Little Crush

Glitter Words

Sunday, April 17, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 1)

Danai sungguh petang ini. Khairul berharap benar ditangannya kini ada pause button. Agar dia boleh menghentikan masa ini. Walaupun sesaat supaya dia dapat menikmati sepuasnya angin petang ini.

    "ARGH!" jerit Khairul.

    Lega sikit hatinya. Terasa segala bebannya di bahu hilang begitu sahaja.

    Khairul melentangkan badannya diatas permukaan rumput. Berbaring sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.

    "Bosanlah pulak," gumam Khairul.

    Tiba-tiba satu bunyimelodi menyapa lembut telinganya. Eh, ni bunyi gitar! Dari mana datangnya bunyi ni?

    Khairul bangun dari baringannya lalu mengatur langkah mengikuti arah datangnya melodi gitar iru.

    Penatnya. Jauh betul tempatnya. Fuh! Eh, siapa tu? Fullamak! Baju paras lutut serba putih! Nasib baik dia pakai jeans warna biru. Takdelah ketara sangat yang dia tu hantu. Lagipun mana ada hantu waktu siang kan?

    Khairul memerhatikan orang misteri itu. Dari tepi dia dapat lihat wajah orang itu walaupun sedikit. Cantik! Menawan! Bagaikan bidadari!

    "Kenapa aku rasa lain macam ek?" perlahan bibir gadis itu menuturkan ayat. Tapi masih dapat didengari oleh Khairul.

    Kuat betul instinct minah ni. 

    "Perasaan aku je kot?" kata gadis itu. Selesai berkata-kata, gadis itu memetik semula gitarnya.

    Khairul terpegun. Dia bukan sahaja terpegun melihat kejelitaan gadis itu, malah dia terpegun mendengar muzik yang dimainkan oleh gadis itu. Ah, merdunya! Tiba-tiba...

    'I like the way you sound in the morning,
    we're on the phone and without a warning,
    I realized your laugh is the best sound I have ever heard,'

    Handphone dia berbunyi da. Lagu 'Jump then Fall' nyanyian Taylor Swift! Dia jadikan Taylor Swift ni idola dia kot.

    "Assalamualaikum,"

    "Adalah. Mana boleh bagitau,"

    "Tapi kak, music is my life!"

    "Kenapa ramai yang tak suka Lia main gitar kak?"

    "Hmm, Lia faham. Oklah kak, Lia nak kemas barang-barang ni. Nanti Lia balik. Sekejap je,"
    "Ok, assalamualaikum,"

    Gadis bernama Lia itu mengemas semula nota-nota muziknya yang bertaburan diatas hamparan rumput.

    Selesai mengemas, dia bergegas meninggalkan tempat itu tanpa menoleh ke belakang lagi.

    Meninggalkan Khairul yang terpinga-pinga di belakang. Tapi takpelah. Dia bukannya tau pun Khairul ada kat situ.

    Khairul memandang tempat yang gadis itu duduk tadi. Eh, apa benda tu?

    Klip rambut? Dahlah warna pink, siap ada bentuk love lagi. Hmm, perempuan!

    Macam cinderella lah pulak tinggal-tinggal benda ni. 

    Harap-harap dapat jumpa dengan dia lagi. 

    Khairul melangkah meninggalkan tempat itu. Longlai sungguh langkah itu. 

BERSAMBUNG!!!

Adoi... ssh jugak ye?? Hmm... wait for another part je la.. ^_^

No comments:

Post a Comment