Little Crush

Glitter Words

Friday, December 9, 2011

Aku, Dia & Muzik (Part 18)

    "Budak tu kan... 'slave' aku? Apa dia buat kat kafeteria ni? Dia sepatutnya pergi kemaskan bilik muzik tu. Mentang-mentanglah boyfriend ada depan mata," rungut Khairul seorang diri.

    "Weyh, kau gila ke apa? Cakap sorang-sorang," tegur Amirul yang baru sahaja tiba di kafetaria itu.

    "Kaulah gila! Suka-suki kau je kan cakap presiden kau ni gila? Aku hukum kau bersihkan toilet kolej ni baru kau tau!" ugut Khairul sambil menghadiahkan jelingan tajam khas buat rakannya itu.

    "Amboi, salah gunakan kuasa nampak? Apa-apa pun, apahal kau ajak aku makan kat kafeteria ni? Kau tau tak aku tengah sibuk?"

    "Yelah tu sibuk. Kalau sibuk siapkan assignment tu bolehlah aku terima, ni tak! Kau dok sibuk mengayat minah pancit tu kan?"

    "Minah pancit kau cakap? Sampai hati kau! Minah yang kau panggil pancit tu lah yang kawan kesayangan kau ni tergila-gilakan tau!"

    "Banyaklah kau punya kawan kesayangan. Ni aku nampak pertolongan kau sikit."

    "Apa dia? Minah mana lak yang kau nak kenakan ni?" tanya Amirul. Tahu sajalah dia apabila Khairul minta pertolongan padanya. Ni mesti ada minah yang buat si Khairul ni bengang.

    "Kau tau kan pasal seorang budak perempuan baru yang masuk fakulti kita ni?"

    "Of course! Dia tu popular kot. Aku rasa satu kolej ni dah kenal dengan dia. Kenap.. woah! Kau nak kenakan minah tu? Beb, aku cadangkan baik kau jangan teruskan idea kau tu," tegur Amirul tegas.

    "Kenapa lak?"

    "Dia tu anak Dato' kot!"

    "So? Aku peduli apa kalau  dia tu anak Dato' ke, anak nenek ke, anak banggali ke, yang penting aku nak kau laksanakan niat 'murni' aku ni," ujar Khairul sambil memberikan jelingan maut kepada Amirul. Apalagi? Kecutlah dia.

    "Yalah-yalah! Tapi kalau apa-apa jadi kat dia, kau yang tanggung ek!"

    "Ok!" puas hatinya apabila Amirul mengikuti kehendaknya. Siaplah kau budak baru!

    "Apa benda yang kau nak aku buat ni sebenarnya?"

    "Aku nak kau buat...."

* * * *

    "Akmal, what time is it?" tanya Qamilia sambil menghirup airnya.

    "11.30 pagi. Kenapa?"

    "Hah! Ya Allah macam manalah aku boleh lupa ni?!!!" Qamilia terjerit kecil. Terkejut Akmal yang sedang makan Mee gorengnya.

    "Kenapa dengan awak ni? Tiba-tiba je menjerit. Terkejut saya tau!"

    "I am sorry Akmal. I gotta go."

    "Where?"

    "Just somewhere!" Qamilia berlari-lari anak menuju ke bilik muzik meninggalkan Akmal terpinga-pinga dibelakang.

    "Ouch! Malangnya nasib aku hari ni. Macam manalah aku boleh jatuh ni?" Qamilia tercari-cari penyebab kejatuhannya. Kulit pisang!

    "Siapalah yang biol sangat ni? Tong sampah sebelah tu je. Nak jugak dibuangnya kat sini. Kalau ada yang jatuh camne? Aku ni adalah salah satu orang yang dah jatuh tau!" marah Qamilia pada kulit pisang itu.

    "Siapa yang kau panggil biol tu! Amboi, dahlah datang lambat! Kau siap cop aku biol lagi ek?" tegur seseorang dari arah belakang Qamilia. Qailia menoleh kebelakang. Aik? Takde pun orang kat belakang aku!

    "Aik? Aku sure gila tadi aku dengar suara orang kat belakang aku. Tapi pahal takde lak ni?

    "Woi, kau gila apa?" terjah Khairul tiba-tiba.

    "Oh, kau yang gila!" latah Qamilia.

    "Ha ha ha. Tak sangka betul!!" ejek Khairul sambil ketawa berdekah-dekah.

    Apalagi? Mulalah muka Qamilia memerah menahan malu dan geram. Malu kerana Khairul terdengar dia melatah dan geram kerana dirinya ditertawakan.

    "Aku ingatkan nenek aku yang tua tu  je yang melatah. Kau yang muda belia ni pun pandai melatah ek? Ha ha ha ha ha ha!"

    Oleh kerana tidak tahan ditertawakan oleh Khairul, Qamilia segera cuba untuk berdiri namun tidak berjaya. Kakinya terseliuh kerana terjatuh tadi. Alahai kaki, janganlah kau buat hal sekarang ni. Bisik hati Qamilia sambil diurut-urutnya kaki kanannya itu.

    "Pahal dengan kaki kau tu? Terseliuh ke? Tu lah, lari tak pandang kiri kanan, tu yang boleh terjatuh tu," tegur Khairul. Kesian pulak minah ni aku tengok.

