Little Crush

Glitter Words

Tuesday, April 19, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 3)

Sementara itu disebuah rumah agam...

    "Dah balik?" tegur Tengku Nur Qistina.

    "Ya," balas Qamilia. Malas dia nak bertekak dengan kakak kembar tak seirasnya.

    "Lia pergi mana tadi?"

    "Secret place," ujar Qamilia.

    "Lia, akak tak nak kau pergi main gitar lagi!"

    Tengku Nur Qamilia mengeluh kecil. Ini bukan pertama kali kakaknya menyuruh dia berhenti bermain gitar. Malah sejak dari kecil lagi hidupnya telah dikongkong oleh kakak dan bapanya.

    "Akak, umur kita dah 18 tahun kan?" tanya Qamilia.

    "Memanglah, kan semalam kita dah sambut birthday kita?"

    "Ok, ini bermaksud, Lia ada hak untuk buat apa saja yang Lia nak buat kak. "

    "Papa macam mana?"

    Sekali lagi Qamilia mengeluh.

    "Papa kena faham. Lia dah tentukan cara hidup Lia. Lia tau papa tak suka Lia main alat muzik hanya disebabkan arwah mama sama macam Lia. I'm innocent kak," Qamilia menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung.

    "Genetik papa banyak pada kat kakak. Genetik mama pula banyak dalam diri Lia," kata Qamilia lembut.

    "Papa tak kira! Papa tak nak kau main gitar kau tu!" tegur Tengku Kamal dari belakang kedua beradik itu.

    "Tapi pa..."

    "Takde tapi, tapi lagi. Esok Lia dengan Qis ikut papa," arah Tengku Kamal.

    Tengku Nur Qamilia dan Tengku Nur Qistina berpandangan sesama sendiri.

    "Pergi mana pa?" tanya Qamilia lembut.

    "Kita pergi cari kolej kamu,"

    "Kolej pa?"

    "Ya, kolej!"

    "Kenapa tak masuk U je terus?" tanya Tengku Nur Qistina.

    "Kamu dengar je lah cakap papa!" bentak Tengku Kamal. Tengku Kamal tak pernah berlembut dengan mereka berdua. Senyum pun tak pernah. Macamlah mahal sangat senyuman dia tu.

    "Ok," ujar Tengku Nur Qistina.

Keesokan harinya...

    "Panasnya! Akak, cuaca kat KL ni memang panas ya?" tanya Qamilia.

    "Ye kot? Akak tak taulah Lia," balas Tengku Nur Qistina sambil tangannya mengipas-ngipaskan mukanya.

    "Hmm. Berapa lama lagi kita kena jadi model tak bergaji ni kak? Lia dah penat berdiri tayang muka kat sini," keluh Qamilia.

    "Sabarlah, kejap lagi habis la discussion papa dengan orang tu," ujar Tengku Nur Qistina.

    Sepanjang mereka berdua berdiri menjadi model tak bergaji kat situ, ramailah pulak mamat-mamat gatal dok melonggok depan dia orang. Ada yang asyik berulang kali lalu kat situ. Ish, naik rimas mereka. Bilalah papa nak habis ni?

    "Dah, jom balik! Papa akan masukkan kamu berdua ke Kolej Cemerlang," kata Tengku Kamal.

    "Ok pa," balas mereka berdua serentak.

    Dalam kereta, Tengku Nur Qistina tak habis-habis bercerita pasal Kolej Cemerlang. Sampai Qamilia rasa muak pula.

    "Disebabkan umur kamu sudah mencecah 18 tahun, papa benarkan kamu berdua memilih jurusan masing-masing," kata-kata Tengku Kamal itu menarik perhatian Qamilia.

    "Bebas ke pa?"

    "Ya, bebas," ujar Tengku Kamal.

    Yes! Jerit hati kecil Qamilia.

    "Kolej Cemerlang tu jauh ke dari rumah kita pa?" tanya Tengku Nur Qistina.

    "Hmm, jauhlah jugak. Tapi papa takde pilihan memandangkan kolej itu satu-satunya tempat yang paling dekat dengan tempat tinggal kita."

    "Dah tu, kami nak pergi sana naik apa?"

    "Naik keretalah. Papa akan suruh Pak Jabit tolong hantarkan," kata Tengku Kamal.

