Little Crush

Glitter Words

Monday, April 18, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 2)

"Yo, bro! Kenapa dengan kau ni? Pucatnya muka," tegur Hisyam.

    "Assalamualaikum Syam," sinis Khairul

    "Ops, waalaikumussalam," jawab Hisyam sambil tersengih seorang diri.

    "Kau takde kerja ke Syam? Aku ingat hari ni ada rehearsal?" tanya Khairul sambil menjeling rakannya itu.

    "Ada, tapi kitorang tunggu kaulah kawan. Tak lengkap bilik muzik kita tu tanpa kau!" usik Hisyam.

    "Hmm, apa-apalah Syam. Mana budak kelab?" tanya Khairul. Malas dia nak layan kerenah Hisyam itu.

    "Pergi makanlah wei! Sekarang ni kan time rehat? Kau mana hilang hah? Penat aku call, tapi tak berjawab," kata Hisyam.

    Khairul kehairanan. Segera tangannya menyeluk poket seluarnya untuk mencari telefon bimbitnya. Fuh, 20 missed calls!

    "Sorrylah Syam. Aku buat silent mode tadi," ujar Khairul.

    "Hish! Anyway, kau pergi mana tadi? Lama betul kau hilang! Penat aku keliling satu kolej ni cari kau tau!" marah Hisyam.

    "Aku pergi tempat rahsia akulah. Masa aku kat sana, aku jumpa satu awek cantik gila!"

    Hisyam menggelengkan kepalanya. "Dahlah cantik, gila pulak tu."

    "Aku seriuslah Syam!"

    "He he he. Sorry. By the way, who's that person yang berjaya curik hati kawan aku yang anti-cinta ni?"

    "Aku tak tau,"

    "Hah? Macam mana kau boleh tak tau?"

    "Masa tu aku tengok dia dari pandangan sisi. Aku mana nampak dia. Tapi satu benda yang aku sure gila! Dia pandai main gitar!"

    "Mana kau tau?"

    "Aku taulah. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri yang dia tengah main gitar tu. Aku nekad nak cari dia sampai dapat!"
    "Apa-apalah Khairul. Kau tau tak nama dia?"

    "Lia."

    Hisyam mengerutkan dahinya. "Kau kata kau tak kenal dia. Tapi macam mana kau tau nama dia?"

    "Dia tengah cakap dengan siapa ntah kat handphone dia. Dia bahasakan diri dia Lia. Jadi of course lah nama dia Lia kan?" kata Khairul selepas duduk disebuah kerusi didalam bilik muzik itu.

    "Oh, I see," kata Hisyam sambil mengurut-ngurut dagunya.

    "Aik presiden dah baliklah!" jerit Kamal. Apa lagi? Terpusu-pusu ahli-ahli kelab muzik masuk kedalam bilik muzik tu.

    "Kenapa dengan korang ni?" tanya Khairul hairan.

    "Mati-mati kami ingat abang hilang!" kata Kamal.

    "Ish korang ni mengarut je! Abang baru hilang sekejap dah cuak dah," gerutu Khairul.

    "Manalah tau? Kadang-kadang abang ni hilang tak pernah pilih bila,"

    "Kang abang hilang betul-betul baru kamu tau!" ugut Khairul.

    "Eh, jangan abang! Susah kitorang nak dapat presiden yang baik macam abang ni!"

    "Apa susah? Hisyam kan ada?"

    "Tapi dia tak sebagus abang," celah Rashid.

    Hisyam mencebikkan bibirnya.

    "Ha ha ha  ha!"

    Riuh satu bilik muzik tu dengan suara mereka semua. Betapa rapatnya mereka ini. Bagai tidak dapat dipisahkan.

BERSAMBUNG!!!

Ok bye!

No comments:

Post a Comment