    "Sebab awaklah saya boleh terjatuh tau," bisik Qamilia perlahan.

    "Kau ada cakap apa-apa ke tadi?"

    "Takde apa-apalah," kata Qamilia sambil dia cuba berdiri. Setelah berjaya berdiri, dia mula tidak dapat mengimbangi badannya lalu terjatuh. No!! Jerit hatinya. Matanya dipejamkan erat.

    Kenapa tak rasa sakit pun? Lantai ni dah lembut ke? Perlahan-lahan Qamilia membuka matanya. Alangkah terkejutnya dia apabila wajah Khairul dekat dengan wajahnya. Rupa-rupanya dia terjatuh diatas badan Khairul tadi. Redupnya mata dia.

    "Woi, dah puas renung muka orang? Bila kau nak bangun ni? Kau sedar tak yang kau ni berat?" tanya Khairul perlahan. Jantungnya berdegup kencang bagaikan dia baru je lepas berlari 100 km. Pahal dengan aku ni? Khairul, kau jangan lupakan 'Cinderella' kau!

    "I am so sorry! Saya tak sengaja," segera Qamilia bangun dari badan Khairul. Disebabkan kakinya masih sakit, dia tak boleh berdiri. Duduk je lah jawabnya.

    "Hmm, takpe. Jomlah aku papah kau masuk kat dalam bilik muzik tu," tawar Khairul. Jantungnya masih belum reda lagi dari degupan laju tadi.

    "Tak menyusahkan awak ke?"

    "Taklah. Lagipun kau larat ke nak berdiri. Kalau kau larat rasanya kau tak jatuh tadikan?" sambung Khairul apabila dilihatnya Qamilia mahu membantah.

    "Erm... eh awak!" terkejut Qamilia apabila tiba-tiba sahaja tubuhnya dicepung oleh Khairul.

    "Takpe. Orang tak nampak pun," ujar Khairul.

    "Tapi..." mulutnya bagaikan terkunci apabila matanya disapa wajah tenang Khairul.

    Khairul meletakkan tubuh Qamilia diatas kerusi yang berdekatan.

    "Buka kasut kau tu," arah Khairul.

    "O.. Okay," diturut sahaja arahan Khairul itu. Lia, what's wrong with you. Andweyh (tak boleh)! Kau tak boleh suka kat dia. Kakak kau dah cop dia dulu!

    "Kalau tempat yang aku urut tu rasa sakit, bagitau aku."

    "Erm..."

    Setelah seketika...


    "Ouch! Sakit!"

    "Sini?"

    "Yup!" ujar Qamilia sambil matanya dipejamkan.

    "Tahan sikit tau. Mungkin sakit sikit kalau aku urut kat situ."

    Hanya anggukan yang diberi Qamilia.

    "Ouch! Sakitlah!" marah Qamilia.

    "Tahanlah sikit! Hah, dah siap. Kau ni, sakit sikit pun tak boleh nak tahan."

    Geram Qamilia dibuatnya. Macam mana tak sakit, dipicitnya kaki tu macam nak patah rasanya!

    "Dah, simpan je muncung kau tu. Takde orang nak tengok!"

    "Huh! Kamsahamnida (terima kasih)."

    "Apa?"

    "Neul jeongmal babo (Awak sangat bodoh)!"

    "Awak cakap saya bodoh?"

    Terkejut beruk Qamilia jadinya. Alamak! Mamat ni tahu ke bahasa Korea? Alamak!Mati aku!

    "Mana ada. Awak salah dengar agaknya. Annyeong (selamat tinggal). Ouch!"

    "Mana kau nak pergi hah? Duduk dulu. Belum ok lagi kau punya kaki tu. Annyeong? Kau ingat aku ni kawan kau ke sampai kena guna banmal (informal) dengan aku! Suka hati kau je guna banmal (informal) dengan aku kan?"

    "Er... awak tau bahasa Korea ke?"

    "Keromyueon (sudah tentu)! Mak aku orang Korea. Kau lak?"

    Sah tak ikut baka mak dia, mamat ni! "Saya belajar."

    "Ni mesti sebab kau minat k-pop kan?"

    "Yup! SNSD, SHINee, Super Junior, Boyfriend, CNBlue, 2PM, 2AM, IU, Jang Geun Suk..."

    "Ok-ok dah! Aku tak nak ambik kisah artis mana kau minat. You're just a typical fan-girl you know?"

    "Ani (tak lah)."

    "Jeongmal (yakah)?"

    "Mungkin betul... sikit... banyak kot... argh!"

    "Nampaknya bilik ni kau tak kemaslah hari ni?"

    "Entahlah. Awak masih nak saya kemas ke? Kalau awak nak saya boleh..."

    "Eh, tak payahlah. Hari ni kau excuse. Aku tak nak kena cop pendera anak dara orang lak."

    "Ok, kalau macam tu saya boleh pergi kan?"

    "Yup! Tapi keadaan kau ni.."

    "Takpe, saya boleh minta tolong kawan saya."

    "Ok!"

    Tok! Tok! Tok!

    "Lia? Awak ada kat dalam ke?"

BERSAMBUNG ...

Nak tau sape yang panggil Qamilia tadi tu? Tunggulah siri yang akan datang!! hu hu hu... sedang-sedang anda tunggu tu, silalah teka siapa yerk!

No comments:

Post a Comment