    "Ok,"

    Keadaan mulai sunyi. Tengku Kamal asyik memandang telefon bimbitnya. Tengku Nur Qistina pula sedang memikirkan strategi untuk menjadi 3P(Pelajar Paling Popular) di kolej tersebut. Manakala Qamilia sedang tidur kepenatan didalam kereta.

    "Qis, gerak Lia. Kita dah sampai ni," ujar Tengku Kamal sebaik mereka sampai ke rumah agam mereka.

    "Ok pa,"

    Tengku Nur Qistina memerhatikan adiknya. Comel sangat. Rupa Qamilia ada iras-iras arwah ibu mereka dahulu. Malah sifat keperibadiannya juga lebih kepada arwah ibu. Tengku Nur Qistina tahu itu kerana dia pernah terdengar perbualan orang gaji mereka.

    Tapi aku rasa aku lagi cantik! Antara aku dengan Lia memang macam langit dengan bumi! Jauh berbeza. Aku cantik, dia sekadar comel je, bukannya ada apa-apa pun. Huh!

    "Pak Jabit, tolong gerakkan Lia. Suruh dia bangun. Saya nak masuk dulu," arah Tengku Nur Qistina sombong. Dengan gaya catwalknya, dia berjalan memasuki rumah.

    "Tengku, bangun Tengku," kejut Pak Jabit.

    Perlahan-lahan Qamilia membuka matanya. Muka Pak Jabit merupakan benda pertama yang dia nampak.

    "Dah sampai rumah ek?" tanya Qamilia selepas membetulkan posisi duduknya.

    "Ya, Tengku Nur Qistina yang suruh Pak Jabit kejutkan Tengku,"

    "Pak Jabit, jangan panggil saya 'Tengku' boleh tak? Saya tak suka. Pak Jabit panggil saya Lia aje tau!" kata Qamilia.

    "Baiklah Teng... er... Lia," tergagap-gagap Pak Jabit nak panggil anak majikannya dengan panggilan Lia.

    "Hmm, bagus! Oklah Pak Jabit, Lia masuk dulu. Assalamualaikum,"

    "Waalaikumussalam," balas Pak Jabit.

    "Pak Jabit, tadi Usop Whilca cari Pak Jabit," kata Qamilia sambil menahan ketawa.

    "Usop Whilca? Peliknya nama. Siapa dia tu? Kenapa dia cari Pak Jabit?" tanya Pak Jabit sambil tangannya menggaru-garu kepalanya yang tak gatal tu.

    "Dia nak bincang dengan Pak Jabit pasal nak bukak Warung Pak Jabit kat Kampung Pisang tu."

    "Kampung Pisang? Oh," Pak Jabit menepuk dahinya.

    "Ada-ada je kamu ni Lia. Mentang-mentanglah nama Pak Jabit sama dengan watak cerita 'Hantu Kak Limah' tu." gerutu Pak Jabit.

    Ketawa Qamilia meletus.

    "Lia, masuk!" jerit Tengku Nur Qistina.

    "Oklah, Lia masuk dulu. Kalau warung Pak Jabit laku, kita jadi share partner la ek?" usik Qamilia sebelum masuk ke dalam rumahnya.

    Pak Jabit menggeleng-gelengkan kepalanya. Qamilia memang nakal. Sejak kecil lagi perangainya begini.

    "Apa yang Lia borakkan dengan Pak Jabit tu?" tanya Tengku Nur Qistina sebaik sahaja adiknya masuk ke dalam rumah.

    "Tak ada apa-apa," balas Qamilia dingin.

    "Lantak kaulah Lia. Akak nak masuk bilik dulu. Nak kemas apa-apa yang patut. Takut nanti esok terlambat pula," ujar Tengku Nur Qistina.

    "Hmm."

Masa makan malam...

    "Lia dan Qis dah kemas barang untuk esok?" tanya Tengku Kamal.

    "Dah," balas Qamilia dan Tengku Nur Qistina serentak.

    "Bagus. Esok papa tak nak sorang pun bangun lambat!"

    "Ok."

    Setelah mereka semua selesai menjamu selera, Qamilia pantas masuk kedalam biliknya. Sementara Tengku Nur Qistina duduk sebentar di ruang tamu. Kononnya mahu menemani bapanya sedangkan dia mahu meminta sesuatu pada bapanya.

