspect that your sister, Qamilia is the person that Khairul's looking for?" sambung ShaSha.

    "Yup! Sure enough! Nama panggilan dia, Lia," ujar Qistina. Ah, dia memang selalu kacau plan aku!

* * *

    "Ok, ni bilik awak," tunjuk Emelda.

    "Thanks kak! Kalau kakak takde tadi, entah apalah yang dah jadi kat saya tadi," ucap Qamilia senang.

    Emelda tersenyum. "Don't worrylah adik! Lagipun kita satu bilik! Takkanlah akak tak nak tolong kut?"

    "Eh? Mana beg pakaian adik?" tanya Emelda.

    "He he he. Saya ingatkan kena stay kat rumah je tadi. Rupa-rupanya boleh tinggal kat sini. Saya nak call Pak Jabitlah. Suruh dia bawak barang-barang saya.

    Berkerut dahi Emelda. "Pak Jabit?" tanya Emelda kehairanan.

    "Driver saya. Saya tau, nama dia macam Pak Jabit dalam cerita 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' tu kan? Ha ha!  Bezanya Pak Jabit yang ni kerja dia jadi driver, bukannya owner Warung Pak Jabit," tambah Qamilia apabila dia melihat kerutan di dahi Emelda semakin bertambah.

    "Oh. Macam tu pulak ya?"

    "Jap tau kak. Saya nak call Pak Jabit,"

    "Ok,"

    "Assalamualaikum Pak Jabit! Amboi, macam tau-tau je saya perlukan khidmat Pak Jabit!" usik Qamilia.

    "Pak Jabit, suruh Mak Limah kemaskan baju-baju saya, lepas tu Pak Jabit hantar baju saya dekat kolej ek? Please!"

    "Ala, nanti Lia bagitaulah dekat papa. Please Pak Jabit!"

    "Don't worrylah Pak Jabit. Pandailah saya cover untuk Pak Jabit,"

    "Ok, thanks Pak Jabit!"

    Macam-macam gaya Emelda tengok Qamilia ketika bercakap dengan Pak Jabit. Bercekak pinggang, merayu, macam-macamlah! Macamlah depan dia tu ada Pak Jabit.

    "Ok, dah settle! Akak, mana kantin kak? Laparlah pulak. Tadi breakfast saya makan sikit je,"

    "Kat sana tu. Mehlah, akak tolong tunjukkan,"

    "Ok!"

    Mereka berdua keluar seiringan selepas mengunci pintu bilik mereka.

    "Kakak!" panggil Qamilia sebaik dia terpandang Tengku Nur Qistina.

    "Huh!"

    Tengku Nur Qistina berjalan pergi dengan gaya kucing berjalan (cat walk) tanpa memandang langsung ke arah adiknya.

    "Siapa tu?" tanya Emelda.

    "Kakak saya a.k.a kakak kembar tak seiras saya. Saya keluar lambat 10 minit," jelas Qamilia.

    "Oh. Lain macam je akak tengok kakak kamu tu,"

    "Lain? Lain macam mana kak?"

    "Berbeza dengan kamu. Akak boleh nilai seseorang tu dari segi pakaian tau! Ketat je pakaian kakak kamu tu. Kamu pulak, lebih sopan berbanding dengan kakak kamu tu,"

    "Biarkan jelah dia kak. Dah memang dia macam tu pun perangai dia. Nak buat macam mana? Buat dek jelah kak. Oh ya, akak jurusan apa?" Qamilia cuba tukar topik perbualan.

    "Perniagaan,"

    "Eh? Nanti akak sekelas dengan kakak saya la? Dia pun ambik Perniagaan jugak,"

    "Yeke? Hmm, adik ambik jurusan apa pulak?"

    "Art & Music,"

    Terkejut Emelda. "Hah? Art & Music? Tahniah! Adik dah pecah rekod!"

    "Pecah rekod apa pulak ni kak?"

    "Art & Music, satu-satunya jurusan yang kesemua pelajarnya lelaki! Apabila Lia masuk jurusan ni, you're going to be the only person who's girl. Plus, Presiden Art & Music tu hensem sangat!"

    "What? No way! Kenapa takde perempuan kak?"

    "Ramai yang try nak masuk, tapi tak dapat. Kenapa? Sebab setiap kali Rashid suruh diorang main alat  muzik kat situ jugak, ramai yang tak nak. Bila ada yang nak main, melodi dia selalu lari sebab tulah susah sikit nak masuk jurusan ni. Mesti lepas ni Lia popular!"

    "Saya datang sini bukan untuk kejar popular kak. Saya cuma nak merealisasikan impian arwah mama. Tu je,"

    Emelda memandang wajah comel Qamilia. Dia dapat menangkap kesedihan yang amat di mata bundar Qamilia. Kesian...

    "Lia, hari ni..."

    Tiba-tiba telefon bimbit Qamilia berbunyi.

    "Jap ek kak?"

    "Assalamualaikum? Pak Jabit! Dah sampai dah ke? Kat mana tu?"

    "Ok, Pak Jabit tunggu Lia ek?"

    "Waalaikumussalam,"

    "Kak, jom teman Lia ambik barang-barang Lia. Nantilah kita makan," pinta Qamilia.

    "Ok," Emelda bersetuju.

* * *

    "Abang Presiden!" panggil Rashid.

    "Hish kau ni! Panggil aku Abang Khairul tak boleh ke?" tegur Khairul.

    Rashid tersengih.

    "Abang, hari ni ada pelajar baru masuk jurusan ni. Ni maklumat dia," kata Rashid sambil menghulurkan borang Qamilia.

    "Bak sini, aku tengok. Mesti lelaki lagi kan? Bilalah nak ada perempuan dalam kelab ni?" rungut Khairul sebelum mengambil borang itu menguna tangan kirinya dan minum air di tangan kanannya.

    Rashid hanya tersenyum penuh makna.

    Tersembur keluar air dari mulut Khairul sebaik sahaja dia membaca maklumat itu.

    "Qamilia? Perempuan?" terbeliak mata Khairul melihat borang itu.

    "Salah ke? Kan tadi abang nak sangat perempuan dalam kelab ni?" tanya Rashid.

    "Kenapa ni Rashid?" tegur Hisyam sebaik sahaja dia meletakkan begnya di sebelah temat duduk Khairul.

    "Ada pelajar baru, dia..."

    "Oh, baguslah tu! Apa nama mamat tu?" celah Hisyam kerana dia menyangka pelajar itu lelaki.

    Khairul memandang Hisyam tajam.

    "Kau baca ni!" Khairul menghulurkan borang itu kepada Hisyam.

    Reaksi Hisyam sama seperti Khairul. Cuma bezanya Hisyam tak minum air.

    "Qamilia? That girl yang kau langgar tadi tu?"

    "Macam mana kau boleh terima dia Rashid? Kau buat tak macam yang selalu kau buat tu?" tanya Khairul tanpa mengendahkan Hisyam.

    "Buat! Dia satu-satunya pelajar perempuan yang mampu bermain dengan baik tanpa melodi yang lari macam the others,"

    "Kalau macam tu, she's the best candidates!" ujar Hisyam.

    "Aku rasa aku tau apa aku nak buat dengan dia," kata Khairul sinis.

    "Khairul, dia dah minta maaf kat kau kan?"

    "Tak cukup! Aku taulah macam mana nak 'kerja'kan dia,"

   "Kau nak buat apa?"

    "You'll see,"

No comments:

Post a Comment