Hai! Assalamualaikum! Wah, sudah lama saya tidak menulis di blogger saya. Rindunya!!! Mungkin 'kesibukan' saya menghalang diri ini daripada menulis disini. Hehehe... Okay, jom baca penulisan saya ini sambil mendengar lagu Super Junior, No Other (BEST!!! :p) hehe... Back to the topic ....
Hmm, sepaanjang bulan ini, pelbagai gelagat manusia yang telah saya perhatikan. Tak terkecuali HIPOKRIT!!! Bukan itu sahaja, PENGUTUK, PENDENGKI. Banyak sangat lah hingga tak terkira saya hendak menyenaraikannya.
Bukan tujuan saya untuk mengutuk orang, cuma terlalu banyak gelagat manusia yang memeningkan diri ini. Huh! Saya cakap macamlah saya tak termasuk dalam golongan tu (pls don't tell anyone 'bout this!!! huhuhu). Kita tak suka orang kutuk kita, tapi mengapakah kita masih lagi mengutuk orang lain? Bukankah masih banyak lagi kita boleh lakukan untuk mengisi masa luang kita?
Ramai yang rendah diri di kalangan kita. Mereka sekadar berasa "kerdil" apabila dia berada dikalangan orang yang pandai-pandai. Bagi mereka, tak layak untuk berdampingan dengan orangyang pandai ni. Jika anda mempunyai sikap ini, saya nasihatkan, JANGAN FIKIR BEGITU! Bukankah cikgu & buku teks beritahu, jika mahu pandai, berkawanlah dengan mereka yang pandai. betul tak???
Pada pendapat saya, kita semua sama sahaja. Tiada bezanya. Pandai, bodoh, hodoh, cantik/hensem, kaya, miskin. Tiada apa yang membezakan kita disisi-Nya. Kita semua sama sahaja. Yang membezakan kita hanyalah amalan kita, perangai kita, keteguhan iman. Saya rasa anda semua dah sedia maklum dengan perkara ini... kan? Perlukah saya mengajar, mengingatkan anda? Rasanya tak perlukan? Tapi maaflah, saya perlu juga mengingatkan anda. Maaf jika ada yang terasa.
Saya perlu mengingatkan anda semua kerana saya berani mengatakan bahawa kita merupakan manusia akhir zaman. Mungkin ada yang tidak menyedarinya, namun masih ingatkah kalian pada tsunami yang melanda negara Jepun? Ingatkah hari berlakunya Tsunami itu? Pasti anda tidak mengingati harinya. Tidak mengapa, saya beritahu boleh beritahu anda. Tsunami yang melanda negara Jepun berlaku pada hari JUMAAT.
Kita umat Islam sudah sedia maklum bahawa hari kiamat akan berlaku bila-bila sahaja. Namun ia akan berlaku pada hari Jumaat. Hari Jumaat merupakan penghulu pada segala hari. Rasanya anda sudah dapat tangkap apa yang saya cuba jelaskan di atas bukan?
Jadi, perlukah kita menghina orang lain sedangkan diri kita sendiri dihina oleh orang lain? Hmm, rasanya tak perlulah. Wah, gaya saya menulis MACAMlah saya ni BAIK sangat!!! Saya tak cakap saya baik, saya tak juga cakap yang saya ni jahat. terpulanglah kepada anda semua untuk menilai siapa saya? Namun disini saya TEGASkan bahawa saya mengenali diri saya sendiri dari awak semua.
Manusia zaman sekarang ini hanya menilai seseorang itu dari penampilannya, dan rupanya. Dia bukannya mahu menilai dari hati. Hmm. terukkan saya ni? Saya PANDAI menasihati orang. Tapi diri sendiri? Saya mengaku, saya TAK PANDAI menasihati diri sendiri. Pelikkan saya ni??? Hahahaha XD!!!
Okay, make it short. Saya tak pandai sangat berjiwang-jiwang karat ni. Saya tak pandai mengayat orang. Saya cuma tahu straight to the point dan "bersembunyi" saja. Saya disini sedang menyusun sepuluh jari-jemari saya yang "comel" ni. Minta maaf banyak-banyak jika ada yang terluka, terasa, tersindir dan segala "ter-" yang negatif lah! Minta maaf banyak-bayak! Bak kata omputih, "I'm so sorry madam/sir/miss/dato/datin/cik adik/cik kakak/cik abang..." Hehe.
Dear Your Kindly friend,
EzZaTi :p
No comments:
Post a Comment