Little Crush

Glitter Words

Friday, April 1, 2011

Dia ...

Tengah try nk tulis sebuah cerpen... so kalau ada salah kat mana-mana, tolong betulkan ek???

Damai sungguh petang ini. Angin bersepoi-sepoi bahasa, burung berkicau-kicauan. Terasa bagai diriku tenang bagai tiada masalah yang menyelubungi diri ini. Tapi, manusia mana yang boleh lari dari masalahkan? Ia akan sentiasa menyelubungi kita. Aku teringat akan si "dia" sentiasa datang kepadaku apabila malam berlabuh.

Sungguh aku hairan. Aku bukannya satu-satu manusia di dalam rumah ku ini. Tapi mengapa "dia" masih datang kepadaku? Aku tak minta kedatanganmu. Aku tak suka akan mu. Pergilah kamu dari hidupku! Namun mengapa kau masih berdegil? Apa yang aku ada hinggakan diri mu sanggup menghantui diri ini?
Hmm, aku teringat akan adik-adik ku. Mereka bagaikan tak sedar akan keseksaan ku. Tapi tak mengapalah. Mereka berdua masih kecil. Ardina dan Irdina sememangnya adik yang baik. Dengar kata, hormat orang tua, comel pula tu! Bertuah lah kepada mereka-mereka yang bakal memimpin hidup adik-adik ku nanti! Haha!

Aku harap malam ni "dia" tak datang kepada ku lagi. Aku penat. Aku tak mahu berdepan dengan dirimu lagi. Tolonglah tinggalkan aku. Kalau tidak, ak... aku... aku terpaksa... aku terpaksa menggunakan Ridsect untuk menghalau kamu!

Ish! Kalau tak disebabkan nyamuk la, rasanya aku takadalah melalut sampai macam ni sekali! Tapikan, habis badan aku ni "dikerjakan" dek nyamuk yang tak bermoral tu! Huh! Namun tak mengapa, aku dah jumpa jalan penyelesaian untuk kes nyamuk ni.Don't worry, be happy, ok! 

Huhuhuhuhu!!! Cerpen nie mengarut sket... Sorry ye!! Huhu.. please leave a comment ek!?

Kalau awak sedang membaca cerpen melalut saya ni, terima kasih bebanyak! dan sorry bebanyak kalau boring sangat!!! saya sebenarnya tak de kerja punya pasal la! Cerpen nie terlintas difikiran semalam masa tengah otw nak tidur huhu... Ok lah... setakat nie sahaja! Terima kasih kerana sudi membaca! Arigatou nee!

No comments:

Post a Comment