    Aku nak ambik jurusan Art & Music. Aku tak kisah apa yang papa dan kakak akan cakap. Kerana bagi aku, muzik adalah segalanya! Bisik hati kecil Qamilia sebaik dia menghempaskan tubuhnya diatas katil empuknya.

    Qamilia memandang gitarnya yang disandangkan di tepi dinding. Gitar itu sebenarnya pemberian arwah ibu sebelum arwah meninggal dunia tahun lepas. Sejak itu, Tengku Kamal berubah sama sekali. Qamilia rindukan bapanya yang dulu. Yang sentiasa memanjakannya, yang sentiasa menyokongnya. He's everything that I want.

    Qamilia memeluk gitar kesayangannya. Mama, kenapa papa tak suka Lia main gitar? Salah ke Lia nak main gitar? Bukan ke papa orang yang paling suka bila Lia main gitar dulu? Kenapa papa berubah ma? Pelbagai soalanmenerjah fikiran Qamilia.

    Titisan air matanya terkena pada gitarnya. Macam lagu Taylor Swiftlah pulak! "Teardrops on my guitar" tajuk lagu tu.

    Malam itu Qamilia tidur sambil memeluk gitarnya. Nasib baik tak rosak gitar tu tau!
* * *

"Morning pa! Morning kak! Kenapa masam je muka ni? Cheer uplah sikit," kata Qamilia sambil menggalas gitarnya dibelakangnya.

    "Kenapa Lia bawak gitar tu?" tanya Tengku Kamal. Suaranya dikawal sehabis mungkin.

    "Untuk apa? Untuk jurusan yang Lia nak ambillah pa," ujar Qamilia.

    "Lia nak ambil jurusan apa?"

    "Arts & Music," selamba Qamilia menuturkan katanya.

    "Lia..." belum sempat Tengku Kamal menghabiskan ayatnya, Lia mencelah.

    "Lia tau yang papa mesti tak bagi Lia ambil jurusan ni. Tapi pa, Lia pegang pada kata-kata papa semalam. Kami berdua bebas memilih jurusan yang dikehendaki. So, inilah jurusan yang Lia nak. Kakak ambil jurusan apa?" tanya Qamilia sambil membuat muka innocentnya.

    "Perniagaan," jawab Tengku Nur Qistina pendek.

    "Oh," balas Qamilia.

    Qamilia mencapai roti bakarnya lalu dia sapukan dengan jem strawberri kegemarannya sebelum makan. Urm sedapnya!

    "Oklah, Lia pergi dulu," kata Lia sebaik sahaja dia selesai makan sarapan paginya.

    Tengku Kamal dan Tengku Nur Qistina memandang Lia serentak.

    "Naik apa?" tanya Tengku Nur Qistina kehairanan.

    "Naik baslah. Lia tau, papa mesti tak bagi Lia naik keretakan pa?" tanya Qamilia sambil mengerling ke arah Tengku Kamal.

    "Tau pun!" bentak Tengku Kamal.

    Qamilia tersenyum. Langsung dia tak menunjukkan yang dia takut dengan sergahan Tengku Kamal.

    "Ok. Lia pergi dululah, bye Kak Nin! Bye Pak Jabit. See you petang ni!" jerit Qamilia sebelum dia memakai kasut sneakersnya dan pergi menunggu bas di simpang jalan. Sebenarnya dia dah tau dah ada bas yang mengambil pelajar yang tinggal jauh dari Kolej Cemerlang itu. Tu yang dia berani keluar tu. Kalau tak, jangan haraplah!

    "Tengok Lia tu pa, kat kita tak pulak dia ucap selamat tinggal kat kita," kata Tengku Nur Qistina sambil menjuihkan bibirnya.

    "Biarkan jelah dia tu. Papa tak tau nak cakap apa dah dengan adik kamu tu. Keras kepala! Degil! Macam arwah mama kamu," gerutu Tengku Kamal.

    "Hmm,"

    "Dahlah, jom kita pergi. Nanti kita pula yang terlambat," ujar Tengku Kamal.

    "Jom!" balas Tengku Nur Qistina.

BERSAMBUNG...

Assalamualaikum!!! bye you allz!

No comments:

Post a Comment