Little Crush

Glitter Words

Wednesday, December 29, 2010

Harimau Malaya MEMBAHAM Garuda!

Seperti yang dijangkakan oleh peminat-peminat bola sepak negara, Malaysia berjaya memiliki Piala Suzuki AFF setelah menewaskan pasukan lawan, iaitu Indonesia... Ini bermakna, segala rusuhan, provokasi, kutukan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak Indonesia ke Malaysia tidak berjaya mematahkan semangat pasukan Malaysia.

Pasukan Malaysia menewaskan Indonesia dengan mata 4-2. Malaysia sentiasa bermain dengan bersih tanpa sebarang tipu muslihat dan taktik yang kotor. Lapor sebuah akhbar tempatan Malaysia iaitu Kosmo! di bahagian Sukan. Tajuk berita ini adalah :Provokasi terakhir Indonesia: saya mengambil sebahagian daripada petikan tersebut...

"Kami baru menerima SMS bahawa FIFA telah menjatuhkan hukuman denda AS$40 juta (RM123 juta) dan penggantungan 4 tahun buat pasukan Malaysia kerana kesalahan pancaran laser."

Shabery yang tampak terkejut dengan isu terbaru yang cuba dibangkitkan media Indonesia itu terpaksa menjawab soalan tersebut dengan berlapik.

"Cukup besar jumlah itu. Saya baru tahu berita ini. Saya kena dapatkan maklumat terperinci dahulu daripada FAM.Jika benar, FAM pasti boleh merayu" kata shabery

Ternyata isu yang cuba dibangkitkan itu merupakan desakan terakhir Indonesia untuk menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dengan 'menghalakan cara' setelah mereka tewas 0-3 pada final pertama Ahad lalu.

Ini kerana jika benar dakwaan mereka, Malaysia digantung empat tahun, maka Indonesia akan diberi kemenangan percuma pada aksi final kedua malam ini (29.12.2010) dan diisytiharkan sebagai juara.
Ini rupanya Indonesia... kita menyambut kedatangan pihak Indonesia dengan cara yang aman, Indonesia menyambut kedatangan kita dengan rusuhan... patut la tak maju-maju negara dia orang ni...
 

No comments:

Post a Comment